Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 29 Oktober 2014

Salam Dan Amira

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sejak akhir-akhir ni saya jarang update blog saya.  Sebenarnya kekekangan masa dan kemalasan yang melanda menjadikan blog ni agak terbiar.

Dalam kesepian dan kesedihan yang masih membayangi diri atas pemergian arwah suami, hari ini saya ingin catatkan sesuatu yang sepatutnya sudah lama saya catatkan.  Yerlah semua sebagai kenangan dan ingatan di masa hadapan.

Pada 17 Mei 2014 anak bongsu saya Muhammad Nursalam telah melansungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya Siti Amira.  Acara pernikahan dilakukan di Masjid Negeri Shah Alam dinikahkan oleh bapa Amira sendiri.










Arwah suami, saya dan adiknya

Memandangkan keduanya masih belajar, kami bersetuju mengadakan kendurinya pada bulan April 2015.  Salam akan menghabiskan pelajarannya pada bulan Januari 2015 dan Amira akan menghabiskan pelajarannya pada Julai 1015.  InsyaAllah.

Semoga kedua-dua pengantin dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan bahagia keakhir hayat masing.  Aamiin

12 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Belum ada rezeki saya hendak berjumpa dengan Kak Ani...

Semoga jodoh mereka berpanjangan hingga ke jannah. Aamin...

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Tetiba airmata kakak luruh. Sungguh kakak tak tahu kak Ani diberi ujian berat oleh Allah. Salam takziah dulu dari kakak ye KakAni.

Namun dalam pada itu bersyukur juga sekurang-kurangnya Allah berikan peluang allahyarham melihat anak bongsunya menikah. Itulah hikmahnya. Moga semuanya baik-baik ye kak.

sud@is berkata...

Moga segala urusan Kak Ani dipermudahkan, kalau bermain diblog boleh meringan fikiran kakak, boleh teruskan..
Semoga anakanda kakak dan pasangan dipanjangkan jodoh mereka dalam rahmat Allah..

Zaitun berkata...

Salam kak ani...tahniah buat sibongsu semoga bahagia dan kekal selamanya.

Saya setuju dengan pendapat sud@is kak ani sibukan diri berblog supaya fikiran menjadi tenang.

insan marhaen berkata...

Hidup perlu diteruskan.

Begitu juga menulis blog. Rasanya, kekangan masa bukan alasan...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakcik Nur,

Mereka atas doa Nur tu. Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam kakzakie,

Begitulah ujian Allah pada kak ani. Mudah2an Allah permudahkan segalanya utk kak ani meneruskan kehidupan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sud@is,

Aamiin. Insyaallah disamping aktiviti yang jika ada masa akak akan singgah di sini dan buat BW ke blog kawan2 semua.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai.

Terima kasih atas doa Zai pada kedua anak dan menantu kak ani. Insyaallah ada kelapangan kak ani akan terus berblog.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Betul tu IM yg pergi kena diredhakan pemergiaannya. Kita yg tinggal kenallah teruskan hidup walau pahit

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

muga kak ani kuat n tabah.memang perit.. tp kehidupan perlu diteruskan.masa kak nah kehilangan mak 3 bulan lepas..serasa separuh dari diri ini melayang pergi bersamanya..berhari2 kak nah menyendiri dengan banyak mengaji Quran.. akhirnya jiwa tenang dan redha..Alhamdulillah..kak nah bersyukur kerana Allah swt telah bermurah dengan meminjamkan mak selama usia kak nah sehingga bercucu..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Cik Nah,

Memang pemergian orang yang kita sayang sangat mengganggu perasaan. Hanya pada Allah kita memohon agar diberikan kita ketenangan