Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 31 Mac 2014

Hari Lahir Nursakinah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Pada 23 Mac 2014 iaitu semasa kami masih di Alor Setar dan Pulau Pinang sebenarnya hari lahir anak perempuan saya Nursakinah.  Bertambahlah setahun lagi usianya.   Tak dapatlah kami meraikannya seperti biasa sekadar ucapan selamat melalui sms saja.  Jadi pada hari Jumaat baru-baru ni iaitu pada 28 Mac 2014 barulah kami boleh raikan sikit.  Terlalu simple.  Beli kek makan-makan dan minum, itu saja.







Semoga Inah terus tabah dengan dugaan hidup dan jalankanlah hidup dengan lebih matang.  Semoga belajar bersabar dengan segala dugaan dunia ini.  Mama doakan Inah sentiasa dirahmati Allah dan Allah tunaikan segala cita-cita Inah.  Amiin.

Memandangkan kami tak ada di rumah kawan-kawan telah meraikan hari lahirnya terlebih dahulu.




Bersama kawan-kawan


Dirumah


Kenapa masam jer ni.  Antara tetamu happy birthday to you
Teh Nah.


SEKIAN DULU YER

Ahad, 30 Mac 2014

Jalan-jalan Ke Utara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Hari Sabtu minggu lepas 22 Mac 2014 saya sekeluarga ke Alor Setar untuk menghadiri majlis perkahwinan 2 orang anak perempuan sahabat baik saya. Kenduri berjalan dengan meriah.  Disamping itu sempatlah juga berkereta disekitar bandar Alor Setar yang dah beberapa tahun saya tidak datang ke sini.


Masjid Zahir


Pekan Rabu


Untuk Kenangan

Kami tinggal satu malam sahaja di Alor Setar.  Sebelum kenduri bermula selepas bersarapan pagi di hotel kami menginap, saya rasa tak kenyang. he he.  Jadi saya dan suami ingin mencari restoran atau kedai makan di situ.  Terjumpakan sebuah kedai yang banyak hidangannya ni.




Beranika lauk pauk dan ulam-ulaman yang beranika
sesetengah tu saya tak pernah lihat apalagi makan

Keluar dari Alor Setar kami ke Pulau Pinang.  Nak tengok dan rasa naik jambatan Ke 2 PP.  Seperti biasa kalau ke Pulau Pinang budak-budak mesti nak naik feri.  




Semasa perjalanan balik kami rasalah naik Jambatan Ke2 Pulau Pinang yang dianggarkan panjangnya lebih kurang 24 kilo meter.





Gambar.gambar semasa di Pulau Pinang.  Ada jugalah pergi ke Batu Peringgi.  Malamnya kami nak ke padang kota, tapi lalu saja sebab orang terlalu ramai dan parking pun tak ada.  Cuaca di Alor Setar dan Pulau Pinang panas terik.










Sekian, cerita kali ini.


Jumaat, 21 Mac 2014

Sujud Sahwi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Salam Jumaat pada semua kawan-kawan blogger. Semoga di penghulu segala hari ini rahmat Allah sentiasa dikurniakan kepada kita. N3 kali ni saya turunkan cara-cara kita nak melakukan Sujud Sahwi apabila kita menyedari ada yang tidak sempurna ketika kita melakukan sholat.



Kita sebagai manusia yang dijadikan Allah SWT adalah sangat lemah. Kita tidak tertinggal daripada menjadi lupa dan ini termasuklah ketika kita bersolat. Apabila kita terlupa sesuatu ketika kita bersolat, kita perlulah melakukan sujud sahwi supaya ianya menutup kekurangan yang terjadi ketika solat.

Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud akhir dan Selawat (Tahiyaat Akhir), tepatnya sebelum mengucapkan salam.

Apakah sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi? Ada 3 perkara iaitu:

1) Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya.

(2) Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat.

(3) Ragu-ragu (Syak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samada tiga atau empat.

Hadis yang berkenaan dengan Sujud sahwi di antaranya yang diriwayatkan  Abu Sa’id Al-Khudri, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang di antara kalian ragu di dalam solatnya sehingga ia tak tahu lagi apakah ia sudah melakukan solat sebanyak tiga rakaat atau empat rakaat, hendaklah dibuangnya keraguan itu dan yang ia yakini, kemudian hendaknya ia sujud sebanyak dua kali sebelum melakukan salam. Sekiranya ia telah melakukan solat 5 Rakaat, bererti solatnya telah digenapkan dengan Sujud sahwinya itu. Dan sekiranya ia solat tepat empat rakaat, dua sujud itu menghinakan bagi Syaitan.” (HR. Ahmad dan Muslim).

Diriwayatkan pula dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya setan itu masuk di antara anak Adam dan Nafsunya, sehingga ia tidak tahu sudah berapa rakaat ia melakukan solat. Maka bila seorang di antara kalian mengalami hal demikian, hendaklah ia sujud dua kali sebelum memberi salam.” (HR. Abu Ahmad dan Ibnu Majah).

Apakah yang harus dibaca ketika sujud sahwi?

Ada perbezaan pendapat tentang bacaan. Yang umumnya kita telah diajar untuk membaca:

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو

Subhaana man laayanaamu walaa yashuu
(Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa)


Tetapi hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan sujud sahwi, ternyata baginda SAW tidak pernah mengajar bacaan khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang dapat kita simpulkan di sini bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti yang dibacakan dalam sujud solat yang biasa

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya.


Kita juga dibolehkan melakukan dua kali sujud itu sahaja tanpa membaca apa-apa jika dipandukan dengan hadis Nabi SAW.






Khamis, 20 Mac 2014

Semoga Allah makhbulkan Niat di Hati Kami


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Apa khabar kawan-kawan blogger semua.  Semoga sentiasa sihat walafiat dan hidup dirahmati Allah selalu.

Kisah yang saya catitkan dalam N3  ni sebenarnya dah dua minggu berlalu.  Saya ingin juga mencatitkan di sini agar ianya menjadikan ingatan dan kenangan manis kepada kami  dalam hidup kami sekeluarga..

Pada 8 April lalu, anak bongsu saya Salam telah melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya.







Memandangkan kedua-duanya masih belajar, majlis berjalan dalam keadaan yang amat sederhana. Itu adalah permintaan pihak si gadis.  Mereka tak mahu sirih junjung atau apa-apa hadiah inringan semasa majlis ini cukuplah dihadiahkan dengan sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan.

Tapi memandangkan kami sebagai tetamu yang datang bertandang kami bawahlah juga cenderahati sebagai adat kita bertamu.  Pihak perempuan juga telah menghadiahkan kami dengan kek dan pulut kuning.

Perjanjiannya mereka akan disatukan bila anak saya dah tamat pengajiaanya, InsyaAllah tahun depan.  Semoga Allah memberkati hidup mereka dan memakhbulkan hasrat mereka untuk disatukan. Aamiin.

Selasa, 11 Mac 2014

Antara Kesedihan Dan Harapan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Ketika kita masih lagi menghadapi kemelut kemarau dan masalah air yang kena catu kita dikejutkan pula dengan berita bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan udara pukul 1.30 awal pagi Sabtu.  Semenjak tarikh dan masa itu  tiada apa khabar berita mengenai pesawat tersebut diketahui. Pesawat tersebut membawa Nasib 227 penumpang termasuk 2 bayi dari 14 buah negara  dan 12 anak kapal kini menjadi tanda tanya di kalangan masyarat seluruh dunia.

Peristiwa kehilangan pesawat MH370 menjadi laporan Utama media antarabangsa seperti CNN, BBC dan Al Jazeera termasuk juga di media tempatan.  Semenjak berita kehilangan pesawat tersebut diketahui umum banyak spekulasi-spekulasi yang dtbuat samada yang positif dan tak kurang juga yang negatif.

Sebagai tanda simpati kita kepada penumpang dan krew pesawat berkenaan, umat islam telah mengadakan sholat hajat di masjid-masjid seluruh negara  memohon agar Allah memberi kita petunjuk mengenai kehilangan pesawat tersebut serta melindungi mereka yang terlibat. Begitu juga dengan penganut-penganut ugama lain berdoa dan mengharap mengikut cara kepercayaan masing-masing.


Gambar dari Google

Sama-samalah kita berdoa agar pesawat berkenaan mendapat perlindungan dari Allah Azawajala. Sebagai hambanya hanyalah doa yang dapat kita panjatkan semoga semua berakhir dengan baik, Aamiin.



Jumaat, 7 Mac 2014

Hujan Oh Hujan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




السلام عليكم ورحمة الله وبركات dan Salam Jumaat, penghulu kepada segala hari yang penuh keberkatan ini kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sekarang ni dimana-mana saja kita dengar orang bercerita tentang cuaca yang panas dan dah lama tak hujan.  Ini menyebabkan beberapa tempat di negara ini terpaksa mencatu air termasuklah di negeri Selangor.  Tapi Alhamdulillah di kawasan rumah saya tidaklah terputus bekalan airnya.

Simpati pada mereka yang terpaksa bersusah payah menghadapi ketiadaan air.  Sama-samalah kita berdoa semoga Allah segera menurunkan hujan. Disamping kemarau dan cuaca yang panas, keadaan jerebu jugak semakin membimbangkan.


Akibat cuaca panas dan berjerebu, terjadi juga berlakunya kebakaran hutan-hutan dan tanah gambut sehingga pihak bomba meminta orang ramai berhati-hati dan tidak melakukan pembakaran terbuka.

Banyak masjiddi negara kita termasuklah masjid Negeri di Shah Alam mengadakan sholat istisqa memohon Allah menurunkan hujan.  InsyaAllah semoga Allah berkenankan doa kita semua.

Di kawasan rumah saya ni 2 hari lepas pada malam dan paginya Alhamdulillah hujan telah turun dengan agak lebat. Bila hujan turun kuranglah sikit nyamok. Saya perhatikan semenjak kemarau ni nyamok banyak sungguh di dalam dan di luar rumah. Bimbang juga sebab sekarang ni demam denggi menjadi-jadi.






Suasana selepas hujan di waktu pagi diarea rumah saya


Sama-samalah kita berdoa semoga Allah terus memberi rahmatNYA kepada kita semua dengan memulihkan semula keadaan panas dan berakhirlah kemarau yang sedang melanda kita - Aamiin.

Khamis, 6 Mac 2014

Happy Birthday - Kisah Yang Hampir terlupa







بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Kata Dzulkarnain, anak yang ke 3 - Happy birthday mama

Kata Sakinah - Happy birthday mama

Kata Salam - Happy birthday mama, - Alam sayang mama

Kata Atie (anak angkat saya) Selamat Hari Lahir Mama,atie doakan mama diberi kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki...Amin... luv u mama..

Begitu juga dari kawan-kawan yang tahu hari lahir saya, mengucapkan selamat hari lahir pada saya pada 26 Februari 2014. Genaplah 61 tahun umur saya. Makin terasa diri ini dah semakin hampir dijemput pergi. Semoga hari lahir ini memberikan saya kesihatan yang baik dan Allah mengampuni segala kesalahan yang telah saya lakukan sengaja atau tidak, yang telah lalu, sekarang dan akan datang. Aamiin.

Alhamdulillah dalam bulan Februari ni sebenar saya telah dikurniakan 2 orang anak, Zulaikha dan Dzulkarnain.  Hari lahir Zulaikha pada 19 Februari 2014 dan hari lahir Dzulkarnain pada 23 Februari 2014. Kad-kad ucapan e-card berikut saya hantarkan untuk kedua mereka melalui FB.





Rabu, 5 Mac 2014

Selasa, 4 Mac 2014

Semoga Pulih Seperti Sediakala

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Lama sungguh saya tidak balik ke sini.  Hampir-hampir 3 bulan.  Maaflah lama saya tak BW blog kawan-kawan semua.  Keadaan masa yang agak berkurangan buat masa ini membataskan waktu untuk berblog.

N3 saya kali ini sebenar sesuatu yang telah berlaku lama.  Dah hampir 1 bulan lebih.  Saya catitkan juga kisahnya di sini untuk kenangan di masa akan datang sebagai ingatan kami semua.

Alhamdulillah anak bongsu saya, Salam dah hampir pulih seperti biasa walaupun masih menggunakan tongkat untuk menguatkan kaki bagi berjalan setelah menjalani pembedahan lutut kanannya kerana berlaku anterior cruclae ligament (ACL) ketika bersukan silat di SUKMA lebih kurang setahun dulu. Pembedahan ditangguhkan dari masa ke masa sehinggalah pada 25 Januari 2014 barulah dijalankan pembedahan  



Semasa di wad ortopedik PPUM

Pembedahan dilakukan di PPPUM.  Alhamdulillah UIA membiayai semua kos perubatan yang mencecah hampir RM11,000.00.  Kalau UIA tak bayar, teruk juga saya nak membiayainya sendiri.



Gambar beberapa hari sebelum pembedahan

Semoga Salam pulih seperti sediakala dan boleh memulakan balik aktiviti sukan silat yang sangat-sangat diminatinya dan lain-lain aktiviti sukan.