Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 13 September 2014

Ketumpang Air atau Sirih Cina

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.  Apa khabar.  Semoga semuanya baik belaka.



Ketumpang Air/Sirih Cina 

Pernah tak tengok pokok ni.  Ia banyak tumbuh di tempat-tempat lembab waima ditepi-tepi longkang.  Dalam pasu-pasu tanaman kita pun dia mudah tumbuh.  Kerana tabiatnya yang begini kita tak sangka yang pokok ni banyak khasitnya.  Terutamanya boleh dimakan.



Ketumpang air atau mudah dikenali sebagai sirih cina yang nama saintifiknya ialah Gynura Procumbeus ini banyak khasiatnya yang tidak diketahui ramai. Sifatnya yang hidup dikawasan yang lembab seperti tepi-tepi longkang membuatkan orang ramai tidak mengambil tahu tentang khasiatnya. Untuk pengetahuan umum, warna putih yang terdapat dibawah daun sirih ini adalah anti bacteria.

Di rumah saya sendiri pun banyak tumbuh dalam pasu-pasu bunga dan pasu orkid yang selama ini saya buang sahaja kerana ingatkan pokok ni sama dengan rumput rumpai yang tumbuh dalam pasu bunga kita.  Dipercayai dengan meminum  jus ketumpang air  ni khasiatnya seperti berikut:

penawar sakit sendi dan perut
reumatisme
jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
cirit-birit
batuk
jangkitan pada pundi kencing

Ada juga yang saya terbaca diartikel-artikel yang menceritakan  pokok ketumpang air ni boleh dibuat ulam, dimasuk air bersama udang dan juga digoreng seperti kita menggoreng kangkong.

Wallahuwa’lam saya tak pernah mencuba.  Teringin juga untuk cuba meminum jusnya. Mudah-mudahan sakit lutut saya ni berkurangan.



Lihat juga: Sirih Cina


10 ulasan:

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Di rumah kak menjadi-jadi pula tumbuhnya. Teringin juga nak cuba goreng .. sehari dua ni kak rebus sekejap dan minum airnya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Bagus juga dicuba tapi rasanya jangan kerap kot

❤Kamsiah❤ berkata...

dalam pasu orkid saya mmg banyak pokok ni..ada yg panggil sirih air...walaupun banyak baca ia boleh dimakan tp tak pernah lagi mencubanya...

makchaq berkata...

Assalamualaikum kak Ani
Baru tau boleh makan.. nak cuba la..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Memang kak ani pun gitu selalu buang jer bila tumbuh dalam pasu.

Sekarang ni rasa nak cubalah jusnya tu. Sebab kawan2 sendiri pernah cuba dan beritahu khasiatnya

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Makchaq,

Maaflah lama kita tak bercerita di blog.

Patut juga cuba, tapi jangan selalu rasanya takut terlebih dos pulak

Nik Ahmad Zainalddin berkata...

Gynura Procumbeus = Pokok Sambung nyawa lah... ini pokok lain ni....

Nik Ahmad Zainalddin berkata...

Ini pokok Salad Pepperomia. Boleh wiki.

Jannah Anna berkata...

saya sedang membuat kajian berkenaan pokok ini...dan saya memerlukan pokok ini dalam kuantiti yang banyak. boleh bantu saya bagaimana nak dapatkan pokok ni?

ishak99 berkata...

Jannah - saya sedang tanam dalam sistem aquaphonics. Kuantiti banyak mana yang puan nak untuk buat kajian. Saya boleh kumpulkan. Sekarang ni dah ada 20 pokok ukuran 6cm tinggi.

hubungi saya ishak99@gmail.com
kediaman Shah Alam

Ishak Zakaria