Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 30 Mac 2014

Jalan-jalan Ke Utara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Hari Sabtu minggu lepas 22 Mac 2014 saya sekeluarga ke Alor Setar untuk menghadiri majlis perkahwinan 2 orang anak perempuan sahabat baik saya. Kenduri berjalan dengan meriah.  Disamping itu sempatlah juga berkereta disekitar bandar Alor Setar yang dah beberapa tahun saya tidak datang ke sini.


Masjid Zahir


Pekan Rabu


Untuk Kenangan

Kami tinggal satu malam sahaja di Alor Setar.  Sebelum kenduri bermula selepas bersarapan pagi di hotel kami menginap, saya rasa tak kenyang. he he.  Jadi saya dan suami ingin mencari restoran atau kedai makan di situ.  Terjumpakan sebuah kedai yang banyak hidangannya ni.




Beranika lauk pauk dan ulam-ulaman yang beranika
sesetengah tu saya tak pernah lihat apalagi makan

Keluar dari Alor Setar kami ke Pulau Pinang.  Nak tengok dan rasa naik jambatan Ke 2 PP.  Seperti biasa kalau ke Pulau Pinang budak-budak mesti nak naik feri.  




Semasa perjalanan balik kami rasalah naik Jambatan Ke2 Pulau Pinang yang dianggarkan panjangnya lebih kurang 24 kilo meter.





Gambar.gambar semasa di Pulau Pinang.  Ada jugalah pergi ke Batu Peringgi.  Malamnya kami nak ke padang kota, tapi lalu saja sebab orang terlalu ramai dan parking pun tak ada.  Cuaca di Alor Setar dan Pulau Pinang panas terik.










Sekian, cerita kali ini.


11 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

semoga tak serik utk bertandang lagi ke uatara...dah 3 hari hujan turun..sejuk sikit...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Tak serik cuma sekarang ni nak kemana-mana kena anak atau menantu yang sebab abahnya cepat mengantuk, he he

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

seronoknya kak ani jejalan kedah n penang...

wafacw berkata...

Waaa,, harung semua...dari Alor Setar ke Penang :D... Restoran mana la agaknya Mak Long singgah yang banyak ulam tu... biasa kalau cam tu, dulu-dulu ni, saya makan kat Jalan Dato' Kumbar sebelah tempat simpan tong gas banyak-banyak tu nama apa tak ingat dah... hahaha:D

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Cik Nah.

Semenjak baik sakit inilah baru pertama kali berjalan jauh.

Seronok juga tapi penatlah sikit.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

wafacw

Maklong sendiri tak tahu jalan apa terletaknya kedai makan tu.

Tapi memang banyak sungguh tapi akhirnya ambik sikit jer sebab tak boleh dah nak makan.

suka suka berkata...

Assalam Mak Long... insyaAllah lusa saya keutara harap2 dpt lalu jambatan baru.. ulam2 kat utara memang pelbagai..

Kakzakie berkata...

Alhamdulillah Kak Ani dah rasa naik jambatan ke 2 PP. Belum kena tol lagi tu sekarang dah mula tol kan...

Bebudak juga yg seronok lebih sebab dapat ke pantai:)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam suka-suka,

InsyaAllah dapatlah tu naik jambatan baru yang lebih panjang dari jambatan pertama dulu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Tulah sambil menyelam sambil air. Kebetuan sekolah cuti, bolehlah cucu ikut sekali tapi bersama ibubapa mereka. Kak ani tak larat.

Tapi seperti biasa di PP jeruk mungkin sebab sekolah cuti.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Saat indah sewaktu arwah suami masih ada. Sekarang masa ini takkan berulang lagi.