Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 6 Mac 2014

Happy Birthday - Kisah Yang Hampir terlupa







بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Kata Dzulkarnain, anak yang ke 3 - Happy birthday mama

Kata Sakinah - Happy birthday mama

Kata Salam - Happy birthday mama, - Alam sayang mama

Kata Atie (anak angkat saya) Selamat Hari Lahir Mama,atie doakan mama diberi kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki...Amin... luv u mama..

Begitu juga dari kawan-kawan yang tahu hari lahir saya, mengucapkan selamat hari lahir pada saya pada 26 Februari 2014. Genaplah 61 tahun umur saya. Makin terasa diri ini dah semakin hampir dijemput pergi. Semoga hari lahir ini memberikan saya kesihatan yang baik dan Allah mengampuni segala kesalahan yang telah saya lakukan sengaja atau tidak, yang telah lalu, sekarang dan akan datang. Aamiin.

Alhamdulillah dalam bulan Februari ni sebenar saya telah dikurniakan 2 orang anak, Zulaikha dan Dzulkarnain.  Hari lahir Zulaikha pada 19 Februari 2014 dan hari lahir Dzulkarnain pada 23 Februari 2014. Kad-kad ucapan e-card berikut saya hantarkan untuk kedua mereka melalui FB.





15 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

semoga akak terus diberi kesihatan yg baik...semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH bersama keluarga..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Kam

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakzakie berkata...

Selamat ulang tahun kelahiran dan semoga rahmat Allah sentiasa diperolehi Kak Ani.

Sungguh kakak terharu pulak tak tahulah kenapa. Mengharap diberi kesihatan terbaik dlm meniti kehidupan ini ye Kak Ani.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Terima kasih doakan kak ani.

Dalam usia sekarang apa lagi yang selalu bermain difikiran kita, hanya semoga Allah berikan kita kesihatan yang baik dan ketenangan.

Seandainya dijemput pergi semoga Allah panggil kita dengan kematian yang baik.

suka suka berkata...

Selamat ulang tahun Mak Long..semoga terusan dalam rahmat Allah

JunAina berkata...

Dalam meniti usia2 sebegitu moga Allah s.w.t sentiasa memberi kesihatan yang baik.

Zaitun berkata...

Semoga kak ani sentiasa diberikan kesihatan yang baik2.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Suka-suka, terima atas ucapan tu

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zai,

Terima kasih atas doa Zai tu, semoga kita sama-sama diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

JunAina,

Terima kasih Jun, itulah yang selalu maklong doakan semoga Allah permudahkan segalanya.

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualikum...mak long,

moga mak long sihat selalu k, disamping keluarga dan anak2 tercinta..amin.

mselim3

MulutPayau berkata...

Selamat hari lahir kak...semoga sntiasa di bawah limpahan rahmat-NYA dan diberi kesihatan yg baik..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Selim,

Terima kasih doakan maklong. Semoga selim sekeluarga juga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

MP,

Terima kasih atas ucapan MP tu pada kak ani. Aamin itu jugalah yang kak ani harapkan semoga Allah memberikan kesihatan yang baik pada kak ani.

Semoga MP dan keluarga juga sentiasa dalam keberkatan Allah, Aamiin