Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 11 Mac 2014

Antara Kesedihan Dan Harapan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Ketika kita masih lagi menghadapi kemelut kemarau dan masalah air yang kena catu kita dikejutkan pula dengan berita bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan udara pukul 1.30 awal pagi Sabtu.  Semenjak tarikh dan masa itu  tiada apa khabar berita mengenai pesawat tersebut diketahui. Pesawat tersebut membawa Nasib 227 penumpang termasuk 2 bayi dari 14 buah negara  dan 12 anak kapal kini menjadi tanda tanya di kalangan masyarat seluruh dunia.

Peristiwa kehilangan pesawat MH370 menjadi laporan Utama media antarabangsa seperti CNN, BBC dan Al Jazeera termasuk juga di media tempatan.  Semenjak berita kehilangan pesawat tersebut diketahui umum banyak spekulasi-spekulasi yang dtbuat samada yang positif dan tak kurang juga yang negatif.

Sebagai tanda simpati kita kepada penumpang dan krew pesawat berkenaan, umat islam telah mengadakan sholat hajat di masjid-masjid seluruh negara  memohon agar Allah memberi kita petunjuk mengenai kehilangan pesawat tersebut serta melindungi mereka yang terlibat. Begitu juga dengan penganut-penganut ugama lain berdoa dan mengharap mengikut cara kepercayaan masing-masing.


Gambar dari Google

Sama-samalah kita berdoa agar pesawat berkenaan mendapat perlindungan dari Allah Azawajala. Sebagai hambanya hanyalah doa yang dapat kita panjatkan semoga semua berakhir dengan baik, Aamiin.



5 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

tok bomoh kata semua penumpang selamat..:)
adeiii...tak tau nak kata apa lagi...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Itukan dah jadi menenung nasib. Tak taulah.

Mudah2an mereka semua selamat

suka suka berkata...

Sentiasa Doakan keselamatan mereka..

Myra Jay berkata...

Moga ada sinar harapan pesawat kita pulang dengan selamat... Aminnn

BungaTulip berkata...

Kan kak.. keluarga penumpang mesti lagi berganda kesedihannya.. masih mengharap agar MH370 segera di temui..ini pun dah masuk hari ke enam..hanya DIA yang lebih mengetahui