Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 25 Mac 2013

Semoga Hidup Sentiasa Dalam Keberkatannya - sambung



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.

Semalam seharian kami anak beranak berada di Pucak Alam iaitu di rumah anak sulung saya. Tujuannya nak makan-makan anak beranak sempena birthday Inah. Sebenarnya birthday inah pada 23 mac tapi memandangkan semua orang tak dapat hadirkan diri pada hari Sabtu tu, jadi kami buatlah makan-makan ni pada hari Ahad.

Seronok tengok anak-anak saya berempat dapat berkumpul semua. Sayangnya tak ambik gambar sebab masing-masing sibok dengan hal masing-masing. Pada Inah. Meningkat lagi setahun usia awak.


Tulisan atas kek tu saya tulis kemudian

Tambah mengembirakan kebetulan adik suami dari Dungun datang ke Puncak Alam juga menjengok anaknya yang sedang belajar di UiTM. Memandangkan Sakinah dan Raihan (anak saudara suami yang di UiTM) akan mendudukan peperiksaan jadi kami adakan juga bacaan yassin dengan harapan Allah melimpahkan berkatNYA mereka berdua dan juga kepada kami semua.



Sabtu, 23 Mac 2013

Semoga Hidup Sentiasa Dalam Keberkatannya



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Hari ni hari lahir Inah. Mama doakan semoga Inah sentiasa mendapat berkat dari Allah subhanahuwataala. Mama juga doakan semoga Allah sentiasa berkenankan segala yang Inah cita-citakan.

Ustaz Azhar Idrus - Penjelasan Tentang Samak



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Seperti biasa saya doakan kita semua dalam rahmat Allah selalu.

Kali ini saya ingin berkongsi syarahan Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum samak. Tajuk video tu memang nampak sensasi sikit, tetapi isi syarahan Ustaz ni pada saya sangat bagus untuk kita lebih memahami mengenai hukum samak sama ada anjing dan babi serta masalah samak tentang kulit binatang yang telah menjadi bangkai kecuali anjing dan babi.

Jumaat, 15 Mac 2013

"Aku adalah syaitan"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات dan salam Jumaat kepada kawan-kawan blogger semua. Saya ingin berkongsi kisah di bawah untuk dijadikan renungan kita bersama.

Kisah di bawah ini diambil oleh penulis asal daripada FB Pencinta Rasulullah(saw)

Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid menceritakan sebuah kisah seorang pemuda yang tidak mahu membeli kenderaan seperti unta dan haiwan-haiwan lain untuk memudahkannya ke masjid semata-mata kerana ingin mendapat ganjaran atas setiap langkah tapaknya ke masjid.

Pada suatu pagi hujan turun dengan lebatnya, pemuda itu ingin menunaikan solat subuh ketika itu lalu nafsunya berkata kepadanya agar menunaikan sahaja solatnya di rumah.

Dia bersetuju namun dia berasa sangat serba salah untuk solat subuh di masjid kerana kebiasaanya dia solat di masjid lalu dia bertekad untuk ke masjid. Dia mengambil sebatang payung lalu merentasi hujan lebat di subuh hari itu untuk ke masjid, namun malangnya dia terjatuh ke dalam lubang lalu habis basah semua jubah dengan lumpur-lumpur. Lalu dia kembali pulang ke rumah untuk menukar jubahnya dan berazam untuk lebih berhati-hati pada perjalanannya yang kedua sebentar lagi.

Setelah menyalin semua pakaiannya, untuk kali kedua dia pergi ke masjid meredahi hujan yang lebat dan kali ini dia lebih berhati-hati, dia berjalan dengan penuh berhati-hati termasuklah pada tempat yang dia terjatuh tadi namun dalam berhati-hati itu malangnya dia tergelincir di dalam longkang. Sekali lagi habis semua pakaiannya kotor dan basah. Dia kembali ke rumah untuk menukarkan pakaiannya, dia ingin menunaikan solat subuh di rumah sahaja namun dia berasa amat bersalah. Sekali lagi untuk kali ketiga dia meredahi hujan lebat untuk ke masjid.

Pada kali ketiga, dia berjalan dengan lebih berhati-hati dan penuh perhatian supaya dia sempat sampai di masjid dan solat berjemaah. Dia memerhatikan setiap halangan dan tempat-tempat yang dia tergelincir tadi agar tidak terjatuh lagi seperti sebelum-sebelum ini.

Namun dia sekali lagi terjatuh, tetapi pada kali ini ada seorang pemuda cepat mencapai tangannya dan menyelamatkan dia daripada terjatuh dan membawanya ke masjid. Dia berterima kasih kepada pemuda itu dan menceritakan bahawa dia sudah dua kali tergelincir dalam perjalanannya ke masjid sebelum ni.

Setelah selamat tiba di masjid, pemuda itu terus pergi dan tidak solat subuh di masjid itu. Pemuda yang ditolong itu berterima kasih kepadanya namun dia berasa hairan, siapakah pemuda itu ??

Lalu dia kembali mengejar pemuda yg menolongnya dan bertanya siapakah dia?
pemuda itu berkata: "Aku adalah syaitan"

Dia amat hairan dengan jawapan itu, mana mungkin syaitan menolongnya ke masjid sedangkan syaitan ialah makhluk yang jahat.

Lalu syaitan berkata: "Engkau tahu tak pada kali pertama engkau terjatuh dan bangkit untuk pulang dan meneruskan perjalanan engkau ke masjid, Allah telah mengampuni semua dosa kau."

"Pada kali yang kedua engkau jatuh dan bangkit untuk pulang dan meneruskan perjalanan engkau ke masjid, Allah telah mengampuni dosa semua ahli keluarga kau."

"Dan pada kali ketiga jika engkau jatuh dan bangkit untuk pulang dan meneruskan perjalanan ke masjid, Allah akan mengampuni semua dosa penduduk kampung ini."

"Aku tidak sanggup melihat Allah mengampuni dosa semua penduduk kampung ini oleh kerana itu aku membantu engkau ke masjid."

Begitulah kisah yang dinukilkan oleh Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid berkaitan dengan besarnya ganjaran-ganjaran ke masjid.

Semoga dengan kisah ini akan membangkitkan semangat kita untuk ke masjid dan beristiqamah solat jemaah di masjid.

Wallahu a’lam



src: didik-hatiku.blogspot.com

Rabu, 13 Mac 2013

Petang Rabu Yang Kelu Ke 19 - Bunga Di Rumah Saya


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





 





Selasa, 12 Mac 2013

Sejadah Dan Kurma dari Mekah?????



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Mesti dah lunch nikan. Saya belum lagi sebab tadi ambik sarapan berat sikit. Kenyang hingga sekarang.

Pagi tadi selepas sarapan bergerak ke Giant seksyen 18. Nak beli barang sikit. Giant buka awal bisnessnya sekarang.

Selepas ke Giant terus ke MAIDIN Mart pulak yang terletak tak jauh dari situ. Tujuan nak beli sejadah. Dua tiga hari ni tergerak hati nak tukar sejadah baru. Dah lama tak beli sejadah, rasanya paling akhir beli sejadah semasa mengerjakan umrah dalam tahun 2009. Sejadah beli di Mekah.


Sejadah dibeli di MAIDIN

Di atas tulah 2 bidang sejadah yang saya beli di Maidin Mart, Seksyen 19, Shah alam. Niatnya satu untuk saya dan satu untuk abahnya.

Bertahun lamanya tak beli sejadah kerana ada dibeli masa mengerjakan umrah dan ada yang dihadiahkan oleh saudara mara dan kawan-kawan yang menunai umarah atau haji.

Sekarang ni nampaknya hadiah-hadiah yang kawan-kawan berikan dari mekah dah jarang mereka bawa balik sejadah. Selalunya kalau saudara mara atau kawan yang rapat dengan kita, mereka hadiahkan jubah atau lain-lain cenderahati, sebab kata mereka di Maidin banyak dijualkan sejadah yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan. Jadi tak perlulah beli di Mekah sebab susah nak bawa balik. Tapi bagi saya pulak 'value'nya berbeza antara sejadah Maidin dengan sejadah dari mekah atau madinah.

Saya pernah terserempak dengan kawan yang nak ke Mekah sedang membeli banyak sejadah di Maidin. Saya tanya nak buat aper sejadah banyak sangat tu, dia kata nak hadiahkan pada kawan2 bila balik dari Mekah nanti. Terkedu saya, niat baik tapi cara tak betul rasanya.

Pada saya biarlah sekadar cincin besi asalkan dianya memang dari Mekah atau Madinah kerana ianya datang dari tempat para ambiya' yang penuh keberkatan. Begitu juga dengan kurma, biar dapat rasa sebiji dua asalkan ianya memang kurma yang dibeli di tanah suci berkenaan.

Isnin, 11 Mac 2013

Nasi Lemak Ikan Kembung Celup Tepung



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Diharap semuanya baik.

pinggan mangkok yang caca marba

Hari Sabtu lepas Salam balik rumah kejap. Sekarang ni dah tak boleh balik setiap minggu. Banyak kerja katanya.

Jadi bila dia balik kejap hari tu, saya masaklan nasi lemak. Dia memang suka nasi lemak yang saya masak, dia kata nasi lemak mama sedap. He he anak sendiri memang macam tu kan, yang mak masak juga yang sedap.

Seperti biasa kami orang Terengganu ni masak apa pun kecuali nasi minyak mesti nak ada lauk ikan. Jadi kenalah juga gorengkan ikan tongkol untuk Abahnya. Selalunya ikan tongkol ni selepas digoreng akan dimasakkan sambal cili tapi memandangkan sambal bilis dan ayam goreng sambal dah ada, tak adalah saya masakkan lagi sambal lada ikan.

Kebetulan ada pulak ikan kembong kat rumah, jadi saya goreng pulak ikan tu celup tepung. Licin semua. Kat rumah ni bab meratah ikan memang suka semua. 2 orang menantu saya yang bukan orang Terengganu pun dah masuk kelab sekali.

ikan celup tepung



Selasa, 5 Mac 2013

SIAPAKAH BIDADARI SYURGA?




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.  Semoga kita semua di dalam perlindungan Allah. Saya tertarik dengan kisah mengenai bidadari yang dituliskan berdasar kisah-kisah dari Al-Quran dan hadith yang saya temui diSINI.

Bidadari syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga.

Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.

Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.

Salah satu hadith mengenai bidadari:

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)



src: khalifahalhidayah.blogspot.com

Peristiwa Di Timur Sabah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga kita semua di dalam perlindungan Allah.


Semenjak 9 Februari hari tu, kita dikejutkan dengan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu dan lain-lain daerah di Timur Sabah. Pada saya ia merupakan sesuatu yang baru. Huruhara di dalam negara.

Bagi kita yang lahir sama ada di ambang merdeka atau selepas merdeka mesti merasa terkejut dengan peristiwa begini. Apa lagi bila melihat ramai para pejuang kita yang terkorban. Rasa sedih begitu menyelinap di dalam kalbu.

Sebagaimana kita tahu kemuncaknya hari Sabtu lepas ada lagi pejuang kita yang gugur. Sedih melihat anak-anak yang masih kecil kehilangan bapa yang disayangi, ibubapa yang kehilangan anak tersayang dan isteri-isteri yang kehilangan suami tempat menumpang kasih.

Al-fatihah dan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban. Semoga Roh pejuang-pejuang yang beragama islam ditempatkan bersama orang yang dipilih oleh Allah swt untuk bersama dengan para syuhada.

Didoakan juga semoga pejuang yang sedang bertarung nyawa demi mempertahankan bumi tercinta ini dilindungi Allah dari segala mara bahaya. Amin.

Sama-samalah kita berdoa semoga keadaan ini segera pulih seperti sediakala. Semoga tak ada lagi pejuang kita yang terkorban



Sabtu, 2 Mac 2013

Alahai Semua Dah Naik,,,,,,



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Apa khabar semua.

Hari ni dah 2 Mac. Ada jemputan kawin dari seorang kawan lama hari ni. Majlis perkahwinan anak lelakinya. Tapi minta maaflah tak dapat nak menghadirkan diri ke majlis itu nampaknya. Jemputannya pun terlalu last minit melalui sms. Tak dapatlah saya nak mengadjust lagi perkara-perkara terdahulu yang telah ditetapkan.

Seperti biasalah, kalau hari Sabtu atau Ahad selalunya saya akan bersarapan di luar. Begitulah pagi ni. Selepas sarapan, terus ke pasaraya yang selalu melaung-laungkan yang barangan jualan di pasaraya mereka lebih murah dari tempat-tempat.


Ada rasa terkilan dihati bila melihat sesetengah barang yang memang saya arif harganya dah naik harga. Saya perhatikan terutama barang-barang dalam tin yang biasa saya beli waima minggu lepas pun saya ada membeli, dinaikkan harga dari 20 sen dan ada yang menjangkau melebihi 50 sen. Memanglah kalau kita tengok 20 sen - 50 sen, itu kalau kita beli satu, kalau kita beli dalam kuantiti yang banyak, banyak bezanya tuh. Aduuuh



Saya nikan kadang-kadang ada orang tempah semosa, jadi kulit popia sentiasalah ada dalam freezer saya. Hari ni bila saya nak beli, Ya Allah harganya melampong rm1.00 bezanya dari biasa. Eeeh, eeeh macam mana nak jual tu.


Tulah kan, kadang-kadang bila kita beli kuih muih atau makanan lain yang agak mahal harganya kita merungut, tapi macam manalah tak mahalkan!!!.


src: gambar kredit pada goggle