Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 29 April 2013

Sedar Tak Sedar Dah 4 Tahun




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Glitter Photos


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.

Diam tak diam rupanya dah 4 tahun usia blog ni. Saya sangat-sangat berterima kasih di atas sokongan sahabat semua yang sudi singgah dan meninggalkan pesan di sini. Semoga ukhwah dan persahabatan kita akan terus erat dan berpanjangan. InsyaAllah.

Khamis, 25 April 2013

ACL



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga sihat sejahtera selalu.


Semalam saya ke PPUM lagi. Bukan untuk saya tapi untuk menemani anak bongsu saya Salam berjumpa dengan pakar otopedik di sana. Ini appointment keempat dia dengan pakar berkenaan.

Doktor otopedik dah pasti yang lutut alam cedera, anterior cruciate ligament (ACL) dia koyak. Memandangkan setelah membuat fisioterapi pun masih tidak berubah Salam perlu menjalani pembedahan untuk mencantum balik ACL yang koyak tu. ACLnya koyak ketika pertandingan silat di sukan SUKMA dulu mewakili negeri Selangor.

Sedih juga bila melihat kos pembedahan menjejah hampir RM10,000. Saya berdoa semoga UIA (tempat Salam belajar) bersedia membiayai kos pembedahan ini kerana penyertaan Salam di sukan berkenaan pun dengan izin UIA. Kalau sebaliknya kenalah kami membiayainya sendiri.

Ahad, 21 April 2013

Tengok Orkid Nak!!!!



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sekadar terapi mati dan hati













Jumaat, 19 April 2013

Makan Bila Saya Lapar



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga sihat sejahtera selalu.

Semalam hari Khamis saya ada temujanji dengan doktor di PPUM bagi penyakit kecing manis dan darah tinggi saya. Temujanji saya jam 9.00 pagi. Tepat 9.00 saya dah ada di saya. Jam 10.00 pagi lebih kurang saya dipanggil berjumpa doktor.

Pertemuan kali ini tidak berapa menyamankan hati. Doktor kata, berat saya naik, saya dah tahu tadi masa timbang di bilik nurse tu. Result ujian darah hari Khamis lepas pun naik.

Lepas beritahu perkara-perkara di atas, doktor tu cek pulak tekanan darah saya. Dia tanya "pagi ni dah ambik ubat ker belum". Saya jawab "belum, sebab tadi saya keluar awal dari rumah tak sempat sarapan".

Dia bising, bacaan tekanan darah saya 179/100. Saya diam jer. Tak taulah kenapa. Mungkin kerana sehari dua ni saya kerap sangat makan gulai daging yang mana perkara ni terlalu jarang saya lakukan. Saya teringin sangat. Inilah hasilnya. Doktor tu membebel lagi.

Dia tanya lagi, "ada makan manis ker". Saya jawab "tak malah saya tak makan tengahari, malam pun ambik roti jer. Tapi saya ambik heavy breakfast." Seperti selalu dia ugut saya kalau next appoinment bacaan gula masih tinggi jugak, saya mungkin kena injek insulin 2 kali sehari. Doktor tu kata jangan skip makan pada waktu-waktu tertentu, mesti ikut masa makan. Okey, saya anggok.

Kali ini banyak ubat kena tambah pengambilannya. Saya frust jugak. Saya bukan tak berpantang, malah selera makan saya tak ada. Jadi bila saya terasa lapar, saya makanlah. Itupun bukan dalam jumlah yang banyak. Doktor mesti tak percaya, ada doktor pernah kata pada saya "dinding batu tu takkan jadi dinding kalau tak disusun batu batanya". Terpulanglah.

Akhirnya saya balik rumah dengan membawa satu beg penuh ubat-ubatan untuk tempoh 2 bulan. Nasib baik aya guna kad pencen suami, kalau bayar beratuslah harganya. Saya tau ubat-ubat di PPUM kebanyakan yang ori.


Memandangkan saya tidak mengambil apa-apa sarapan pagi tu, selepas ambik ubat saya singgah di Secret Recipes di tingkat bawah bangunan utama PPUM. Saya minum secawan cuppacinno dan makan sekeping karipap ayam serta semangkok besar mee laksa di situ. Meenya sedap, yerlah harga patut dengan mangkoknyalah. Sayangnya puas dicuba mee laksanya saya tak dapat habiskan. Waktu tu jam dah hampir 12.00 tenghari.

Selasa, 16 April 2013

Kopi Kawankan Karipap Panas




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita semua. Mudah2an diberikan kita dan keluarga kasih sayangNYA di dunia dan di akhirat. Amiin.

Agak lama jugak saya tak jengok rumah saya ni. Baiknya kawan-kawan semua, tuan rumah tak ada pun, sudi juga singgah. Minta maaflah saya juga dah lama tak BW ke rumah kawan-kawan semua, InsyaAllah saya akan kunjungi juga nanti,

Seperti tajuk N3, tak ada cerita sangat nak diceritakan sekadar nak berkongsi minum secawan kopi dan sepiring keripap sardin serta semosa ikan. Kebetulan pagi ni ada orang tempah semosa ikan dan karipap sardin. Jadi yang lebih tu saya makan sebagai sarapan pagi.

Selasa, 9 April 2013

Klinik Rawatan Kaki



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga kebahagian sentiasa bersama kawan-kawan dan keluarga.

Saya baru tiba ke rumah dari PPUM. Pagi tadi kira-kira jam 7.30 pagi dah bergerak dari rumah. Appointment dengan "Footcare Klinik" sepatutnya jam 8.00 pagi. Memandangkan bergerak dari rumah dah lambat ditambah dengan sepanjang perjalanan di Lebuhraya Persekutuan jem, akhirnya saya tiba di Klinik Rawatan Kaki pada jam 9.00 pagi ke atas, saya tak pasti waktu yang tepat.

Ini adalah appointment kali ke 4 bagi saya di klinik ni. Menunggu hampir 1 jam, baru nama dipanggil. Di bilik berkenaan, macam-macam ujian kaki yang dilakukan, Nasib baik kaki saya tidak ada masalah dari segi luka atau bengkak.

Masa berjumpa kali kedua dulu saya disarankan supaya membeli kasut khas untuk pesakit diabetes, saya tak beli. Jururawat tu kata kalau saya tak juga gunakan kasut tu, saya terpaksa terus ke klinik rawatan kaki ni walaupun saya tak ada masalah kaki.


Inilah rupa kasut tu. Kena gunakan kasut begini untuk mengelakkan kemalangan pada kaki seperti tersepak dan disepak oleh orang. Rupa kasut ni tak lawa tapi memakainya selesa. Dah beli dan memakainya hampir 6 bulan. Harga nak mencecah hampir rm200.00. Apa nak buat demi kesihatan belilah juga.

Nak dijadikan cerita, semenjak dua menjak ni dah lebih 2 bulan agaknya,tapak kaki kiri saya asyik berdenyut. Sakit, seolah-olah ada bisul mengangkut nanah di dalamnya terutama bila berjalan. Bila saya tekan tempat yang sakit, saya tak rasa sakit. Langsung tak ada kesan bengkak atau lebam.

Jadi perjumpaan kali ni saya beritahu masalah saya ni. Jururawat di situ beri saya appointment untuk berjumpa doktor pakar mengenai masalah kaki ni. Semasa pemeriksaan tekanan darah dikaki, test deria rasa dikaki, semua okey. Maknanya saraf kaki saya masih baik. Alhamdulillah.

Untuk rawatan sehingga tarikh berjumpa doktor, jururawat di klinik tu mencadangkan saya membeli stokin khas untuk pesakit diabetik. Jururawat tu dah warning saya, katanya harga stokin ni andara RM50 hingga RM500.00.


Menurut orang kedai tu stokin yang berharga RM500 leih ni bagus. Antara yang bagusnya ialah menurunkan bacaan gula, menghilang bengkak di kaki dan lain-lain masalah kaki. Dengan tak ada tanda muka terkejut, saya beritahu saya nak stokin berharga RM52.90.

Nak sihat punya pasal tak aperlah, belilah. Di klinik kaki ni begitu menginsafkan sangat bila tengok pesakit yang datang ada yang tidak berkaki lagi. Sama ada kaki tinggal sebelah atau tak ada kaki.

Rabu, 3 April 2013

Damai Bertandang Ke Nurseri Orkid



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga kebahagian sentiasa bersama kawan-kawan dan keluarga.

Pagi semalam selesai bersarapan pagi saya ajak suami ke sebuah nurseri orkid di Subang, Saya suka ke sini untuk mencari keperluan orkid, ianya agak dekat dan dah biasa ke sana.

Tiba disana saya disambut dengan ramahnya oleh si gadis kecik yang comel dan peramah ni. Mahir berbahasa Malaysia. Sebenarnya tujuan utama ke sana ialah untuk mencari mose bagi diletakkan dalam pasu orkid saya. Dah lama saya tak pedulikan orkid-orkid. Sekarang dah datang angin rajin ni.

Si genit ni sibuk rekomenkan saya baja. Pandai dia menyapa saya "auntie nak beli apa", saya terpikat dengan gayanya, dia mungkin baru berusia dalam lingkungan 7 tahun. Teringat cucu saya Eresya. Dia berceloteh tentang sekolah dia dan asyiklah dok usung mose yang saya beli serta ikut kemana saya pergi.

Saya minta izin dengannya nak ambik gambar bunga-bunga orkid di situ. Dia setuju, hasilnya saya dapatlah ambik gambar bunga-bunga orkid yang saya suka.

Pada mulanya saya berjanji dengan suami saya, saya cuma nak beli mose. Saya kata saya takkan beli orkid. Jadi dia tunggu saya dalam kereta. Tapi saya tergoda juga. Habis-habis ditahan selain mose akhirnya saya beli juga pokok vanda ni dengan harga rm14.00 dan 2 anak pokok phalaenopsis (ini nama jenis umum, tak tau atau lupa nama sebenar orkid jenis phalaenopsis ni) dengan harga rm5.00 sepokok. Nak beli yang dah berbunga rasa mahal rm40.00 sepokok.



Anak pokok phalaenopsis

Menurut wanita indon yang menjaga nurseri ni, anak phalaenopsis ni akan berbunga kemungkinan selepas masa setahun. Tak aper saya sabar jerlah.

Mose

Saya beli 3 bungkus mose dengan hargas rm5.00 satu bungkus, Sebungkus mungkin setengah kilo. Mose ni boleh membuatkan pokok orkid sentiasa lembab. Saya tak beli baja orkid sebab saya baru saja beli 2 hari lepas semasa ke pasar bunga di kawasan berdekatan stadium Shah Alam, nanti saya ceritakan kemudian. Di bawah ni saya letakkan gambar-gambar orkid yang saya ambik di nurseri tu.






Di atas antara bunga cattleya yang saya snap gambarnya. Kebanyakan orkid cattleya ni berbau wangi. Di bawah ni pulak orkid phalaenopsis yang beranika warna, cantik-cantik sangat warnanya. Sabar jerlah:


Ini gambar gadis genit tu, sayang tak nampak semua, saya suka dia





Di bawah ni pulak saya letak gambar-gambar orkid vanda dan mokara. Semuanya cantik membuat hati bagai digaru nak beli. Tapi mengenangkan yang kat rumah tak berbela, sabar, sabarlah wahai hati







rasa saya ini vanda jenis mokara, harga dia tawarkan pada saya rm18.00 sepasu.

Itulah kisah sepagi di Nurseri Orkid Hew di Subang.



Isnin, 1 April 2013

Dah 36 Tahun .....




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Seperti biasa saya doakan semoga kawan2 blogger semua berada dalam suasana yang gembira dan bahagia.

Hari ini iaitu pada 1 April 2013 genaplah 36 tahun ikatan perkahwinan saya dengan suami yang dikasihi. Dialah seorang insan yang sentiasa bersama saya dalam suka dan duka, dalam susah dan senang, dalam sakit dan sihat. Sebagai insan biasa kami juga tidak terlepas dari diuji dengan suka dan duka. Sudah lumrah hiduplah kan.

Alhamdulillah walau apa pun keadaan yang datang kami sentiasa mencuba sedaya mungkin untuk mengatasinya dengan mengukuhkan lagi ikatan dan rasa kasih dan sayang dihati kami. Saya berdoa semoga Allah sentiasa memberkati hidup kami dan mengampuni dosa-dosa kami.

Sekarang dalam usia yang semakin senja ditambah dengan kesihatan yang sudah mula menurun, harapan kami semoga kebahagian ini tetap menjadi milik kami ke akhir hayat. Kami sentiasa berharap semoga anak-anak dan cucu-cucu kami dilindungi Allah selalu. Seperti ibubapa lain kami juga sentiasa berharap semoga anak-anak dan cucu-cucu kami menjadi hamba yang soleh dan solehah

Semoga kasih sayang mereka kepada kami sentiasa subur di hati mereka terutama ketika usia kami yang sudah semakin hampir kepada penghujung ini.