Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 26 Februari 2013

Doa Di Hari Bertuah Ini


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Di hari yang berkat ini genaplah usia hamba mu ini 60 tahun ya Allah. Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak dan cucu-cucu ku yang sangat mengharapkan belas rahmat Mu. Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah mereka. Hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

src: asal dari SINI

Khamis, 21 Februari 2013

Rindu Kaisah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Apa khabar semua. Saya kurang sihat sikit, selsema dan sakit kepala dah beberapa hari.

Kaisah cucu saya dah hampir sebulan berada di rumah opahnya di Batu Kurau. Emaknya, menantu saya berpantang di sana selepas bersalin anak ketiga. Lama tak jumpa Kaisah, rindu sungguh pada dia.

Tadi ketika tengok-tengok gambar dalam h/set saya, terjumpa beberapa keping gambar terbaru Kaisah sebelum dia ke Batu Kurau.




Tak ada dia sunyi rasanya rumah. Zulaikha pun jarang datang ke rumah semenjak 2 anaknya bersekolah. Tak ada orang nak lawan bergaduh. Gaduh mulutlah. Masa saya ke Batu Kurau baru-baru ni untuk kenduri cukur jambol adiknya sempatlah saya jumpa dia sekejap. Wah bukan main lagi, dia pun rindu agaknya, bila jumpa jer terus terpa dan dipeluk Teh Nahnya (Sakinah) dan saya lama-lama. Tak sabar nak tunggu dia balik


Sabtu, 16 Februari 2013

Manusia dan Buah-buahan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus
Jagung membungkus bijinya yang banyak
Sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang
Pohon pisang kalau berbuah
Hanya sekali seumur hidupnya

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat tetapi di dalamnya ada biji yang berduri

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut
Tetapi umbinya tetap putih bersih

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang
Tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili
Semakin tua, semakin pedas

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis
Buah manggis boleh diteka isinya dari bahagian bawah buahnya


src:4ayesha.blogspot.com

Jumaat, 15 Februari 2013

Sakit-sakit Badan Tapi Hati Senang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Apa khabar kawan-kawan semua. Agak lama saya tak kembali menjengok blog saya ni. Terima kasih pada kawan-kawan yang singgah. Maaflah saya tak dapat nak balas balik catatan yang kawan-kawan tinggalkan di N3 sebelum ni. Nak jawab sekarang rasanya dah agak lambat.

Sebenarnya pada hari Sabtu lepas saya, suami dan sakinah bersama keluarga anak sulung saya Zulaikha ke Taiping. Kami memulakan perjalanan lebih kurang 7.30 pagi dari rumah, menempuh jem dan sebagainya. Nak buat macam mana dah tahu esoknya (Ahad) perayaan Tahun Baru Cina. Terpaksa membuat perjalanan ini.

Ke sana pada hari Sabtu tu kerana di tengaharinya ada majlis perkahwinan sepupu sebelah suami di Taiping. Pengantin lelakinya sepupu suami saya. Sepupu muda sebaya anak.


Saya bermalam di sebuah hotel di Taiping kerana pada hari Ahad esoknya selepas sholat zohor besan saya mengadakan kenduri doa selamat serta cukur jambol cucu kecik kami iaitu cucu saya.


Pekan Batu Kurau


Selepas majlis kenduri tu saya terus bergerak menuju ke Dungun melalui Lebuhraya Timur Barat. Terasa teramat jauh. Tapi saya terpaksa balik juga ke Dungun atas urusan keluarga yang tidak dapat tidak.

Satu Pemandangan di Lebuh Raya Timur barat

Tiba di Daerah Tanah Merah hari dah gelap dan dah maghrib. Cucu saya pula dah resah dan asyik menangis dalam kereta. Mungkin akibat terlalu lama dalam kereta. Akhirnya kami bermalam di sebuah hotel di Tanah Merah walaupun niat asal nak terus balik ke Dungun.

Esoknya, pergi sekejap ke Pasar Pasir Mas. Beli barang sikit-sikit. Tak berani nak ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur. Takut jem. Semasa tiba di Jeli pun iaitu di Bukit Bunga, saya tengok ramainya orang sedang membeli belah walau pun waktu tu dah hampir maghrib.

Dari pasir Mas kami terus bergerak pulang, waktu tu dah hampir waktu Asar. Kami berhenti sholat Jamak Azar dan Zohor di Masjid di jerteh.

Masjid Jerteh tempat kami berhenti sholat




Ini sebuah lagi masjid yang menarik perhatian saya.


Tiba di Dungun dah hampir jam 1.00 pagi. Kami melalui Lebuhraya baru untuk balik ke Dungun dari Kuala Terengganu iaitu Lebuhraya Kuantan Kuala Lumpur yang baru dibuka sehingga ke Dungun sahaja. Sepanjang perjalanan bermula dari Besut hujan jer.

Di Dungun kami tinggal sehari saja dan esoknya hari Rabu kami bergerak balik ke Shah Alam. Di Dungun pun tiap-tiap hari hujan. Seolah-olah musim tengkujuh.

Alhamdulillah kami selamat sampai. Tapi sehingga hari ini badan terasa sakit-sakit dan nak demam. Mungkin perjalanan yang jauh dan tak cukup rehat.

Jumaat, 8 Februari 2013

Pesan Mak


Saya suka dengar dikir Halim Yazid ni. Banyak pesanan mak yang menjadi panduan dalam hidup kita. Dikir-dikir dia ni banyak pengajaran.

Isnin, 4 Februari 2013

Lempeng Dan Sardin Goreng Berlada



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.

Breakfast apa pagi ni. Saya pulak selepas sholat subuh tadi terasa sangat lapar. Mungkin sebab malam tadi makan gitu-gitu saja.

Akhir saya ke dapor, teringin nak makan lempeng.



Sarapan nostalgia. Zaman persekolahan dulu, tahun 60an/70an kalau mak masak lempeng atau jemput-jemput bawang sebagai sarapan, mesti perut rasa kenyang sehingga waktu rehat.

Kalau makan roti tak tahan sangat kenyangnya. He he perut anak kampong. Tak biasa makan roti dan mentega sebagai sarapan. Sayang anak-anak sendiri tak pandai menikmati lempeng. Kalau jemput-jemput tu mereka suka sangat.

Masa sambong belajar ke peringkat lebih tinggi selepas SPM dulu, mengelabah sangat-sangat bila boleh dikatakan tiap-tiap hari dewan makan asrama menghidang roti, telur separuh masak, butter dan kaya/jem. Perut dah biasa dengan makanan yang berat-berat seperti nasi dagang atau nasi lemak. Paling tidak pulut gaul nyior (kelapa).

Sebagai penambahan kepada kesedihan ketika sarapan, bila tiba waktu makan hanya beberapa hari dalam seminggu kami dihidangkan nasi, selebihnya kami diberi makan roti cicah kari atau sandwich roti. Masalah sama timbul, perut biasa makan nasi waktu tengahari. Kalau sesiapa yang sama-sama belajar di sini dalam tahun awal 70an tahunlah di mana tempat tu.

Bila dah bekerja kebetulan berpeluang bekerjasama dengan orang kuat tempat saya belajar ketika itu, bila saya ajukan soalan kenapa kami diasak dengan roti boleh dikatakan setiap hari, dengan gelak orang tu jawab, dia nak anak kampong (kebanyakan sebilangan besar pelajar dari kampong) belajar hidup moden.

Dah lebih 2 minggu saya cuba mengamalkan minum segelas cocoa collagen bersama sarapan saya. Tak tahu nak kata apa kebaikannya, tapi badan terasa ringan sikit sejak minum cocoa collagen ni.


Saya tertarik untuk mencuba selepas membaca pengalaman seorang kawan blogger kita yang menceritakan kebaikan yang dialaminya sendiri hasil dari minum cocoa collagen ni. Memandangkan dia tak ada kepentingan peribadi ketika menceritakan pengalamannya saya ingin mencubanya dengan harapan badan akan terasa lebih sihat terutama lutut saya. Mudah-mudahan Allah perkenankan harapan saya ni.

Sabtu, 2 Februari 2013

Ahmad Aniq Hasan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga semua berada dalam keadaan yang baik sentiasa.

Lama sungguh rasanya saya biarkan rumah maya saya ini kesepian. Terima kasih pada kawan-kawan blogger yang singgah walaupun tuan rumah agak lama tak singgah menjengok. BW blog kawan-kawan pun tak terdaya saya buat lagi. InsyaAllah moga-moga saya akan mampu membuat BW blog kawan-kawan nanti.

Alasan lama tak singgah sini, pertamanya internet di rumah buat hal. Keduanya kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Adik kepada Ain Nur Kaisah dan Ahmad Nabil. Bayi lelaki yang berusia lebih kurang 12 hari pada hari ini telah dilahir pada 22 Januari 2013. Si adik ni merupa cucu ke 6 kepada nekma dan tokbah. Alhamdulillah atas rezeki dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kami.





Sekarang ni Ahmad Aniq Hasaan berada di Batu Kurau bersama ibunya yang balik berpantang di rumah opahnya di sana. Semoga ibu dan anak sihat walafiat.