Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 26 Oktober 2014

Pemergian Yang DiTangisi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Salam Maal Hijrah pada semua rakan blogger.

Innalillahhiwainnailaihirajiuun




Setelah hampir sebulan permergian suami yang disayangi, barulah saya ada kekuatan untuk menulis mengenainya. Semoga Allah menempatkan beliau di dalam golongan orang-orang yang sholihin dan shodigin.

Pada 28 September 2014 bersamaan 3 Dzulhijjah 1435 jam 1.15 tengahari berpisahlah kami didunia ini setelah hidup bersama selama 37 tahun. Semoga Allah pertemukan kami sekali lagi di sana nanti.  Dia seorang suami, ayah dan datuk yang penyayang serta bertanggungjawab. Pemergiannya ditangisi oleh kami semua.

Tidak pernah terlintas difikiran ini yang apabila beliau mengalami sesak nafas di subuh ahad itu  28 September 2014 membawa kepada pulangnya dia kepada PenciptaNYA.  Dia telah menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan kami semua di wad ICCU, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.kerana masalah jantung dan buah pinggang.

Kali terakhir dia dan saya bercakap ialah ketika dia berada di dalam wad kecemasan di Hospital berkenaan.  Dia merenung saya sambil tersenyum memberitahu saya yang dia rasa seluruh anggotanya lengoh.  Saya menyuruh dia bersabar sambil mengosok kedua-dua kakinya.

Tak lama lepas tu, saya diminta keluar dari situ kerana doktor hendak membuat pemeriksaan dan rawatan lanjut.  Rupanya itulah kali terakhir dia dan saya berkata-kata.    Lepas itu saya diberitahu oleh doktor yang merawatnya bahawa dia tidak dapat diselamatkan.  Ya Allah, berderai air mata ini, mengigil seluruh anggota.  Gelap rasa dunia ini.  Tapi itulah hakikat yang terpaksa diterima.


Doa saya semoga Allah berikan saya ketabahan dan kecekalan menerima ujian yang berat ini. Ammin

29 ulasan:

Ann Ishak berkata...

salam takziah kak, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh...amin

LYAfrina berkata...

Al fatihah..
salam takziah buat akak n family.
Bertabahlah akak... khilangan itu mmg myakitkan. Perpisahan juga satu pyeksaan.. lg2 apabila bpisah dunia. Selagi hayat akak masih ada.. curahkan sepenuh rindu n ksih sayang melalui Doa. Sesungguhnya doa x akan putus n trs smpai pd arwah. Insyallah.. masa akn merawat luka...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ann,

Terima kasih atas doa

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

LYA,

Terima LYA

makchaq berkata...

InnalillHiwainnailaihirojiuun.
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang- orang yang beriman dan semoga kak Ani sekeluarga tabah mengjadapi dugaan ini.

Masa baca tajuk terfikirkan adik kak Ani..sebab baru baca kak ani melawat adik di kuantan

Dayana Bahar berkata...

Salam takziah kak... faham pedihnya kehilangan insan tersayang...semoga akak tabah ye...

UmmuAidan-Arissa berkata...

salam takziah maklong...didoakan semoga maklong tabah ngan ujian nie..take care yer

ngasobahseliman berkata...

Innalilahiwainnailahirajiuun. Semoga Allah merahmatinya dan mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan ruhnya bersama-sama para siddiqin dan solihin. Aamiin. Agak terkejut mendengar berita sebab tak pernah cerita tentang keuzurannya. Takziah.

Aziela berkata...

Takziah untuk akak sekeluarga. Semoga kasih sayang ini tidak terputus di sini kerana yang abadi sedang menanti. Al-Fatihah....

Zaitun berkata...

Salam takziah kak ani. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 solihin.
Al Fatihah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih atas doa makchaq utk arwah suami kak ani. Hanya Allah yg membalasnya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Dayana. Betul berpisah dgn orang yg telah bertahun hidup bersama amat menyedihkan. Tapi Maha Mengetahui.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih UmmuAidan-Arissa. Begitula yg Allah telah tetapkan.

Ain Noraini berkata...

takziah buat kak ani sekeluarga..semoga aruah suami kak ani ditempat bersama2 org yg beriman..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Kak Ngobahseliman. Memang arwah tidak mengidap sakit yg teruk selain gout dan darah tingginya. Tiba2 jer dia sesak nafas.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Aziela. Itulah juga harapan kami anak beranak senoga dapat bersama lagi di sana nanti. Indyaallah

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Zai atas doa Zai untuk arwah suami kak ani.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Ain Noraini atas doa yg dipohon utk arwah suami kak ani

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
suka suka berkata...

Assalam Mak Long.. takziah diucapkan.. selang sebulan rasanya kita kehilangan insan yang disayangi.. sedih dan sunyi sudah pasti.. Allah lebih menyanyangi mereka.. semoga Mak Long tabah .. ingatan untuk diri saya juga..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam SS.

Terima kasih atas doa SS. Takziah dari maklong walaupun terlambat. Kita kena terima dengan hati yg tabah

Kakcik Nur berkata...

Innalillahhiwainnailaihirojiun...

Semoga rohnya sedang berbahagia di sisi roh para solehin...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Nur (Kakcik) atas doa kakcik.

Sebenar hidup tanpa teman ni sangat menyedihkan.

Acik Erna berkata...

Salam takziah kak ani..

PakMail berkata...

Semuga Allah swt ampuni suami Puan rahmati serta diredhai hendaknya.

Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita dikembalikan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Acik Erna

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih PakMail.

Bunda a.k.a KN berkata...

Salam takziah untuk kak long sekeluarga...
Al-Fatihah...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih KN