Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 3 Disember 2014

Bubur Asyura


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Diam tak diam hari ni dah 11 Safar 1436H.  Apa yang saya nak ceritakan ni sebenarnya dah berlalu agak lama.  Saya nak cerita tentang bubur asyura atau orang Terengganu panggil sure yang biasanya dibuat pada atau selepas  10 Muharam.  Dari pemerhatian saya bubur asyura ni berlainan rupa, rasa dan bahan dari satu negeri dengan satu negeri.


Inilah rupa bubur asyura versi terengganu 

Ini ketika belum di potong dan yang
sudah disejukkan, dihiasi dengan
sambal ikan, telur dadar dan lain-lain




Bergotong royong memasak asyura.  Gambar-gambar
ni adalah gambar ketika memasak asyura
pada bulan Muharam baru-baru ni oleh keluarga
 sebelah pihak arwah suami

Selalunya membuat bubur asyura ni memerlukan kerjasama saudara mara atau jiran.  Bila seseorang tu nak membuat bubur asyura dia kenalah beritahu jiran-jiran dan saudara mara.  Tujuannya untuk menolong ketika memasak, memberikan semampunya bahan yang hendak dimasak, contohnya beras, gula, ikan, dan lain-lain.  Keperluan utama tuan rumah yang siapkan.

Teringat masa kecik-kecik dulu ketika bubur ni masih lembut dan sebelum dituangkan kedalam bekas, kanak-kanak akan berebut-rebut untuk mendapatkan bubur yang masih lembik tu.  Kami makan dalam tempurung bekas kelapa yang dikukur.  Sudunya kami guntingkan daun kelapa.

Biasanya asyura ni akan dibuat oleh orang yang sama pada tiap-tiap.  Bila asyura ni dah keras, jiran-jiran dan saudara mara yang menyumbang dipulangkan balik bekas yang telah diisi barang sumbangan tadi.

11 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

saya sanagt2 rindukan asyura kelantan..bubuh ayam,daging dll...sedapnya...
kat kedah ni ada setiap hari..bkn pada bulan muharram ja..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam, sure kelantan dengan terengganu lebik kurang jer. Saya suka dua2.

Kakcik Nur berkata...

KAKCIK SUKA SANGAT MAKAN BUBUR ASYURA YANG BOLEH DIPOTONG2 NI... :)

si para para berkata...

setakat ni sure terengganu yang paling sedap. sebab tak pernah rasa lagi sure dari tempat lain.hehe

Najib Ariyan berkata...

kalau tak salah lah bubur asyura ni berasal dari kisah Nabi Allah Nuh yg mencampurkan semua bahan makanan dan di masak kerana ketika itu banjir 40 tahun telah menghabiskan bekalan makanan yg ada... kebetulan hari mendarat di bumi ialah 10 Muharam... maka di ambil nama makanan campuran tu sebagai bubur asyura oleh orang2 kita... betul tak betul tak pasti

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Najib,
Begitulah yang kita difahamkan

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum Kunang-kunang

Singgah sebentar bertanya khabar. Semoga sihat sejahtera semuanya.Seronok membubur asyura tu... jadi terpadu lagilah tali silaturrahim di kalangan sesama pembubur dan kerabat masing-masing. InsyaAllah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam cikgu. Alhamdulillah sihat. Sekarang bi disebelah pabtai timur (terengganu & kelantan) bubur asyura ada dijual di luar musim di pasar-pasar.

Al-Manar berkata...

Salam Mak Long. Lama betul tah singgah.
Bulan Asyura tahun ini banyak betul saya dapat pemberian bekas [e;ajar yang tahu kesukaan pakcik. Sudah hamper akhir 2914. Selamat tahun baru. Insya Allah akan dating lagi. Silalah kepondok saya di KT. Akan sediakan bubur shyura

aji nugraha berkata...

KOmpak Sekali..

Jelly Gamat Gold G Obat Kanker Lambung Tradisional apakan tidak apa apa makan makanan ini???

PAK JUNAIDI berkata...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA