Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 16 September 2014

Semoga Awak Sihat dan Pulih Sempurna

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.  Apa khabar.  Semoga semuanya baik belaka.

Minggu lepas saya ke Kuantan, anak bongsu saya yang memandu.   Tujuan saya kesana ialah untuk melawat adik saya yang telah disahkan mengidap kanser.  Tahap berapa saya tak tahu sebab dia tak beritahu.

Ketumbuhan yang ada pada dalam tubuhnya dah dibuang, dah buat kimo sebanyak 6 kali.  Dan minggu ini mungkin pada 19 September dia akan menjalani radiotrapi sebanyak 20 kali.  Walaupun saya tak berapa sihat saya ingin juga melihat dia sebelum dia menjalani radiotrapi di Pulau Pinang.  Dia pilih Pulau Pinang kerana anaknya ada di sini.  Saya pelawa juga dia buat di HKL dan tinggal di rumah saya, tapi mungkin lebih selesa tinggal dengan anaknya.




Sebelum sakit

Dia adik perempuan saya yang berbezaan umurnya dengan saya sejauh 12 tahun.  Hati saya memang sedih melihat dia sakit.

Semoga dia dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan diringankan penanggungan kesakitannya.  Aamiin.




6 ulasan:

Zaitun berkata...

Salam kak ani...semoga adik kak ani cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai, Aamiin

Terima kasih atas doa pada adik kak ani tu

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum Kunang-Kunang
Walau yang gering orang lain, kita mungkin saja jadi terkesan, apatah lagi bilamana yang uzur adalah adikberadik atau ahli keluarga sendiri. Semoga adik KK terus tabah. Kita panjatkan doa tanpa henti semoga Allah mengurniakan segala-gala yang terbaik kepadanya.

Bunda a.k.a KN berkata...

Semoga adiknya akan kembali sembuh...aamiin..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Bunda a.k.a KN

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waakaikumussalam saudara Temuk. Terima kasih atas doa yang dipanjatkan. Nampaknya tahun ini banyak peristiwa suka duka dalam hidup saya. Semoga saya tabah