Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 23 Ogos 2013

Kisah Lima Perkara Aneh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan yang singgah di sini. Cepat masa berlalu, hari ni dah Jumaat yang ke 3 dalam bulan Syawal yang mulia ini. Suasana raya masih meriah, jemputan rumah terbuka masih rancak.

Dihari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari ini, marilah kita menambah pengetahuan kita mengenai kisah nabi-nabi yang bukan Rasul yang jarang diceritakan tidak sebagaimana cerita nabi-nabi yang menjadi Rasul yang kita selalu dengar kisah mereka.

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.

Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya.

Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula.

Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya.

Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Mudah-mudaha kelima-lima kisah ini dapat kita semaikan dalam diri kita, memandangkan kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Contohnya mengata hal orang.


Kita tentu tahu mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.





SOURCE




Selasa, 20 Ogos 2013

Bendi Dan Diabetis



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan yang singgah di sini. Dah lebih kurang 13 hari kita beraya, jemputan rumah terbuka tak habis-habis. Sungguh menggoda kepada kita yang nak berpuasa 6 syawal ni.

Pada yang ada penyakit tu berhati-hatilah bila makan. Maklumkan godaan kuat takut-takut terlupa diri yang ada penyakit. Pada yang ada penyakit diabetes kali ini saya ingin berkongsi satu maklumat tentang cara tradisional nak mengurang bacaan gula dalam darah pengindap diabetes. Mudah-mudahan Allah berkenankan usaha kita.

Kebanyakan dari kita biasa makan kacang bendi yang nama saintifiknya ialah abelmoschus esculentus terutama bagi mereka yang gemarkan masakan gulai/kari. Kebiasaanya, bendi selalunya digunakan dalam masakan seperti kari dan asam pedas. Di goreng juga sedap.

Kabarnya kacang bendi banyak khasiatnya, antaranya ia amat baik untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. Lihat kesannya.

Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu:

mencuci hati
menstabil kandungan gula dalam darah
membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit
terutama di kalangan warga tua.
ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran
yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa
tidak selesa/sihat.
ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus
dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan
pada dubur.

Selamat mencuba



SOURCE

Isnin, 5 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Glitter Photos



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Memandangkan hari raya dah semakin hampir, dan bulan Ramadhan hampir meninggalkan kita, dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan blogger.

Saya menyusun jari memohon maaf andai ada tersalah silap semasa kita berblog. Harap jangan simpan di hati.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Sekuntum Kemboja Yang Gugur







بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


A-Fatihah untuk roh anakanda Dzul Iskandar.

Puasa dah tiba ke penghujung.  Di dalam bulan yang mulia ini tak sekalipun saya dan abahnya menziarahi pusaranya.  Jadi petang semalam 2 jam sebelum waktu berbuka, kami ke pusaranya di Tanah Perkububuran Islam Seksyen 21, Shah Alam. Dah 6 tahun dia bersemadi di situ.

Saya perhatikan tanah perkuburan ini telah dibina pagar baru yang nampak lebih kemas berbanding pagar dahulu.   Lama sungguh tak ke sini, maklumlah kesihatan tak berapa mengizinkan.

Suasana ketika saya tiba sunyi saja.  Angin bertiup lembut menimbul kasayuan dalam hati.  Tak ada seorang pun orang yang menziarahi tanah perkuburan itu ketika kami sampai.  Mungkin sebab hari dah senja, waktu berbuka dah hampir.   Kami melangkah masuk sambil memberi salam kepada penghuni tanah perkuburan ini disamping sedekahkan Al-Fatihah, dan  surah 3 Kul.

Tiba di pusaranya terbit rasa sayu  hati melihat pokok bunga yang ditanam terbiar. Pokok bunga melur dan pecah periok yang berwarna merah tu kering dan tak berbunga.  Maklumlah hanya mengharapkan hujan yang menyiraminya.  Selain saya dan abahnya yang kurang sihat ketika ini, nampaknya adik-beradiknya yang lain juga tidak berkesempatan kemari.  Tapi saya tahu mereka selalu sedekahkan bacaan yassin kepada dia.

Anak ku Dzul Iskandar, Mama dan Abah doakan semoga roh mu dirahmati dan terpelihara bersama insan dan makhluk yang dicintai dan diredhai ALLAH. Mama dan Abah akan menziarahi pusara mu lagi selagi ada kudrat kami, InsyaAllah.

Terukir senyuman manismu
Tergambar senda gurauanmu
Tuhan lebih menyayangimu
Menjemputmu pergi terlebih dahulu

Bersemadi jasadmu yang kaku
Diiringi gerimis yang sendu
Airmata tak terbendung lagi
Menangisi perpisahan ini


Lirik -sekuntum-kemboja-yang-gugur.hijjas

Khamis, 1 Ogos 2013

Lailatulqadar




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Nampanya bulan Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Syawal pula semakin mendekati. Memandangkan sekarang ini dah bermulanya malam-malam terakhir 10 Ramadhan mesti kita makin berusaha menambah aktiviti ibadah kita dengan harapan akan bertemu dengan Laitulqadar.

Sebagaimana kita semua maklum, 10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini terdapat satu malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah golongan yang paling beruntung.

Mengenai Lailatulqadar ini, Aisyah R.A. ada berkata, "Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa)?"

Bersabda Nabi : Sebutlah doa


"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan."

Semoga kita ditemukan dengan malam Lailatul Qadar InsyaAllah Aamiin ya rabal alamin.


SOURCE