Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 27 Jun 2013

ISTIDRAJ - Nikmat Yang Diberi Allah Kepada Hamba Yang Tak DiRedhai


Gambar dari SINI


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Harum wangi bunga melati
Harum lagi bunga tanjung
masa muda menurut hati
sudah tua badan menanggung.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Ramadhan sudah semakin hampir semoga Allah berikan kita kesihatan tubuh badan dan fikiran untuk membolehkan kita beribadat kepadaNYA. Saya terjumpa artikel tentang Istidraj ni semasa melayari internet.  Semoga ia bermanfaat pada kita semua terutama pada yang tak tau erti istidraj seperti saya ni.

APA ITU ISTIDRAJ?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.Rasullulah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.  Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.  Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak.  Orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.  Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?  Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.  Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.  Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.  Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.  Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.  Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?  Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.  Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.  Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,  niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam.



Src: SINI

Rabu, 26 Jun 2013

Ahad, 23 Jun 2013

Malam Nisfu Syaaban



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Panjang umur kita, insyallah tiba waktu maghrib hari ini dapatlah kita menyambut malam nisfu Syaaban untuk tahun ini.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“ Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi mungkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Jerebu Oh Jerebu



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Macam mana keadaan kesihatan kawan-kawan semua dalam keadaan yang berjerebu ni, terutama kawan-kawan yang tinggal di kawasan yang sedang teruk dilanda jerebu seperti di Johor dan Melaka.

Beberapa daerah di Johor baru saja diisytiharkan dharurat. Mudah-mudahan berakhirlah jerebu ni dengan segera.

Sebenarnya kita yang di Lembah Klang ni pun terlibat sama. Pagi tadi ketika bangun dari tidor untuk bersholat subuh saya terhidu bau hangit. Risau juga bimbang ada benda yang terbakar, maklumlah malam tadi ada anak-anak dan cucu yang bermalam di rumah saya. Masing-masing merungut banyak nyamok. Bimbang juga, maklumlah mereka gunakan ubat nyamok yang dibakar tu kerana ubat nyamok yang dispray tu dah tak jalan.


Pagi tadi ketika membuka pintu rumah lebih kurang jam 9.00 pagi untuk ke kedai berhampiran bagi membeli bahan mentah untuk dimasak lauk tengahari ni, terperanjat saya bila terlihat suasana yang agak kelam.




gambar disnap depan pokok orkid saya, kelam

Setiap tahun kita menghadapi keadaan macam ni. Semoga cepatlah jerebu ni berlalu. Pagi tadi saya terasa sakit kepala loya dan seakan-akan sesak nafas.



Saya tak taulah betul atau tidak, saya minum air kosong banyak-banyak dan saya beli tembikai. Jadi pagi tadi kami sekeluarga makan tembikai untuk hilangkan rasa tekak yang tak berapa nak sedap ni.


Khamis, 20 Jun 2013

Cantiknya Kemboja Merah Tu!!!



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua.



Setiap kali saya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) saya selalu perhatikan bunga kemboja merah yang berkembangan di tingkat 1, bangunan parking yang dibawahnya terletak Bahagian Trauma dan Kemalangan.

Di tingkatan 1 bangunan tu ada "food court". Saya selalu berhenti untuk minum dan kadang-kadang makan disitu sebelum naik ke atas untuk mendapatkan kereta yang diparkkan di tingkat atas. Pada sesiapa yang tak biasa di sini, sebenarnya di tingkat 1 ni ada kopitiam, ada sup utara dan beberapa beberapa 'kedai' yang menjual makanan.

Ketika makan tulah mata saya selalu perhatikan kecantikan bunga kemboja merah ni. Setiap kali nampak bunga ni yang berkembangan hati selalu berdetak nak ambik gambar, tapi rasa segan pada orang-orang yang sentiasa ramai di situ.

Kebetulan semalam bila saya sedang minum di situ, dan orang pula tak ramai sangat, dengan tergesa-gesa saya snap gambar bunga ni. Memandangkan dahannya agak tinggi, walaupun dah di zoom gambar taklah jelas sangat. Apa pun saya hanya menggunakan hand/phone saja.

Selasa, 18 Jun 2013

Sebuah Perkongsian



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Untuk Perkongsian Bersama...

Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya dalam membina persahabatan, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


src: Facebook.com

Ahad, 16 Jun 2013

Cara Jawab Salam Dari Orang Bukan Islam





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Kali ni saya perturunkan persoalan mengenai apa hukumnya kita menjawab salam dari kawan-kawan kita yang bukan islam.

Soalan:

SAYA selalu mengalami masalah di dalam pergaulan dengan rakan-rakan yang bukan Islam. Mohon penjelasan ustaz pendekatan terbaik yang disyorkan Islam seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW agar kekurangan yang ada tidak menimbulkan salah sangka terhadap agama yang suci ini akibat dari kejahilan saya.

Apa yang perlu dilakukan bila bertemu dengan sahabat yang bukan Islam, selalu kedengaran ucapan assalamualaikum tidak dibolehkan dan ucapan selamat dalam bahasa orang bukan islam tidak dibolehkan contohnya Vanakam (Tamil) Sastriakal (Punjabi) dam sebagainya?

Jawapan:

Seperti yang dijelaskan oleh para ulama di antaranya Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Uthaimin menjawab: Mendahului ucapan salam kepada orang bukan Islam adalah haram hukumnya.

Sebab Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu memulai salam kepada orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kamu bertemu mereka di suatu jalan, maka paksalah mereka kepada jalannya yang paling sempit. (riwayat Muslim)

Tetapi apabila mereka mengucapkan salam kepada kita, maka kita wajib menjawabnya, berdasarkan kepada umumnya firman Allah yang bermaksud: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisa': 86).

Soalnya, salam yang diucapkan oleh orang bukan Islam adalah lafaznya bermaksud baik, bukan cercaan dan bukan pula doa kehancuran seperti yang ucapkan oleh segelintir yahudi terhadap Rasulullah SAW.

Orang Yahudi mengucapkan salam kepada nabi SAW dengan ucapan: As-Samu 'alaika ya Muhammad! As-samu maksudnya kematian. Bererti mereka mendoakan mati kepada baginda. Lalu baginda menjawab: wa alaikum yang maksudnya, "dan ke atas kamu jugalah kematian".

Hari ini hampir kebanyakan orang bukan Islam fasih memberi salam. Sehingga kadang-kadang orang Islam yang mendengar menjawab secara spontan tanpa berfikir panjang akan hukumnya.

Kadang-kadang dah jawab baru perasaan yang bagi salam itu kawannya yang bukan beragama Islam.

Apabila bukan Muslim mengucapkan salam: Assalamualaikum, maka kita harus membalasnya dengan ucapan: Wa'alaikum. Perkataan beliau: Wa'alaikum, merupakan dalil bahwa apabila mereka mengucapkan: Assalamualaikum, yang bererti pada diri mereka ada keselamatan, maka kita juga membalas dengan ucapan yang sama.

Maka sebahagian ulama berpendapat apabila orang-orang Yahudi dan Nasrani mengucapkan secara jelas: As-salaamu 'alikum, maka kita juga boleh membalas dengan ucapan: Alaikum salam.

Kesimpulan jawapan ini dapat saya katakan: "Orang muslim tidak boleh memulai ucapan salam kepada bukan Muslim. Sebab Nabi SAW melarang hal itu, di samping hal itu merendahkan martabat orang muslim bila harus mengagungkan orang bukan Islam".

Orang muslim lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah. Maka tidak selayaknya dia merendahkan diri dalam hal ini. Tetapi apabila mereka yang lebih dahulu mengucapkan salam kepada kita, maka kita boleh membalasnya seperti salam yang mereka ucapkan.

Namun di sini saya mempunyai cadangan salam diharus diucapkan kepada kawan-kawan kita yang bukan beragama Islam. Ucapan salamnya adalah: Assalamulaikum man ittaba' al-Huda' yang bermaksud: salam sejahtera ke atas mereka yang menurut (mengikut) petunjuk (Islam).

Maksudnya salam sejahtera yang diucapkan itu tertangguh sehingga dia mendapat hidayah dalam masa yang sama kita memohon hidayah daripada Allah SWT.

Salam inilah yang menjadi pembuka bicara dalam surat-surat yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada pembesar-pembesar negara dalam misi menyebarkan empayar Islam. Cuma di negara kita dan mana-mana negara Islam yang lain juga tidak digunakan ucapan ini.

Saya pernah mengucapkan demikian kepada seorang kawan yang bukan beragama Islam, lalu dia tanya. Apa maksudnya, dan kenapa lain?

Saya jelaskan bahawa kesejahteraan sebenarnya bagi seseorang itu ialah apabila dia menjadikan agama Islam sebagai cara hidup, dan itu satu-satunya jalan selamat bagi kesejahteraan.

Saya dapati dia berfikir panjang dan meneruskan soalan berkaitan Islam dengan penuh minat. Hari ini dia bergelar seorang muslim.

Manakala ucapan good morning dan selamat sejahtera tidaklah haram hukumnya. Kita juga tiada ucapan lain dalam uruf (suasana atau kebiasaan) hari ucapan selain itu.

Ada segelintir ulama mengharamkan ucapan salam sejahtera dan hampir sama maknanya dengan alasan orang Islam lebih mulia dan tinggi dari orang bukan Islam maka kita tidak seharusnya merendahkan diri dengan memberi ucapan kepada orang bukan Islam.

Mungkin ada benarnya dari konteks hukum tapi tidak dari konteks dakwah. Maka tidak salah dan harus kita mengucapkan salam sejahtera, very good morning dan seumpamanya, mudah-mudahan kerahmatan Islam lebih menyerlah.

Orang bukan Islam juga berhak menerima ucapan-ucapan yang baik dari orang Islam sebagai jambatan keharmonian dan kesejahteraan.


Src: almarbawi2007.blogspot.com

Sabtu, 15 Jun 2013

Keindahan Alam Ciptaan Tuhan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua.

Sekarang ni cuaca cerah dan agak panas. Apa kata kita sejukkan pandangan mata kita dengan ciptaan Allah yang Maha Agong ni.






Jumaat, 14 Jun 2013

Dilarang pakai cincin di jari telunjuk dan tengah.....



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات dan selamat menjalani ibadah di hari Jumaat, penghulu segala hari ini. Semoga segala amal ibadat kita diterima Allah. InsyaAllah.

Saya selalu mendengar kata orang bahawa kita tidak boleh memakai cincin dijari hantu atau jari tengah. Jadi semenjak mendengar perkara tu tak beranilah nak pakai cincin dijari tu. Kebetulan saya terpandang N3 ini. Jom kita lihat apa sebenarnya:


Berkata Ali radhiyallahu'anhu: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam melarang aku memakai cincin pada jari ini dan ini. Beliau berkata: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam menunjuk pada jari tengah dan jari sebelahnya (telunjuk)." [HR. Muslim]

Larangan memakai cincin pada jari tengah dan telunjuk adalah untuk LELAKI sahaja.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata :"Kaum muslimin telah berijmak akan sunnahnya lelaki memakai cincin di jari kelingking, ada pun wanita maka boleh memakai cincin-cincin di mana-mana jari-jari mereka. Dan dimakruhkan bagi seorang lelaki untuk memakai cincin di jari tengah dan juga jari yang setelahnya (jari telunjuk), dan hukumnya adalah makruh tanzih." (Al-Minhaaj Syarh Shahih Muslim 14/71)


src :lenggangkangkung-my.blogspot.com

Khamis, 13 Jun 2013

Makan Mangga Dan Jalan-jalan Ke Padang Besar




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Didoakan semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat.

Semasa menziarahi sahabat saya yang kehilangan ayahdanda tersayang pada hari Ahad baru-baru ni saya bermalam di rumah adik ipar saya di Taman Alma, Bukit Mertajam.

Alang-alang dah kesana, adik ipar saya ajak kami jalan-jalan ke Padang Besar. Memandangkan dah lama simpan hasrat nak ke sana lagi, kami setuju dan berjanji nak balik ke Shah Alam pada pagi Selasa.

Kami kesana dengan kereta adik ipar, satu kereta saja. Rupanya di Padang Besar ni kalau bukan hari minggu iaitu, Jumaat, Sabtu dan Ahad tempatnya sangat lengang. Pakaian dan lain-lain keperluan hanya di jual didalam kedai-kedai dan di dalam pasar. Berbeza sekali pemandangan dihujung minggu dan waktu cuti sekolah, semua kawasan dipenuhi dengan gerai yang menjual bermacam-macam barangan dari makanan sehinggalah kain-baju dan segala nikanya lagi.

Memandangkan kami tiba dah waktu makan, kami makan dulu digerai yang terletak ditingkat bawah pasar. Makanannya, lauk nasi: ikan siakap stem, telur bungkus dan kailan goreng ikan masin. sayangnya gambar kailan goreng tak jelas sangat.



Sebagai pencuci mulutnya saya makan pulut mangga dan suami makan pulut durian. Kedua pencuci mulut ni pulutnya dicampur dengan santan mentah



Air minumannya air kelapa dan air mangga, gambar air kelapa tak ada

Nak tahu berapa harga makanan kami ni, bersama lauk di atas, kami makan 3 nasi kosong untuk 4 orang dan 3 biji air kelapa. Jumlah kesemuanya ialah RM108.00. Jadi bila ke Padang Besar berhati-hati bila nak memesan. Pada saya, saya rasa harga ni mahal sebab makan pun digerai sahaja bukan direstoran. Ada kawan kata mereka sebab kita tak pandai cakap loghat Kedah atau Perlis.

Selalunya kita makan di Lembah Klang ni dalam restoran lagi dengan menu yang lebih kurang, kadang-kadang tu tambah daging masak merah, ikan siakap yang lebih besar, siap dengan tom yam, cuma tak ada pulut durian dan pulut mangga, harga lebih kurang rm70-80.00 sahaja lebih kurang.

Rakan-rakan orkid selalu cerita pasal beli orkid di Padang Besar. Saya pun cubalah juga, memang betul di salah satu gerai orkid yang saya singgah ada menjual orkid. Kebanyakan mereka menjual orkid vanda dan orkid-orkid hutan yang lain. harga saya rasa tak murah. Sempat juga snap beberapa gambar orkid yang ada di situ.







Di bawah ini pokok-pokok orkid yang saya beli. 3 pasu cattleya, 2 pasu dendro mini dan satu pasu vanda yang bunganya bewarna putih dan purple di atas tu. Saya beli semua yang tak berbunga atau belum berbunga atas sebab untuk menjimatkan duit Harganya hampir separuh dari yang dah berbunga.



Saya juga beli mangga yang dijual berhadapan dengan Universiti Malaysia Perlis. Geram tengok buahnya yang hampir sekilogram sebiji tapi harganya pun boleh tahan antara RM9.00 hingga RM12.00 1 kilo.

Rabu, 12 Jun 2013

Sahabat Yang DiJemput Pergi.......



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Didoakan semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiah.


Pada pagi Ahad baru-baru ni ketika usai solat subuh dan mengaji sikit-sikit saya perasan ada sms di h/set saya. Sms dari seorang sahabat saya. Bila saya baca smsnya, berita sedih yang saya terima. "Abah meninggal, jam 9.00 malam tadi".

Berdegup hati saya, tiba-tiba hati jadi sayu. Terbayang dimata gambaran "abah" yang dimaksudnya oleh sabahat saya. Orang yang lemah lembut tutur katanya dan kelihatan seorang yang amat penyayang. Innalillahhiwainnailaihirajuiuun dan Al Fatihah untuk roh almarhum ayahanda sahabat saya. Semoga Allah masukkan beliau di kalangan orang-orang yang solihin dan sodighin. Amiin.

Saya dan sahabat saya bertemu didalam satu forum yang kami masuk. Melalui kenalan dari forum tu kami bersua muka sekali dua. Dan satu petemuan yang ditentukan Allah, ketika saya balik bercuti ke Kuala Terengganu saya bertemu dengan sahabat saya beserta ibubapanya di Kuala Terengganu. Rupanya hari berkenaan adalah hari aniverseri ibubapa sahabat saya. Sebagai meraikan pertemuan ini saya menjemput sahabat saya dan ibubapanya makan malam di sebuah hotel yang saya menginap. Ayah sahabat saya ni teringin sangat nak makan nasi dagang yang sedap dan ori.

Di Kuala Terengganu ni saya tak tahu sangat dimana dijual nasi dagang yang sedap. Maklumlah saya orang Dungun. Kira-kira 129 km dari Kuala Terengganu. Menambahkan teruk lagi, dah berpuluh tahun saya tinggal di Selangor. Jadi saya kurang arif.

Tapi saya tahu di hotel yang saya menginap ni ada menghidang nasi dagang yang sedap dan kena dengan selera saya. Jadi saya menjemput mereka makan malam di hotel ni. Semua nampak puas dengan nasi dagang dan lain-lain menu yang disajikan. Kami iaitu itu ayah sahabat saya dan ibunya berjanji untuk bertemu lagi.

Ada sekali beliau datang ke rumah sahabat saya. Saya ingin menjemput beliau ke rumah saya, tapi kami dua-dua pihak tidak ada masa terluang. Jadi saya jumpa ayah ibu sahabat saya ni sekejap di rumah sahabat saya sebelum beliau berlepas balik ke Parit Buntar. Sekali lagi kami berjanji akan ke rumah beliau bila saya ke utara. Tapi janji tinggal janji, tiap kali kami ke utara mesti ada hal-hal lain yang perlu diutamakan. Sungguhpun begitu, kami saling berkirim salam dan bertanya khabar.

Sehinggalah pagi Isnin lepas bila saya menerima berita pemergian beliau, saya rasa terkilan yang amat sangat. Janji yang tak pernah saya tepati sehinggalah beliau meninggalkan dunia ini.

Terbayang wajah sahabat saya dan ibunya yang dalam kesedihan, akhirnya kami mengambil keputusan pagi tu berlepas ke Parit Buntar. Kali pertama kami menjejak kaki ke daerah ini. Saya tahu saya takkan dapat menatap wajah beliau sebelum disemadikan. tapi tak aperlah tak dapat melihat jenazah ayahanda sahabat saya ni tapi sekurang-kurangnya saya dapat bertemu sahabat saya dan ibunya dikala mereka sedang bersedih.

Alhamdulillah lepas zohor kami tiba di sana. Selepas sholat asar saya mohon diri untuk bergerak ke Bukit Mertajam, rumah adik ipar saya. Sahabat saya berkali-kali meminta saya bermalam di rumahnya. Saya menolak kerana tidak mahu menyusahkan dia menerima tetamu ketika mereka sedang dalam kesedihan.

Memandangkan kami tak berapa arif jalan ke rumah adik ipar saya di Alma, Bukit Mertajam, walaupun tak sesat, menjelang waktu isyak baru kami tiba ke rumahnyanya. Alhamdulillah.

Ahad, 9 Jun 2013

Demam



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ehsan google

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Didoakan semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiah.

Saya baru tiba di rumah jam 12.00 tengah malam tadi dari PPUM. Saya tolong bawakan menantu saya ke PPUM sebab demam panas dan bintik-bintik merah di seluruh badan. Dia dah ke klinik tapi nampaknya belum diizinkan Allah lagi.

Seperti biasa doktor akan buat ujian darah. Kami menunggu keputusan ujian darah hampir 2 jam, hasilnya, Alhamdulillah bukan demam denggi, jadi tak adalah bermalam di PPUM.

Anak saya susah nak hantar suaminya berjumpa doktor di PPUM sebab anak keciknya tu tak ada orang yang sanggup. Sebabnya terlalu lasak, langsung tak boleh diam sekejap, jadi semua orang tak sanggup menjaganya. Kesian

Tiba di sana kelihatan ramainya orang di Bahagia Truma dan Kecemasan PPUM. Bermakna ramainya orang sakit.

Selasa, 4 Jun 2013

Potong Kaki!!! - Seram Dan Sedih



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga Allah mecucurkan rahmatNYA kepada kita semua. Diam tak diam hari ni dah 25 Rejab. Untungnya orang yang dapat berpuasa dalam bulan yang baik ini. Saya belum berkesempatan lagi untuk berpuasa dalam bulan rejab ni atas sebab-sebab kesihatan.


Semalam saya ke Klinik Kaki di PPUM lagi sekali. Saya ada appointment dengan pakar kaki di situ. Sejak akhir-akhir ni tapak kaki saya selalu berdenyut dah hampir 4 bulan. Saya dah jumpa doktor di klinik dan pakar diabetes di klinik perubatan PPUM. Semuanya kata sakit tu disebabkan saraf saya.

Kata doktor pakar kaki tu, saya kena berpantang lebih banyak lagi untuk menjaga paras gelugos dalam darah.

Setiap kali saya ke klinik kaki ni hati saya selalu sedih dan seram sejuk. Mana tidak disini kita akan melihat suasana yang menyayat hati kerana kebanyakan yang datang ke sini semuanya menghadapai diabetes yang teruk sehingga menyebab kaki, jari kaki dan lain-lain bahagian waima ada yang dari lutut ke kaki dipotong. Saya perhatikan kebanyakan mereka taklah terlalu tua sangat, ada setengah tu masih bekerja lagi.

Ehsan google

Kebetulan terbaring bersebelahan katil saya semalam seorang lelaki india berusia akhir 40 an atau di awal 50 an yang telah dipotong ibu jari kakinya. Saya tanya dia bagaimana ianya terjadi. Katanya, mula asalnya dia nampak di ibu jari kakinya ada luka sedikit. Dia terus berjumpa doktor. Doktor berikan dia antibiotik tapi dalam masa 4 hari 'on antibiotic' kakinya dah bertukar hitam dan rosak dan terpaksa dipotong.

Doktor yang saya jumpa selalu nasihatkan supaya di semak kaki selalu. Katanya biarlah orang lain tilik muka mereka tapi orang diabetes kena tilik kakinya setiap hari.

"Penjagaan kaki amat penting bagi penghidap diabetes. Ini kerana, diabetes akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi lebih tinggi daripada normal. Lama-kelamaan, paras gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan saluran darah dan saraf dalam badan. Kerosakan saraf boleh menyebabkan kesakitan atau kehilangan deria rasa pada bahagian-bahagian badan dan boleh menyebabkan kaki tidak mendapat bekalan darah yang baik."

Untuk tahu sepenuhnya, silalah singgah SINI. Mudah-mudahan kita dapat manfaat dari artikel ini.

Ahad, 2 Jun 2013

Cerita Malam Tadi



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga Allah mecucurkan rahmatNYA kepada kita semua.

Malam tadi saya, suami dan anak perempuan saya Sakinah ke UIA di Gombak untuk ajak Salam keluar makan-makan sempena hari lahirnya. Dia tak boleh balik sebab sedang menghadapi peperiksaan.

Saya tak berapa arif tempat dan kedai makan di daerah Sri Gombak. Tapi memandangkan hari dah melepasi jam 9.30 malam lebih, kami putuskan untuk makan di situ saja. Akhirnya kami singgah di salah satu restoran makanan segera yang juga menjual pelbagai jenis iskrim di situ. Disitu kami makan makanan yang simple sajalah termasuklah iskrimnya.










orang yang diraikan, dah besarlah awak he he, malulah tu

Jadi dah raikanlah hari lahir salam tanpa kek hari lahir. Kek nanti balik rumahlah kita makan ramai-ramai.


Sabtu, 1 Jun 2013

Dah 22 tahun



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga Allah mecucurkan rahmatNYA kepada kita semua.



Hari ni genaplah usia anak bujang bongsu saya Muhammad Nursalam 22 tahun. Mudah-mudahan hidupnya selalu bahagia dan diberikan Allah segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Amiin.