Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 4 November 2014

Bermulanya Sebuah Perjalanan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Hari ini dah 37 hari arwah suami meninggalkan kami semua.  Perasaan kami semua susah nak digambarkan. Terasa seperti dia masih ada bersama kami.  Suara anak pun kadang-kadang terdengar macam suara dia.  Saya memohon kepada Allah semoga Allah memberikan saya ketabahan dan ketenangan.


Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya


Gambar terakhir kami pada 31 Ogos 2014
Semasa menghadiri majlis berinai anak saudara saya

Pada 28 September 2014, bermulalah sebuah kenangan dalam hidup saya.  Segala pahit manis menjalani hidup berumahtanggan dan membesarkan anak-anak sehingga menjadi apa mereka sekarang. Menjaga dan melindungi kami semua dalam apa keadaan sekali pun.   Seorang suami yang tak sanggup melihat isteri susah.  Seorang ayah yang sentiasa mengambil berat tentang anak-anak.  Seorang abang dan adik yang sangat menyanyangi adik beradiknya.  Bukan adik beradik dia saja tapi adik beradik saya juga.

Bermulanya sebuah perjalanan menemui Penciptanya

Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama mu




Disinilah batas perpisahan kita di dunia.  Semoga 
kita bertemu lagi di jannah.   Bersemadilah
dengan tenang



Hanya dengan doa dan bacaan yassin dari kami
mengiringi pemergian mu




 
Sebuah kesedihan yang sukar digambarkan.
 oleh adik-adik yang disayanginya

Terima kasih pada adik-beradik yang datang dari jauh dan dekat.  Pada saudara mara dan sahabat handai dari pihak saya dan pihak arwah suami. Tanpa doa dan semangat yang diberikan mungkin saya tak mampu sekuat ini.  Semoga Allah berikan saya kekuatan tubuh badan dan fikiran supaya Insyaallah dapatlah saya menghantarkan pahala yang termampu kepadanya.

Sayangilah pasangan kita kerana kita 
tidak tahu berapa lama lagi kita dapat hidup bersama 


23 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak,

Moga suami kakak berbahagia di sana... dan kita semua akan ke sana juga tepat pada masa yang ditentukan..

Amie berkata...

Assalamualaikum Kak,
lama saya tak datang sini... tiba2 terbaca entri yang sangat mengharukan ini... Takziah kak, kita pasti akan kembali menemui-Nya pada suatu saat yang kita tidak pasti, tapi janji Allah itu memang pasti. Al-Fatihah, dan mudah-mudahan bertemu kembali di syurga Allah.

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani... moga Allah terus berikan kakak kekuatan kerana kita pun akan menurutinya juga. Cuma masa kita tak tahu lagi.

Kakak percaya dari kebaikan Allahyarham ketika di dunia sekarang dia tenang dgn doa-doa anak2 soleh dan isteri yg solehah..

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

Al-Fatihah, dan mudah-mudahan bertemu kembali di Jannah..redhakan pemergiannya..

❤Kamsiah❤ berkata...

Al fatihah...semoga kuburnya menjadi salah satu dari taman2 syurga..
semoga akka tabah dan reda dgn pemergiannya...kita jugak akan menyusul...

Zaitun berkata...

Salam kak ani...semoga kak ani tabah dan kuat untuk hari2 mendatang.
In shaa Allah akan bersua lagi disana nanti.

Kakcik Nur berkata...

Rohnya sedang berbahagia di sana, InsyaAllah...

Ann Ishak berkata...

inshaAllah kak, semoga akak tidak kesunyian di samping anak2

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak.

Terima kasih atas doa kpd arwah

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Amie. Kakpun lana tak update blog.

Terima kasih banyak atas doa kpd Arwah

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie.

Amiin, terima kasih atas doa Kakzakie kepada arwah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Pn Nah.
Aamiin. Terima kasih doakan kami

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Aamiin. Terima kasih Kam atas yg dipohon untuk kami.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai,

Mudah2an Allah kurniakan kak ani kesabaran dan ketenangan

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Nur Kakcik.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ann,
Itulah juga yg maklong harapkan

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani.

Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

Semoga Ani dikurniakan ketabahan dalam menjalani kehidupan ini.

Kepada arwah suami Ani disoakan agar digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang bahagia di sana.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani.

Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

Semoga Ani dikurniakan ketabahan dalam menjalani kehidupan ini.

Kepada arwah suami Ani disoakan agar digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang bahagia di sana.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Aamiin. Terima atas yang dipohon untuk saya sekeluarga dan arwah suami.

LYAfrina berkata...

insyallah kak..
perjalanan masih pnjang..insyallah..ada keindahan di depan.. terus melangkah...

semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. Jika rindu.. sedekahkan al-fatihah..insyallah terubat

LYAfrina berkata...

insyallah kak..
perjalanan masih pnjang..insyallah..ada keindahan di depan.. terus melangkah...

semoga roh arwah dicucuri rahmatNya. Jika rindu.. sedekahkan al-fatihah..insyallah terubat

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Lya. Itulah yg maklong harapkan.

Abang Bear berkata...

mudah2an tabah dengan kehilangan...jodoh pertemuan di tangan Allah...