Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 7 Mac 2014

Hujan Oh Hujan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




السلام عليكم ورحمة الله وبركات dan Salam Jumaat, penghulu kepada segala hari yang penuh keberkatan ini kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sekarang ni dimana-mana saja kita dengar orang bercerita tentang cuaca yang panas dan dah lama tak hujan.  Ini menyebabkan beberapa tempat di negara ini terpaksa mencatu air termasuklah di negeri Selangor.  Tapi Alhamdulillah di kawasan rumah saya tidaklah terputus bekalan airnya.

Simpati pada mereka yang terpaksa bersusah payah menghadapi ketiadaan air.  Sama-samalah kita berdoa semoga Allah segera menurunkan hujan. Disamping kemarau dan cuaca yang panas, keadaan jerebu jugak semakin membimbangkan.


Akibat cuaca panas dan berjerebu, terjadi juga berlakunya kebakaran hutan-hutan dan tanah gambut sehingga pihak bomba meminta orang ramai berhati-hati dan tidak melakukan pembakaran terbuka.

Banyak masjiddi negara kita termasuklah masjid Negeri di Shah Alam mengadakan sholat istisqa memohon Allah menurunkan hujan.  InsyaAllah semoga Allah berkenankan doa kita semua.

Di kawasan rumah saya ni 2 hari lepas pada malam dan paginya Alhamdulillah hujan telah turun dengan agak lebat. Bila hujan turun kuranglah sikit nyamok. Saya perhatikan semenjak kemarau ni nyamok banyak sungguh di dalam dan di luar rumah. Bimbang juga sebab sekarang ni demam denggi menjadi-jadi.






Suasana selepas hujan di waktu pagi diarea rumah saya


Sama-samalah kita berdoa semoga Allah terus memberi rahmatNYA kepada kita semua dengan memulihkan semula keadaan panas dan berakhirlah kemarau yang sedang melanda kita - Aamiin.

8 ulasan:

sud@is berkata...

Syukran Allah memperkenankn doa dn rintihn hmbanya
Sini blum lg..

che mid berkata...

Salam kak..lama tak 'jumpa'..harap akak sihat ya. Di Meru pun takde catuan kak, walaupun dah simpan air berbekas-bekas he he...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sud@is,

Skrg dah panas balik. Dengarnya skrh ni bamyak tempat mengadakan sholat istisqa. Mudah2an Allah perkenankan doa kita semua

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Che miKak ani.pun lama.tak berblog disamping yang tak sempat juga.tak ada idea nak bercerita.

Alhamdulillah area rumah kita air tak dicatu dan simpati pada mereka.yg terlibat. Kak ani simpan juga air. Stand-by

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani.

Semoga sentiasa sihat ya.

Lama kak tak buka blog.. Alhamdulillah hujan ada juga turun di tempat kak. Walaupun begitu memang cuaca masih panas, kain jemuran cepat sahaja keringnya. Adalah diharapkan semuanya akan pulih kembali. Ditempat kak juga tiada catuan air. Alhamdulillah.

Zaitun berkata...

Salam kak ani...Susah kalau ketiadaan air.Semoga Allah perkenankan doa kita.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semalam dan hari ini di area rumah saya air telalu kecil. Tak boleh dibasuh baju.

Tapi masih bersyukur sekurang2nya masih ada air taklah tak ada langsung cuma aktiviti basuh membasuh terbantutlah sikit

Myra Jay berkata...

Rindunya dengan bau hujan...
Penang pun da lama berbulan tak hujan..