Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 31 Julai 2013

Khamis, 25 Julai 2013

Membuka Pintu Rezeki



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Hari ni hari ke 16 kita berpuasa. Kita dan berada di pertengahan fasa kedua ramadhan sekarang. Nampaknya tak lama lagi Ramadhan akan meninggal kita semula dan seandai diberikan usia yang panjang, InsyaAllah berjumpa lagi dengan Ramadhan.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang Surat Al Waqiah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa kita tidak akan ditimpa kefakiran jika kita selalu membacanya.

Membuka Pintu Rezeki

1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”


Src: resthour.blogspot.com/agama

Isnin, 22 Julai 2013

Sholat Sunat Fajar


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Harum wangi bunga melati
Harum lagi bunga tanjung
Masa muda menurut hati
Sudah tua badan menanggung.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Hari ni hari ke 13 kita berpuasa. Semoga Allah berikan kita semua kesihatan yang baik untuk terus beramal di bulan yang mulia ini. Kali ini saya ingin berkongsi ilmu mengenai Sholat Sunat Fajar. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada kita semua.

Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh.

Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)

Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah SAW menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)

“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)


Niat solat :

اُصَلِّى سُنَّةَ الفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ,

Sahaja aku solat sunat fajar dua raka`at kerana Allah Ta`ala

-- atau -- yang ini pun boleh --


اُصَلِّى سُنَّةَ الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً ِللهِ تَعَالىَ


Sahaja aku solat sunat sebelum subuh dua raka`at kerana Allah Ta`ala


Wallahu 'alam.



SUMBER: lenggangkangkung & PANTUN

Sabtu, 20 Julai 2013

Nuzul Al Quran Bakal Tiba



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Putih bersih bunga melati,
Berseri Cantik Di Bulan Purnama,
Andai kesal rasanya hati,
usah dibiar merana lama.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Hari ni dah hari ke 10 kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Panjang umur lagi 19 hari berrayalah kita. Berpisahlah lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Alangkah baiknya di bulan yang penuh keberkatan ini kita dapat bertadarus dengan kawan-kawan sama ada di masjid atau di rumah-rumah. Di dalam tadarus, kita saling tegur menegur dan baiki membaiki bagi memastikan setiap peserta mendapat faedah daripada tadarus yang diadakan.

Tahu , baca , amal , hayati dan ajar. Belajar selok belok al quran dengan susah payah insyaAllah akan berjaya membaca dengan baik. Jika sudah mengetahui sedikit sebanyak hukum mengenai al quran seperti tajwid dan sebagainya semoga kita tidak tinggal terus selepas bulan Ramadhan. Hendaklah sentiasa dilazimi bacaannya sekurang-kurangnya satu muka ataupun satu "ain" kata orang tua. Semoga dengan melazimi membaca alquran InsyaAllah kita akan dapat membacanya dengan lancar apabila kita bertadarus.

Sebagaimana kita ketahui Al quran diturunkan secara beransur-ansur kepada manusia, hikmahnya supaya manusia mudah menerima ajaran tanpa beban. Pengajarannya adalah supaya manusia tidak bergopoh-gapah di dalam membaca dan mengamalkannya. Di dalam bulan puasa, amalan tadarus adalah rutin dan terpuji.

Diriwayatkan bahawa Malaikat Jibrail membaca al quran setiap ramadhan sekali namun pada tahun terakhir sebelum wafatnya Rasulullah S.A.W dibaca al quran sebanyak 2 kali.

Selamat menyambut dan meraikan Nuzul Al Quran 17 hb Ramadhan moga2 mendapat hikmah daripadanya. Amiin


SOURCE

Isnin, 15 Julai 2013

Kesunyian Yang Menyiksakan


gambar hanya hiasan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Bunga derdap Bunga Kiantan
Sayang mekarnya tidaklah kekal
Rejab pergi Ramadhan yang datang
Raihlah Pahala jadikan bekal

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Semoga sihatlah yer di bulan yang penuh keberkatan ini. Sama-samalah kita rebut ganjaran pahala yang ditawarkan Allah. Semoga ibadah kita diterima Allah. InsyaAllah.

Tadi ketika BW blog rakan-rakan, ramai rakan-rakan menceritakan tentang suasana di bulan puasa ini. Seronok membacanya.

Lama juga saya tak singgah di sini. Selain dari kesibukan, tak ada cerita menarik yang nak diceritakan.

Suasana berpuasa kami kali ini terasa hambar dan sunyi. Masa berbuka tidak semeriah bulan ramadhan pada tahun-tahun yang lalu. Hari-hari biasa melainkan hari minggu kami hanya berbuka puasa berdua sahaja. Di hari minggu barulah riuh rendah rumah ni bila anak-anak dan cucu-cucu datang berkumpul untuk berbuka.

Sabtu dan hari Ahad semalam, memang terasa kemeriahannyanya. Penat memasak tak terasa bila ramai yang bersedia menghabiskannya. Hari ni rumah ni sunyi kembali.

Selasa, 9 Julai 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!!!



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Glitter Photos

Mata kadang salah melihat
Mulut kadang salah berucap
Hati kadang salah menduga
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua.

Panjang umur, InsyaAllah esok kita mula berpuasa. Sempena dengan bulan yang mulia ini saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan ketika kita berblog ni. Takut ada mengguris hati sahabat handai semua.

Marilah kita sama-sama bermohon kepada Allah semoga kita diberikan kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik untuk memudahkan kita bersama-sama meraih pahala yang Allah janjikan melalui ibadah yang kita lakukan di bulan ramadhan ini.

Khamis, 4 Julai 2013

Amalan Laqad Jaakum




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Hari ini nak berkongsi satu amalan yang baik untuk kita semua sebagai umat Islam bagi memperkuatkan keimanan kita pada Allah SWT.

Banyak syafaat yang akan diperolehi jika kita mengamalkannya. Tapi jangan hanya kerana inginkan imbalan dari amalan tersebut! Lakukan dengan ikhlas dan moga amalan kita ini diredhai oleh Allah.

Ayat 128-129 Surah at-Taubah


Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

***Kebiasaannya ayat ini disebut sebagai ayat "lakad ja akum"..


Src: unniesya.blogspot.com

Isnin, 1 Julai 2013

Orkid Mekar Dalam Hujan Lebat



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua.

Semasa hujan turun agak lebat lebih kurang jam 11.00 pagi tadi, saya keluar ke porch nak tengok hujan, macam tak pernah tengok hujankan.

Semasa berdiri-diri tu terpandang ada beberapa pasu orkid mengeluarkan bunga yang mana saya tak perasan, mungkin semalam atau hari ni dia kembang, pasu-pasu ni agak tersorok sikit.



Cattleya putih kehijauan yang berbau wangi lembut



Cattleya merah darah ikan yang berbau wangi



Cattleya Hatyai delight yang beli di Padang Besar dah berbunga




orkid nodusa warna coklat ni lebih kurang bentuknya
dengan orkid pink gambar di atasnya