Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 4 November 2013

Selamat Maal Hijrah 1435 H




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات  Memandangkan kita sudah memasuki tahun baru islam iaitu 1 Muharram 1435 H saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua kawan-kawan yang singgah di sini. Semoga di tahun ini rahmat Allah terus dikurniakan kepada kita semua.

Ahad, 3 November 2013

Doa Nabi Yunus


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s Allah akan lepaskan Hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa atau di dalam bahasa zaman sekarang saat-saat kecemasan ( emergency ) tetapi individu tersebut perlulah seorang mukminin.



"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"

“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim. (Surah Al-Anbiya ayat 87)

Doa ini afdalnya dibaca 11 kali ketika sujud sebaik selesai salam sholat Fardhu. Kemudian mohon Doa kepada Allah.

InsyaAllah, tawakkallah kepada Allah, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihi.

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Saya memang rajin membaca ayat ni sama ada ketika sholat atau masa-masa biasa bila saya rasa keadaan memerlukan.

Dari Pengalaman saya sendiri ketika sakit dan dimasukkan ke wad dahulu, Allah banyak makhbulkan doa saya dengan keberkatan doa Nabi Yunus ini. Sesuatu yang kita rasakan tak mungkin berlaku, tetapi ianya berlaku atas kehendak Allah.

Contohnya ketika saya dalam ICU saya tidak dibenarkan minum air, cuma kalau saya rasa terlalu dahaga jururawat atau anak saya akan basahkan kapas dan disapukan kebibir saya. Saya rasa dahaga saya tidak tertanggung lagi, lalu saya membaca doa ini sebanyak 40 kali memohon kepada Allah agar terbukalah hati doktor yang merawat saya supaya membenarkan saya minum walaupun sedikit.

Syukur Alhamdulillah, bila doktor datang nerawat saya esok paginya, saya beritahu doktor tu yang saya sangat dahaga, doktor tu membenarkan saya minum air sedikit-sedikit. Adalah lagi beberapa insiden yang berlaku berkat saya membaca ayat ini.


Sabtu, 2 November 2013

Wanginya Cempaka Harumnya Kenanga



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan yang singgah di sini. Hari ini rakan-rakan kaum india menyambut hari deepavali. Kita pulak InsyaAllah hari Selasa ini akan bermulalah tahun baru islam bila tibanya 1 Muharram.

Lama saya tak bercerita tentang bunga. Bunga orkid saya semua dah sama ada nazak atau dah mati bila saya terlantar sehingga sekarang. Mana yang terkena air hujan tu, Alhamdulillah bernyawalah lagi.

Saya begitu tertarikh kepada bunga cempaka dan bunga kenanga. Irasnya agak serupa tetapi jika diperhatikan betul-betul banyak perbezaannya. Sekarang ini ramai yang dah tak kenal mana satu cempaka mana satu kenanga. Pada saya bau bunga cempaka lebih wangi dari bunga kenanga. Bentuk bunga cempaka lebih cantik.

Bunga Cempaka Putih


Bunga Kenanga

Dulu-dulu semasa saya masih kecil dan selalu mengikut mak saya ke Pasar Payang Kuala Terengganu, saya selalu nampak mak saya akan beli bunga cempaka, bunga tanjung yang telah diselit di celah2 daun pandan yang dibelah. Wangi sangat baunya. Ikatan bunga ini diletakkan dirambut ketika menyanggulnya atau diletak dalam telekong sembahyang. Sekarang saya tak tahulah masihkah ada karangan bunga-bunga ni dijual di Pasar Payang.

Bunga-bunga ni mesti menyegarkan kalau kita buat mandi bunga. Kita ambik aromanya sudahlah dicampur dengan bunga-bunga wangi yang lain. Tak payah jampi berjampilah.


Bunga cempaka ni pun rupaya ada beberapa jenis, antaranya cempaka putih, cempaka kuning dan cempaka telur. Cempaka telur ni baunya tak kuat sangat.


Cempakar Telur

Ini pula gambar-gambar bunga kenanga yang saya ambil dari google.



Bunga-bunga ni juga banyak digunakan dalam pembuatan syampo-syampo badan dan syampo rambut.



Gambar-gambar ehsan google