Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 4 Mac 2014

Semoga Pulih Seperti Sediakala

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Lama sungguh saya tidak balik ke sini.  Hampir-hampir 3 bulan.  Maaflah lama saya tak BW blog kawan-kawan semua.  Keadaan masa yang agak berkurangan buat masa ini membataskan waktu untuk berblog.

N3 saya kali ini sebenar sesuatu yang telah berlaku lama.  Dah hampir 1 bulan lebih.  Saya catitkan juga kisahnya di sini untuk kenangan di masa akan datang sebagai ingatan kami semua.

Alhamdulillah anak bongsu saya, Salam dah hampir pulih seperti biasa walaupun masih menggunakan tongkat untuk menguatkan kaki bagi berjalan setelah menjalani pembedahan lutut kanannya kerana berlaku anterior cruclae ligament (ACL) ketika bersukan silat di SUKMA lebih kurang setahun dulu. Pembedahan ditangguhkan dari masa ke masa sehinggalah pada 25 Januari 2014 barulah dijalankan pembedahan  



Semasa di wad ortopedik PPUM

Pembedahan dilakukan di PPPUM.  Alhamdulillah UIA membiayai semua kos perubatan yang mencecah hampir RM11,000.00.  Kalau UIA tak bayar, teruk juga saya nak membiayainya sendiri.



Gambar beberapa hari sebelum pembedahan

Semoga Salam pulih seperti sediakala dan boleh memulakan balik aktiviti sukan silat yang sangat-sangat diminatinya dan lain-lain aktiviti sukan.


6 ulasan:

Kakzakie berkata...

Asslamu'alaikum Kak Ani...
Alhamdulillah ada cerita hari ini. Moga anakanda Salam terus sihat dah boleh aktif semula. Mahal juga kalau tak kos pembedahannya..

suka suka berkata...

Assalam ..semoga anak Mak Long segera sembuh

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Lama sungguh saya tak singgah di blog kakzakie. Mudah2an selepas ini dapatlah membaca balik cerita suka duka kawan2 di blog.

Terima kasih sudi singgah

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Suka-suka

Terima kasih singgah kat blog maklong ni yang dah lama tak aktif.

maklong pun dah singgah blog suka-suka, cantik blognya, N3 pun menarik

❤Kamsiah❤ berkata...

semoga kesihatan anakanda semakin baik...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Kam, itulah juga harapan saya