Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 14 September 2014

Semoga Allah kurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan, Selamat Hari Lahir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.  Apa khabar.  Semoga semuanya baik belaka.

Hari ini 14 September 2014 genaplah usia suami saya 61 tahun.  Dah 6 siries kata orang sekarang.  Alhamdulillah.  

Nampaknya banyak dugaan pada dia dan kami semua sejak akhir-akhir ni.  Dia selalu tak sihat. Senang sangat dapat sakit.   Sekarang dia dah tak boleh memandu jauh-jauh macam dulu.  Jadi kami terpaksa bergantung pada anak-anak dan menantu untuk kemana-mana. Semoga Allah tabahkan hati dia dan hati kami menerima dugaan ini.  

Hari ni sedih rasa, anak-anak ajak makan-makan seperti pada hari lahir dia yang lepas-lepas tapi dia hanya terbaring di katil tak berapa boleh nak bergerak cergas.  Akhirnya anak-anak belikan kek dan makan-makan jer di rumah.

"Selamat hari lahir abang.  Semoga Allah berikan abang kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan.  Susah senang kita tanggung bersama"





Di hati rasa sedih melihat dia terbaring begitu.  Kami berdoa semoga dia sihat segera dan kembali aktif bersama kami seperti masa-masa yang lalu.  Aammin.

2 ulasan:

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum my lovely kak Ani:)

Selamat Ulangtahun kelahiran buat suami akak...Semoga Allah memberkati usia dan dilindungiNya selalu..
Semoga diberikanNya kesembuhan dan kekuatan buat suami akak...

Utk sis..
Moga Allah merahmati akak sekeluarga..aamin..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie. Rindu rasa hati pada sahabat blogger kerana lama tak aktifkan blog akak.

Terima kasih atas doa sis tinie, kak ani doakan sis tinie sekeluarga sentiasa dirahmati Allah. Aamiin