Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 29 Julai 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri - Suasana Gembira dan Duka


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Macam mana dengan sambutan hari raya aidilfitri tahun ni.  Mesti meriahkan.  Tapi yerlah disamping kita bergembira tu datang juga menjengok di sanubari kita perasaan sedih dan simpati  kepada keluarga krew MH370 dan MH17 berserta penumpangnya yang sudah pasti masih dalam keadaan dukacita di atas kehilangan orang-orang yang disayangi.  Semoga mereka terus tabah dengan dugaan Allah yang berat ni.   Yakinlah bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang selalunya akan berakhir dengan  kebaikan kepada kita sama ada di dunia ini atau diakhirat kelak. Allah berfirman:

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah; 'Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah At Taghaabun ayat 11)

Ibnu Katsir mengatakan, “Makna ayat ini: seseorang yang ditimpa musibah dan dia meyakini bahawa musibah tersebut merupakan ketentuan dan takdir Allah, sehingga dia bersabar dan mengharapkan (balasan pahala dari Allah), disertai (perasaan) tunduk berserah diri kepada ketentuan Allah tersebut, maka Allah akan memberikan petunjuk ke (dalam) hatinya dan menggantikan musibah dunia yang menimpanya dengan petunjuk dan keyakinan yang benar dalam hatinya, bahkan boleh jadi Dia akan menggantikan apa yang hilang darinya dengan yang lebih baik baginya.”

Raya tahun ni saya sambut sederhana saja.  Alhamdulillah dengan adanya anak cucu disekeliling kami dan dengan kehadiran adik beradik dan saudara mara di rumah pada hari pertama raya, hati rasa seronok.   Memandangkan kesihatan tak  berapa baik, tahun ni tidak seperti tahun-tahun yang lepas di mana setiap kali raya sama ada raya adilfitri atau aidiladha saya akan masak nasi dagang disamping makanan lain.  Tahun ni saya masak nasi minyak disamping makanan lain yang disediakan oleh anak-anak. Tak banyak gambar yang nak dikongsi disini.  Inilah cucu-cucu saya disamping mak tehnya.





Kebiasaannya pada hari raya pertama, ramailah orang yang akan menziarahi pusara-pusara ibubapa, adik beradik dan kawan-kawan.  Tapi saya semenjak beberapa tahun kebelakangan ini saya tak menziarahi pusara pada hari raya tapi selalunya sehari sebelum raya.   Pusara anakanda saya Dzul Iskandar dan pusara bonda saya Meriam di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.  Pusara ayahanda sayang di Dungun, Terengganu.

Esok kami akan bergerak kembali ke Dungun disamping berjumpa sanak saudara juga meraikan majlis perkahwinan anak saudara sebelah suami pada hari Jumaat nanti.

Sekian untuk kali ini.  Salam sayang untuk semua dari saya.


9 ulasan:

Acik Erna berkata...

selamat hari raya..maaf zahir batin kak ani

BungaTulip berkata...

Selamat Hari Raya Mak Long..maaf jika ada salah dan silap.

suka suka berkata...

Selamat Hari Raya Mak Long.. maaf zahir dan batin.. saya pun ziarah kubur pd bulan Ramadhan

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Acik Erna

Selamat hari raya juga pada Acik Erna sekeluarga

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Bunga Tulip,

Selamat hari raya juga pada Bunga Tulip sekeluarga

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Suka suka,

Selamat hari raya juga pada SS sekeluarga

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

SS selamat hari raya.

insan marhaen berkata...

Raya tahun ni IM tak banyak berziarah. Kondisi ibu_suri membatas segalanya...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

IM,

Samalah dengan kak ani pun, balik kampong sekejap. Adik2 adalah datang ke rumah.

Selamat hari raya Im sekeluarga