Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 19 April 2014

Lesu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Apa khabar sababat blogger semua. Semoga dimurahkan rezeki oleh Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik berpanjang.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai apa yang saya alami.  Saya percaya faktor usia juga memainkan peranan kepada apa yang saya sedang lalui ini.

Sejak akhir2 ini saya sering merasa letih dan nak tidor jer.  Badan tersangat lemah dan kerap terkena haipo, untuk pengidap kecing manis mesti tahu apa itu haipo.  Ianya menjadikan badan kita seram sejuk dan berpeluh serta badan menggigil.  Kalau lama boleh pengsan.  Sekarang coklat atau gula-gula kenalah sentiasa ada dalam beg tangan bila kemana-mana.  menggigil jer terus suap.

Saya juga dilanda tidak ada selera untuk makan.  Perut sentiasa merasa sebu.  Kadang-kadang bila tak ada selera sangat saya makan direstoran yang saya rasa boleh membuka selera saya.  Contohnya pada beberapa hari lepas saya ke restoran TTDI Jaya untuk makan malam.  Untuk membuka selera semua lauk-lauk yang berperisa masam jer yang saya pesan.


Tom Yam, Siakap kukus dan som tam


Som Tam yang tak pedas, dulu saya tak suka
Som Tam ni sebab terasa hanyir mungkin
kerana dimasukkan sos ikan, tapi hari
tu okey pulak




Lee Chee Kang dikatakan boleh menyejukkan badan

Saya juga pernah mencuba jus delima.  Menurut kawan-kawan bagus.  Bolehlah tahan, tapi letih tu rasa tak sanggup lagi.  Akhirnya saya ke farmasi.  Di farmasi tu saya dicadangkan supaya mengambil vitamin B kompleks seperti di bawah.



Nampaknya Alhamdulillah, sebiji saja ubat ni ditelan saya dah rasa kesannya.  Jadi dah beberapa hari ni saya mengambil vitamin ni.  Walau pun usia memainkan peranan rasa kita kena berikhtiar dan berusaha juga.  Semoga Allah restui apa yang saya but ini dan memberikan saya kudrat dan kesihatan yang baik.  Aamiin.


6 ulasan:

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

wsalam kak ani. Aamiin.. berselera tengok lauk2 tu..terus rasa lapar.. nak makan..

Ann Ishak berkata...

somtam yang sedap :)

sud@is berkata...

Nmpak lauk2 semua pembuka slera ..

Pn Kartini berkata...

moga kak ani diberikan kesihatan yang baik dan dipeliharakanNya sentiasa ..amin..

:)

aby berkata...

salam k hanim ..
lama tk singgah sini ..
rasanya tu la yg kita sume kena hadapi bila umo meningkat .. alhamdulillah kak masih blh bergerak. setidaknya masih blh berdikari .. moga kak semboh seperti sedia kala ..

makchaq berkata...

Salam kak Ani
Alhamdulillah dah jumpa penawarnya.... agaknya sebab kak ani tak ada selera makan tu yg jadi kekurangan vitamin sampai lemah dan lesu...
Vitamin B katanya boleh tingkatkan selera...