Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 20 Mac 2014

Semoga Allah makhbulkan Niat di Hati Kami


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Apa khabar kawan-kawan blogger semua.  Semoga sentiasa sihat walafiat dan hidup dirahmati Allah selalu.

Kisah yang saya catitkan dalam N3  ni sebenarnya dah dua minggu berlalu.  Saya ingin juga mencatitkan di sini agar ianya menjadikan ingatan dan kenangan manis kepada kami  dalam hidup kami sekeluarga..

Pada 8 April lalu, anak bongsu saya Salam telah melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya.







Memandangkan kedua-duanya masih belajar, majlis berjalan dalam keadaan yang amat sederhana. Itu adalah permintaan pihak si gadis.  Mereka tak mahu sirih junjung atau apa-apa hadiah inringan semasa majlis ini cukuplah dihadiahkan dengan sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan.

Tapi memandangkan kami sebagai tetamu yang datang bertandang kami bawahlah juga cenderahati sebagai adat kita bertamu.  Pihak perempuan juga telah menghadiahkan kami dengan kek dan pulut kuning.

Perjanjiannya mereka akan disatukan bila anak saya dah tamat pengajiaanya, InsyaAllah tahun depan.  Semoga Allah memberkati hidup mereka dan memakhbulkan hasrat mereka untuk disatukan. Aamiin.

2 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

saya sukakan majlis yg sederhana mcm ni Kak Ani...yg penting keberkatannya
bila tgk majlis pertunangan yg grand2..siap ada pelamin,confuse...bertunang ke kawen...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Betul tu, mereka juga tidak menyebut berapa hantarannya cuma mengatakan terpulang berapa yang Salam mampu, tapi sebaga seorang ibu, saya akan memberinya mengikut keadaan sekarang. InsyaAllah