Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 30 Oktober 2014

Walau Sedih Diteruskan Juga - Faris Dan Sakinah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Lebih kurang 20 hari arwah suami saya kembali ke rahmatullah dalam keterpaksaan saya teruskan juga perkahwinan anak perempuan saya Sakinah kakak kepada Salam.  Memandangkan perkara yang baik tidak harus ditangguhkan.  Lagi pun sudah banyak duit dikeluarkan untuk majlis ini.  Saya harap Allah ampunkan saya kerana mengadakan Majlis ini walaupun dalam keadaan saya tidak sepatutnya berada di Majlis-majlis begini.

Majlis pernikahan dijalankan pada 17 Oktober 2014 di masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Shah Alam) dinikahkan oleh abangnya sendiri, Dzulkarnain yang juga menjadi wali menggantikan abahnya.



Majlis kenduri diadakan pada 18 Oktober 2014  di Dewan Dahlia, Seksyen 24, Shah Alam.  Saya mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir.  Saudara mara dan kawan-kawan.  Sangat berterima kasih juga kepada 3 orang bekas boss saya dan isteri kerana mereka ni selalu hadir dalam hidup  saya ketika saya susah dan senang.

Inilah beberapa gambar di Majlis berkenaan.  





Ada beberapa gambar saya dengan kawan-kawan dan saudara mara.

 Dengan Kak Werdah

Saya gembira sangat bila Kak Werdah blogger dari Blog Bangkit Semula dapat menghadirkan diri di Majlis ini.  Terima kasih kak Werdah.


 Kawan Mengaji Al Quran

Adik beradik arwah suami saya 

Kawan-kawan semasa bekerja dulu

Alhamdulillah Majlis berjalan sebagaimana diharapkan.  Sebagai ibu saya doakan mereka berdua bahagia ke akhir hayat.  Dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.  Aamiin.

9 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Saya sangat faham dengan apa yang berlaku.

Almarhumah bonda saya meninggal pada 28 Januari, adik saya dinikahkan pada 31 Januari. Semuanya aturan ALLAH, apa yang penting kita jalankan ia mengikut syariat yang telah ditentukan al-Qur'an dan al-Sunnah.

Apapun tahniah kerana terima ahli keluarga baru. Semoga ALLAH merestui.Aamiin.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros.

Terima kasih. Hanya orang yang merasa memahaminya.

PakMail berkata...

Assalamualaikom,

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Semuga Puan tabah dan sabar hadapi hidup ini.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam PakMail,

Terima kasih sudi singgah. Terima kasih doakan saya

Bunda a.k.a KN berkata...

Assalam...salam takziah atas pemergian arwah suami dan salam tahniah untuk kedua mempelai...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam KN

Terima kasih atas ucapan takziah dan doa KN pada kami

suka suka berkata...

Assalam Mak Long.. tahniah kerana selamat terima menantu... semoga bahagia hingga ke Jannah.. kesibukan serba sedikit hilangkan kesedihan insyaaAllah.m

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Mar

Terima kasih

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Abd Razak

Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

Alhamdulillah dapat juga kita berjumpa walaupun dalam kesedihan bersamanya Allah kurniakan ketabahan Ani meneruskan kewajipan terhadap anak. Semoga dilimpahi keberkatan buat Ani sekeluarga..insyaAllah..Allahumma aamiin