Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 30 Mei 2013

Sup ketam jus daun betik



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga Allah mecucurkan rahmatNYA kepada kita semua.

Dah 3 hari anak saudara suami saya dimasukkan ke hospital Asunta. Kata doktor dia terkena demam denggi.

Demannya tu dah berlarutan dari minggu lepas lagi. Hari Isnin hari tu saya terima panggilan telefon dari adik ipar (mak kepada yang demam ni) dari Dungun, dia beritahu anaknya demam dan minta tolong kami bawakan ke klinik sebab anaknya dah tak boleh memandu.

Tapi rupanya demamnya tu berlarutan. Akhirnya terpaksa masuk wad dan doktor di sana sahkan dia terkena denggi. Semenjak semalam hingga hari ini tak banyak perubahan, demam masih ada dan bacaan pellet darah merahnya semakin turun.

Macam-macam petua ada orang berikan, antaranya memberi pesakit minum/makan sup ketam. Kata orang lagi sup ketam nipah yang berkhasiat. Jadi sekarang ni sedang tunggu abangnya tiba dari Dungun membawa sup ketam yang dah dimasak.


Ehsan goggle

Ada juga kita dengar orang kata berikan orang kena denggi jus daun betik. Saya google memang ada yang berkata begitu.


Caranya ambik daun betik, daun sahaja jangan ada batangnya. Tumbuk mungkin blend pun boleh agaknya, jangan campur air. Masukkan dalam kain nipis dah perah airnya. Dapat dalam sesudu pun dah okeh. Bagi pesakit minum mentah-mentah macam tu. Rasanya memang pahit tapi fikirkan khasiatnya.

Semoga anak saudara saya ni cepat semboh. Amiin.

Selasa, 28 Mei 2013

Diri Mu Sentiasa Dikenang Dan Di Sayangi



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga Allah mecucurkan rahmatNYA kepada kita semua.

Semalam 27 Mei genaplah 6 tahun pemergian anak saya Dzul Iskandar menyahut seruan Ilahi, Saya sentiasa doakan semoga Allah menempatkan roh beliau ke dalam golongan orang-orang yang solihin dan sodhigin.

Walaupun dah 6 tahun berlalu, kenangan terhadapnya tidak pernah susut. Rindu kepadanya sentiasa segar dan utuh. Apa pun sebagai hamba Allah, kami sekeluarga redha dan memohon kepada Allah teguhkan iman kami dalam menerima dugaanNYA.

Ahad, 26 Mei 2013

Jalan-Jalan Ke Cameron Highland

big>

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Sekolah dah mula bercuti selama 2 minggu. Mesti ramai yang bawa anak-anak makan angin di cuti sekolah ni. Selamat bercuti pada semua kawan-kawan.

Hari Khamis minggu lepas saya dan keluarga jalan-jalan ke Cameron Highland selama 3 hari 2 malam. Di sana kami menginap di Hotel Rosa Passedena di Brinchang, Ini merupakan kali kedua kami menginap di sini. Tak banyak benda yang nak diceritakan sebab ramai orang dah tahu apa yang ada di CH ni. Jadi saya letakkan gambar-gambar yang saya snap di sana.






Kalau ke CH mesti tak sah kalau tak ke Ladang Strawberry walaupun setiap kali pergi ke sana ke ladang strawberry Al-Mashoorlah yang kami singgah. Ladang ni milik orang islam dan terletak di Kampong Sedia. Bila ke sini mesti nak pekena aiskrim strawberry dan strawberry coklat.










Sebagai orang yang sukakan bunga. Saya snap juga gambar bunga-bunga yang ditanam atau tumbuh di sepanjang jalan yang dilului.










Semasa di Ladang Strawberry Al Mashoor juga saya nampak deretan pokok-pokok kecik kektus. Semuanya menarik.








Seperti kebiasaan selalunya dalam perjalanan turun dari CH kami akan singgah di Teh Kiosk untuk minum teh, Harganya memang mahal, tapi saja nak relaks dan bersantai di sana sekejap sambil memandang keindahan ladang teh yang terbentang luas.






Tuan tanah bersama suami dan cucu di Teh Kiosk

Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru Pada Semua Guru-guru



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.

Glitter Photos

Hari ini 16 Mei, seperti sudah dimaklumi adalah Hari Guru. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru pada semua kawan-kawan blogger yang berkhidmat sebagai guru. Terima kasih atas segala jasa. Hanya Allahlah yang dapat membalas jasa baik guru dalam mendidik anak-anak kita semua.

Rabu, 15 Mei 2013

Seiras Tapi Bukan Dia - Buah Kemunting



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria.

Memandangkan dalam N3 lepas mengenai pokok senduduk, saya ada juga kawan-kawan yang keliru dengan buah kemunting. Rupanya memang seiras sangat. Tapi dari segi rasa buahnya berlainan. Buah kemunting rasanya lebih sedap dan memang dimakan oleh kita/

Menurut apa yang saya perhatikan pokok ni tak pernah saya jumpa di sebelah pantai barat semenanjung ni, tapi senang ditemui di sebelah pantai timur.


Ini pokok kemunting yang pernah saya snap ketika saya bercuti di Cherating dalam tahun 2008. Gambar lama. Di bawah ni gambar-gambar pokok kemunting yang saya temui di google.



Gambar bunga dan buah kemunting - ehsan google


Ni pulak gambar buah senduduk. Memang lebih kurang sungguh rupanya

Selasa, 14 Mei 2013

Masa Kecik Dulu Buat Lipstik - Senduduk



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria.



Gambar Ihsan google

Pada yang biasa duduk di kampong, mesti kenal pokok di ataskan. Malah yang duduk dibandar pun selalu atau ada kalanya terjumpa pokok-pokok renek ni tumbuh di antara pokok-pokok hiasan yang ditanam. Nama pokok ni pokok senduduk.

Rupanya pokok senduduk ni ada dua jenis, yang selalu kita tengok tu senduduk bewarna pink atau seakan-akan bewarna ungu.

Saya teringat masa kecik-kecik dulu selalu jadikan kudup bunga senduduk pink yang belum kembang sebagai lipstik dan buahnya dibuat peluru main tembak-tembak guna senapang buatan sendiri dari kayu.



Gambar Ihsan google

Menurut mereka yang mahir dalam perubatan tradisional, senduduk putih lebih berkhasiat dari senduduk bewarna pink tu. Antara khasiatnya ada yang mempercayai ia boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular.

Senduduk Putih merupakan sejenis tumbuhan yang sukar ditemui, tidak seperti senduduk ungu yang tumbuh meliar di merata tempat. Saya sendiri pun dulu ada menanamnya, tapi usianya tak lama, pokok tu mati.

Senduduk bewarna pink pula dipercayai boleh merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim. Selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit. Daun pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan dengan cara merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia. Air rebusan itu bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari faraj.

Bagi yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut. Daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut. Juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar. Juga dipercayai air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan bagi membasuh mulut untuk mengubati sakit gigi. dan lain-lain.

Tapi pada saya sendiri kalau pengubatan luaran saya berani mencuba, untuk diminum saya tak berani sebab badan masing-masing tidak serupa antara satu sama lain.

Isnin, 13 Mei 2013

Berbuah juga akhirnya




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ihsan google


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Walau dah 8 hari pilihanraya berlalu, namun hal mengenainya masih diperkatakan sana sini. Mudah-mudahan keadaan akan menjadi seperti biasa tak berapa lama lagi.

Memandangkan agak lama tak update blog ni, kali ni saya nak bercerita tentang pokok limau purut atau nama Botaninya Citrus hystrix DC. yang saya tanam agak bertahun-tahun, pokoknya besar, sayangnya bila berbuah, buahnya akan gugur bila sebesar ibu jari.




Sekarang ni dah nampak perubahan, adalah 2, 3 biji buah yang dah agak besar tak gugur. Harap-harap tu, buahnya membesar sebagaimana sepatutnya.

Saya tak tau sangat khasiat dan kegunaan buah limau purut ni. Daunnya memang banyak guna. Tak ada daun limau purut tomyam kita tak menjadi tom yam. Saya google nak tengok kegunaan dan khasiat buah limau purut ni, antara khasiat dan kegunaannya ialah buahnya dipotong kepada beberapa bahagian kecil, dikeringkan dan ditumbuk hingga menjadi serbuk, digunakan untuk melicinkan kulit.

Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

Pada yang ada pokok ni dan lebat buahnya bolehlah digunakan daripada membiarkan dia gugur ke bumi merana. Taklah membazir, rasanya orang jual buah ni agak mahal juga.

Selasa, 7 Mei 2013




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Hari ni orang Selangor dah mula kerja selepas semalam cuti kerana Selangor masih dalam gengaman parti lama.

Petang semalam saya bertandang kerumah seorang kenalan. Dia ni boleh dikatakan orang yang tahu tentang kegunan tumbuh-tumbuhan herba untuk kegunaan perubatan. Kawan saya bercerita tentang susahnya nak dapat pokok sepulih.

Kebetulan di rumah saya ada tanam pokok sepulih ni. Pokok ni asalnya pemberitan seorang kawan beberapa tahun yang lalu. Kata kawan saya cubalah biakkan pokok ni sebab pokok ni sangat bagus untuk perubatan

Isnin, 6 Mei 2013

Berakhirlah Sudah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Dah terjawab segala penantian kita semua selama ini. Kepada yang menang tahniah dan semoga dapat menjalani tanggungjawab sebagaimana yang dijanjikan. Pada yang belum tercapai segala doa dan usaha semoga tidak putus asas.

Walaupun kehangatan pilihanraya dan beransur suam, saya nak juga abadikan sedikit sebanyak perihal pilihanraya ni di blog saya sebagai kenangan. Andainya panjang umur saya, 5 tahun lagi mengundi lagi, kalau tidak pun diabadikan untuk mereka yang masih tinggal.






Inilah pemandangan disekitar area seksyen 18 dan 19 di Shah Alam. Seperti tempat-tempat lain juga, dimeriahkan dengan pemasangan bendera dan banting oleh parti-parti yang mengambil bahagian.

Semalam saya ke tempat mengundi selepas sholat zohor. Selesai saja mengundi hujan turun dengan lebatnya. Naib baik Salam ikut sekali ke tempat pengundian, jadi dialah yang berlari mengambil kereta yang diletakkan agak jauh dari kawasan mengundi.


Bukti yang saya telah mengundi

Ahad, 5 Mei 2013

Persediaan Sebelum Mengundi



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Ketika ni mesti dah ramai kawan-kawan yang dah mengundi. Saya belum lagi, baru nak bergerak ni. Sementara menunggu pasangan saya bersiap saya taip N3 ni dulu.




Memandang semua anak-anak dan cucu ada dirumah kerana mereka ni mengundi di kawasan ni, terfikir pulak untuk masak nasi lemak sebagai sarapan. Jadi tak payahlah beli sarapan di luar.

Sayangnya, nasi lemak saya ni tak ada timun. Tapi tak ada pun tak apa, kalau ada pun bukan dia orang makan sangat.