Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 24 April 2014

Sayang-sayang buah kepayang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Apa khabar sababat blogger semua. Semoga dimurahkan rezeki oleh Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik berpanjang.

Saya tertarik dengan buah kepayang (Pangium edule), ada yang memanggilnya buah kluak atau kluek.  Selalunya pandai sebut saja tapi tak tahu macam mana rupanya. Saya google untuk mendapatkan   maklumat mengenainya.





Rupanya buah kepayang ni boleh membuat orang mabuk kepayang tanpa jatuh cinta jika kita tidak tahu cara  memprosesnya. Tapi jika kita pantai memprosesnya dengan cara yang betul, dikatakan ia boleh menjadi makanan yang menyelerakan.  Biasanya penduduk pendalaman mempunyai kemahiran untuk memproses buah kepayang bagi menghilangkan rasa mabuk.

Pokok buah kepayang ni hanya boleh didapati di kawasan pendalaman seperti di Taman Negara. Dipercayai pokok ni dah hampir pupus.  Pokok kepayang ni setinggi pokok durian dan buahnya sebesar bola sepak atau sebesar buah sukun.  Besar tu. Bunganya tumbuh dipucuk ranting bewarna putih kehijauan seakan bunga buah betik. Didalam setiap buah akan ada 6 biji isinya



Cara memproses bagi menghilangkan racunnya agak rumit iaitu antaranya  merendam bijinya ke dalam air sebelum dibakar atau direbus untuk menghilangkan rasa pahitnya.  Cara terbaik merendam buahnya dengan cara merendam buah tersebut di sungai yang mengalir airnya selama beberapa hari atau seminggu.  Selepas direndam dalam air biji yang berwarna putih akan bertukar kehitaman. Ianya kemudian dibakar atau direbus untuk menghilangkan rasa pahit dan memabukkan. Kulit buah kepayang berwarna kelabu dan biji di bahagian dalamnya dilitupi selaput putih dan berminyak.Selepas proses merendam, kulit buah berkenaan dibelah untuk mengambil isinya.


Buah kepayang yang sudah melalui proses membuang racun

Buah kepayang juga menghasilkan minyak yang dijadikan sebagai minyak urut terutama kepada ibu-ibu lepas bersalin. Untuk menghasilkan minyak, biji buah kepayang yang matang dikeringkan dan kemudian ditumbuk serta diperah. Untuk memperolehi sebotol minyak. memerlukan lebih 30 biji.

Itulah serba sedikit kisah buah kepayang, mungkin anak cucu kita yang akan datang langsung tak kenal buah kepayang malah mungkin dah lupa kiasan "Sayang-sayang buah kepayang, ditelan pahir dibuang sayang".


SOURCE:  Gambar-gambar ehsan google

13 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

saya pun biasa mendengar nama ja,tak pernah tgk..apatah lagi makan...

suka suka berkata...

Buah kepayang biasa didengar... baru kenali rupanya

sud@is berkata...

Kenali disini rupa buah kepayang....tq sharing

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Saya pernah juga dengar buah kluak kalau nyonya dari melaka masa di tv tu tapi tak tau rupanya dia juga buah kepayang.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Suka-suka,

Samalah kita, saya pun tak kenal buahnya. Setelah google baru tahu kisah dan rupanya. Ingatkan dulu saya kiasan orang tua2, rupanya betul2 wujud pokoknya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sud@is,

Samalah kak ani pun. Tak pernah tahu ada rupanya pokok kepayang ni.

BungaTulip berkata...

Salam Mak Long,

Saya pernah juga tengok buah ni cuma tak tau ni rupanya buah kepayang..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Mungkin kita jarang tengok dan kenal kerana tumbuhnya dihutan bedar

BUNDA a.k.a KN berkata...

Usahkan anak cucu..kita sendiri pun tak pernah tengok buah yang betul....
Pernah dengar jer...
Rupenyer ada juga minyak urut dari buah kepayang yer...

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum.. bunda,

mselim3 baru pertama kali tgk buat kepayang nie..

mselim3

pls; terima kasih bunda perkongsian yang menarik...

Nor Salmi berkata...

Saya memang suka makan buah kepayang ni. Isi yang dah diproses (buang getah/racun) dihiris dan digaul garam kunyit, sedap.. Pernah buat entri kat blog.

Tanpa Nama berkata...

The dedicated team of AVG professionals can be acquired here all round the clock, whom you'll be able to reach by calling on the AVG tech support number.
She invites one to visit her site where she's going to share a
proven strategy to start an web business. " The company sees innovation as considered one of its core organizational competencies.

Also visit my page :: bębnica

Tanpa Nama berkata...

Makanan kesukaan..mentelah kalau dipekasam kemudian goreng campur bawang besar. Memang sedap. Arwah Mak akan padti bekalan ada..susah payah dia cari.kekadang dibeli di Raub. Kekadang dia beli dari orang asli sg. Dua. Arwah Mak sangat fafam seleta saya. Kini semua dah jadi krnangan.
Kalau umur ada..insya Allah saya akan tanam dikebun yg bakal diusahakan...jika kita ada umur lagi...semua akan merasa Si Buah Kepayang...