Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 31 Disember 2013

Selamat Tahun Baru 2014



Glitter Photos

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات  kepada kawan-kawan blogger semua. 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Tahun 2014 dah datang.  Bertambah setahun lagi usia kita.  Usia memang bertambah dan ini bermakna juga sisa-sisa hidup makin kurang.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun 2014 pada semua kawan-kawan blogger.  Semoga tahun 2014 dan tahun-tahun mendatang Allah berikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan hidup dalam aman sentiasa di samping keluarga.

Aamiin .

Isnin, 30 Disember 2013

Orkid oelogyne rochussenii

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

 Jarang-jarang saya singgah di sini.  Tak ada cerita menarik yang nak dikongsi.  Kali ini saya catatkan sesuatu yang membuat saya gembira.  Beberapa minggu lepas orkid oelogyne rochussenii (orkid hutan) pemberian seorang kawan dari Sarawak kira-kira 5 tahun lalu telah berbunga buat pertama kalinya.  Tak tahulah bila berbunga lagi kelak.  Sayangnya orkid hutan ni tak bertahan lama bunganya, sekadar 2, 3 hari sahaja.

5 tahun saya tunggu.  Sebenarnya rasa dah rasa berputus asa untuk dia berbunga.  Jadi saya jaga juga pokok ni seperti orkid-orkid lain dan menganggapnya tanaman hiasan daun sahaja.


Allah Maha pengasih, akhirnya berbunga juga walaupun hanya dua jurai.  Cukuplah sebagai imbuhan kepada penat lelah saya menanamnya.  Semasa saya tanam 5 tahun dulu, pokok ni masih kecik sangat.  Dia membesar dengan subur walaupun tidak berbunga.



Ini celogyne rochussenii dari google

Untuk melihat orkid celogyne rochussenii saya jadi seperti di atas tu hanyalah sekadar impian. Sesuatu yang rasa macam mustahil.  Tetapi tidak ada mustahil dalam hidup kita jika Allah mengkehendakinya.

Sekian dulu, ada masa kita bercerita lagi.  Selamat menyambut tahun baru 2014.  Semoga tahun ini Allah kurniakan kita semua kesihatan dan rezeki yang baik seperti tahun-tahun terdahulu.




Sabtu, 21 Disember 2013

Pulang Ke PangkuanNYA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Pada usia yang semakin lanjut ini makin banyak ujian dan kesedihan yang menimpa dalam hidup saya.  Saya pernah dengar orang tua-tua berkata, lagi lama kita hidup, lagi banyak kesedihan dan kedukaan akan kita tempoh.  Di usia emas ini banyak sungguh hati kita diuji terutama dengan kematian dan keuzuran insan-insan yang kita sayang dan kasihi.



Kisah yang nak saya tuliskan ini memang membuat saya mengalirkan air mata.  Sangat perit dan sedih menerima hakikat yang dia telah dijemput pergi.  Saya coretkan kisah ini di sini sebagai kenangan saya kepada dia.   Pada 9 Disember 2013 iaitu kira-kira 12 hari yang lalu pada usia 56 tahun adik saya yang nombor 3 telah kembali ke rahmatullah kerana sakit dalam perut.  Kami tak pernah tahu  dia menghidapi penyakit yang serius.  Mungkin kerana dia tidak berkeluarga jadi dia tidak mahu memberitahu sesiapa takut kami susah hati.

Sebenarnya apabila mendapat tahu yang dia 'koma' saya mengharapkan 'miracle' berlaku padanya sebagaimana Allah masih memberi saya kesempatan bernafas di bumiNYA ini selepas 10 hari tak sedarkan diri.  Tapi ini tidak berlaku pada dia.  Allah lebih menyanyanginya.

Bila teringatkan bagaimana dia berjuang dengan penyakitnya bersendirian, saya akan rasa sebak sedangkan saya yang satu ketika dulu menghadapi penyakit agak serius ni sentiasa dikelilingi oleh suami, anak-anak adik beradik, ipar duai dan kawan-kawan dengan doa yang tak putus-putus agar saya sihat.  Sedangkan dia tiada siapa di sisi ketika dia sakit.  Kepergiannya kami adik beradik yang uruskan.  Alhamdulillah segala urusannya dipermudahkan Allah.

Bila dia dah tak ada lagi bersama kami, kenangan manis zaman kanak-kanak yang ditempuhi bersama terbayang dalam ingatan membuatkan saya rasa sedih.

Masih saya ingat betapa kami bertiga begitu rapat sebab adik-adik yang lain masih kecil.  Kamilah yang  main buaian yang ayah ikat di pokok rambutan.   Kerana buaian tulah juga satu peristiwa terjadi bila adik saya yang nombor 2 menghayun buaian tu tinggi dan laju menyebabkan dia yang kecil sekali ketika itu dan duduk di tengah-tengah antara kami jatuh ke tanah.    Meraung bagai nak rak.  Nasib baik rotan tak singgah di badan kami kerana jatuhkan adik.  Semua ini adik-adik yang lain tidak tahu.

Banyak dari kenangan-kenangan yang terjadi itu berlaku ketika kami tinggal di Kuala Berang, Terengganu.    Masa tu Kuala Berang masih mundur.  Bebetulan ayah saya bertukar tempat kerja ke Kuala Berang.  Kerja ayah saya memang bertukar-tukar tempat kerja dari satu kampong ke satu kampong.  Masa tu mandi di perigi nun jauh berhampiran sawah.

Sebak rasa hati bila terkenangkan betapa ayah akan dukung kami bertiga ke perigi.  Saya yang besar dikendong dibelakang, 2 orang adik lagi ayah dukung sebelah kiri dan kanan.  Sampai di perigi ayah akan letakkan kami di atas gelegar kayu.  Dia takkan letakkan kami di tanah takut kami digigit pacat yang memang banyak di rumput-rumput berhampiran perigi.

Bila musim buah mungkin ayah takut kami bertiga panjat pokok buah-buahan orang, jadi ayah pajak sepohon rambutan untuk kami iaitu pokok yang paling hampir dengan rumah sewa kami. Maklumlah kamikan anak dagang mana ada dusun atau kebun di situ.  Pesan ayah 'hanya pokok ni jer kita punya dan boleh panjat, bpleh panjat dan boleh bermain di sini'.

Banyaknya kenangan pahit manis bersama.  Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya mu adik ku dan di masukkan ke dalam golongan orang-orang yang dikasihi.


Sabtu, 7 Disember 2013

Terjemahan Surah Al-Maidah ayat 103



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

 Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Ketika saya membaca al quran selepas sholat subuh tadi bila tiba pada surah Al-Maidah ayat 103 saya begitu tertarik untuk mengetahui apa itu Saa'ibah, Wasilah dan Haam.  Lalu saya google dan saya dapati erti ketiga-tiga perkataan ini adalah seperti berikut:



Dalam ayat ini Allah swt. menegaskan bahwa Dia tidak pernah menetapkan haramnya beberapa hal yang berlaku dalam adat Jahiliah mengenai bermacam-macam haiwan yang tidak mereka makan dagingnya sebagai syariat agama. Hanya mereka sendiri saja yang menetapkan haramnya memakan daging haiwan-haiwan tersebut. Tetapi mereka mengatakan bahawa ketentuan itu adalah datang dari Allah swt. Haiwan-haiwan tersebut adalah sebagai berikut:

Bahirah,  unta betina yang telah melahirkan anak lima kali, dan anaknya yang kelima itu adalah betina. Menurut adat Jahiliah, unta betina semacam itu mereka belah telinganya, kemudian mereka lepaskan, dan tidak boleh lagi diguna sebagai kenderaan, dan tidak boleh diambil air susunya.

Saibah,   unta betina yang dibiarkan pergi ke mana saja, tidak boleh diguna untuk kendaraan atau membawa beban, dan tidak boleh diambil bulunya, dan tidak boleh pula diambil air susunya, kecuali untuk tamu.

Menurut adat jahiliah, ini dilakukan untuk menunaikan nazar. Apabila seseorang di antara orang-orang Arab Jahiliah akan melakukan sesuatu pekerjaan berat, atau perjalanan yang jauh, maka mereka bernazar, bahwa ia akan menjadikan untanya sebagai saa'ibah, apabila pekerjaannya itu berhasil dengan baik, atau perjalanannya itu berlangsung dengan selamat.

Wasilah,   kambing atau unta betina yang lahir kembar dengan saudaranya yang jantan. Menurut adat jahiliah juga, apabila seekor kambing betina melahirkan anak kembar jantan kemudian betina, maka anaknya yang jantan itu disebut "wasilah", tidak boleh disembelih, dan tidak boleh dipersembahkan kepada berhala.

Ham,   unta jantan yang telah berjasa menghamilkan unta betina sepuluh kali. Menurut adat jahiliah unta jantan semacam itu tak boleh lagi diganggu, misalnya disembelih, atau digunakan untuk maksud apa pun, tetapi harus dipelihara dengan baik. Ia tak boleh dicegah untuk meminum air atau memakan rumput di mana pun yang disukainya.

Demikianlah antara lain adat-adat Jahiliah mengenai bermacam-macam haiwan. Mereka sendirilah yang menetapkan bahawa daging haiwan itu tidak boleh dimakan. Dan mereka katakan, bahawa ketentuan itu adalah dari Allah, dan menjadi syariat agama.

Maka dalam ayat ini Allah swt. membantahnya, dan menegaskan bahwa orang-orang kafir sendirilah yang menetapkan ketentuan itu, dan dengan demikian, mereka telah mengadakan kebohongan terhadap Allah swt.

Pada akhir ayat ini, Allah swt. menerangkan, bahwa kebanyakan orang-orang kafir tidak menggunakan akal pikirannya. Sebab andaikata mereka mau menggunakan akal sihat mereka, nescaya mereka tidak akan membuat kebohongan terhadap Allah swt. dan nescaya pula mereka tidak akan mengharamkan apa-apa yang tidak diharamkan Allah swt.

Menurut riwayat dari Ibnu Jarir, Abu Hurairah telah berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda kepada Aktam bin Jaun, "Hai Aktam, neraka telah diperlihatkan kepadaku, maka tampak olehku dalam neraka itu Amru bin Hayyi bin Qam'ah bin Khinzif sedang menarik ususnya. Maka aku tidak melihat seorang pun selain engkau yang lebih mirip dengannya." Maka Aktam berkata, "Aku merasa takut kalau-kalau kemiripanku dengannya akan mendatangkan suatu bahaya atas diriku." Rasulullah saw. menjawab, "Tidak, sebab engkau adalah mukmin, sedang dia adalah kafir; dialah orang yang mula-mula mengubah agama Nabi Ismail, dan dialah orang yang mula-mula menetapkan ketentuan tentang bahirah, saibah, wasilah dan ham."

Dan riwayat ini dapat diambil pengertian bahawa sesuatu yang diada-adakan dalam syariat agama, misalnya mengharamkan makanan yang dihalalkan Allah, atau membuat-buat syiar yang bertentangan dengan agama, atau mengadakan peribadatan yang tidak ditetapkan oleh agama sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memperoleh rida-Nya, maka perbuatan tersebut sama dengan perbuatan Amru bin Hayyi. Cara-cara yang sah untuk menyembah Allah swt. telah ditetapkan-Nya dan telah disampaikan oleh Rasul-Nya. Maka setiap peribadatan dan penetapan hukum haruslah berdasarkan nas Al quran atau ketetapan Rasul. Seseorang tidak boleh menambah-nambah menurut kemauannya sendiri.





SOURCE

Jumaat, 6 Disember 2013

Meluruskan Niat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Seperti kita maklum syaitan tidak pernah merasa letih untuk menyesatkan kita orang muslim sama ada semasa kita kuat ataupun lemah, sihat ataupun sakit.  Oleh itu eloklah kita berjaga-jaga terhadap tektik syaitan ni.

Dalam menghadapi kesulitan atau kesakitan janganlah sampai kita berburuk sangka terhadap Allah, rasa kecewa dan berputus asa.   Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "bahawa Allah Azzawajalla berfirman: "Aku hanya mengikut sangkaan hamba-Ku sahaja.  Kalau ia bersangka baik kepada ku, aku pun akan berbuat begitu.  Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya."

Maksud kepada hadis tersebut, apa-apa sahaja yang ada dalam persangkaan seseorang hamba, maka begitulah Allah lakukan terhadapnya.  Jika hamba bersangka baik terhadap Allah, maka Allah akan memberikan perkara-perkara yang baik.  Sebaliknya jika seseorang itu bersangka buruk terhadap dirinya, maka Allah akan menganggap sebagai satu doa, bahkan Allah akan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaannya.

 Oleh itu sama-samalah kita berusaha untuk menjaga dan meluruskan niat kerana Allah sentiasa mengikut sangkaan kita.  Wallahuwa'lam



Rujukan:  Solusi 30



Selasa, 3 Disember 2013

Lama Sudah Tidak Ke Ladang, Habis Padi Dililit Kangkong


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات  pada semua rakan blogger.

Sedar tak sedar 2013 dah hampir penghujung. 2014 akan menjelang lebih kurang 28 hari saja lagi. Semoga 2014 memberi sinar yang lebih baik pada kita semua. Harapan saya semoga kesihatan saya bertambah baik dari masa ke masa.

Alhamdulillah semasa pemeriksaan susulan kesihatan saya baru-baru ini, pakar-pakar berkenaan mengesahkan yang saya dah sihat. Syukur saya kepada Allah.

Saya memohon maaf lama tidak BW blog kawan-kawan, InsyaAllah ada masa nanti berkunjung. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke sini.