Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 12 Julai 2015

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri - Syawal 1436H





Assalamualaikum wrb kepada semua teman-teman blogger semua. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1436H.  Semoga teman-teman semua berada dalam kesejahteraan dan diberikan Allah kesihatan yang baik untuk meneruskan puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.  Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf andainya ada perkataan dan tulisan yang mengguris perasaan teman-teman semua semasa kita menjalin persahabatan di alam maya ini.

Bagi saya dan keluarga hari raya tahun ini disambut sederhana saja. Aidilfitri tahun ini merupa hari raya pertama kami menyambutnya tanpa armarhum suami.  Dah hampir 10 bulan beliau meninggalkan kami semua.  Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah subhanahuwataala.  Aamiin.