Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 18 Januari 2013

Ucapan Syukur Dan Takjub Pada Nikmat Allah S.W. T



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Keterangan Ayat:

Daripada Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w, bersabda maksudnya: ”Sesiapa yang melihat sesuatu yang mengagumkan, maka hendaklah dia membaca ayat di atas. Nescaya dia tidak akan memudaratkannya” (HR Ibn Sunni).

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah, amatlah dituntut ke atas setiap individu yang merasa kagum terhadap nikmat Allah yang dianugerahkan kepadanya seperti kebun, tanah, rumah, harta, keluarga dan anak-anaknya agar membaca doa ini. Semoga dipelihara Allah daripada segala bencana.

Al-Imam Abu Muhammad al-Qadhi al-Hussein menceritakan dalam kitabnya al-Ta’liq Fil Mazhad bahawa pada zaman dahulu seorang nabi yang merasa kagum dengan bilangan umatnya yang ramai lalu sekelip mata seramai 70,000 umatnya telah meninggal dunia. Lantaran itu Allah s.w.t telah mewahyukan kepadanya “Jika kamu meminta perlindungan Allah dengan membaca doa seperti di atas tentulah Allah akan memelihara mereka”.


src: Dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran (Us. Hj. Zahazan Mohamed)





Rabu, 16 Januari 2013

Buah Perah Petai Jeruk



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.

Tiba-tiba fikiran teringat kepada buah perah. Terkenangkan kesedapannya. Sekarang begitu sukar nak mendapatkannya.

Teringat masa kecik-kecik dulu suka sangat makan buah perah yang telah direbus atau dijeruk. Selalunya buah perah ni dijeruk dengan biji petai. Pada saya memang sedap sangatlah rasanya.


Buah Perah - Gambar ihsan google

Ini rupa buah perah tu. Rupanya tu kalau silap pandang macam kumbang besar. Kumbang yang selalu hinggap di pokok gajus, pokok jambu golok kata orang kampong saya. Buah perah ni kulitnya tebal tapi bila dah dijeruk beberapa lama atau direbus berjam-jam dia jadi lembut kita boleh gigit saja untuk membuang kulitnya.

Pokoknya nun tinggi diawan. Menurut apa yang saya baca dari vikipedia, katanya buah perah yang sudah cukup tua atau matang akan gugur ke bumi. Buah ini akan meletup dan berderai di udara sebelum jatuh ke bumi. Faktor angin memainkan peranan yang cukup penting dalam proses pengguguran buah ini. Haiwan seperti kera atau monyet juga boleh membantu proses penggugurannya.

Buah ni terkenal di Pahang. Tapi kami orang Terengganu juga kenal dengan buah ni terutama orang-orang lama dulu ramai yang suka makan buah ni. Budak2 sekarang tak taulah sama ada mereka tahu atau tidak wujudnya buah ni.

Pada saya rasanya seperti makan buah berangan, itu pada sayalah. Menurut khabarnya buah ni tak boleh dimakan banyak sangat terutama pada mereka yang tidak biasa memakannya. Kalau dimakan berlebihan ia boleh menyebabkan pening kepala, istilah senang 'mabuk'.

Sekarang ni bila balik ke Terengganu pun dah susah nak dapat. Mungkin di Pasar Payang ada, sebab di sana tu semua mak nenek ada dijual. Terutama kuih-kuih tradisional Terengganu.


Petai Jeruk - Gambar ihsan google

Jumaat, 11 Januari 2013

Kisah Terompah Imam Hanbali Dengan Jin....




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Pada suatu hari, sedang Imam Hanbali sedang berriktikaf di Masjid Jamek Kota Baghdad , tiba-tiba datang seorang utusan Khalifah Al Mutawakkil .

"Wahai tuan Imam ! Seorang jariah Amirul Mukminin sedang dirasuk syaitan, baginda mengutus saya bagi meminta tuan berdoa demi menyembuhkan jariahnya itu,"beritahu urusan Khalifah Al Mutawakkil itu.

Imam Hanbali termenung sejenak memikirkan pesanan khalifah itu. Kemudian beliau menyuruh utusan itu mengambil terompah yang terletak di tangga masjid.

"Kamu bawa terompah kayu ini pulang kemudian duduk di sisi kepala jariah itu. Kemudian katakan kepada jin yang sedang merasuk jariah itu. Wahai jin, Imam Hanbali berkata kepadamu , Yang mana satu engaku suka ? Engkau suka keluar dari tubuh jariah ini atau aku tampar engkau dengan terompah ini sebanyak 70 kali".

Utusan itu segera pulang ke istana lalu menurut seperti yang diperintahkan oleh Imam Hanbali . Dia duduk di sisi kepala pesakit lalu mengucapkan kata-kata yang diajarkan oleh Imam hanbali.
Tiba-tiba jin yang merasuk jariah itu berkata, "Imam Hanbali seorang yang taat kepada Allah. Aku mendengar dan taat kepadanya. Sekiranya beliau menyuruh aku keluar dari negeri ini pun nescaya aku keluar."

Kemudian jin itu keluar dari tubuh mangsanya dan jariah itu sembuh. Khalifah Al Mutawakkil berasa sangat gembira lalu memberikan hadiah 10 ribu rial kepada Imam Hanbali.

"Sesungguhnya saya lulus ujian pertama semoga saya juga lulus ujian kedua ini,"kata Imam Hanbali.


Kredit kepada: mselim3.blogspot

Rabu, 9 Januari 2013

Selasa, 8 Januari 2013

Khas Untuk Inah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum Inah,

Sebagai ibu mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Inah. Jadi selamat maju jaya dan Mama doakan Inah berjaya mencapai apa yang dicitakan selama ini. Jangan cepat merasa kecewa dalam kegagalan.

Amiin.


Ahad, 6 Januari 2013

Maklong





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua.

Tahun ni usia saya makin bertambah. Dah lebih dari senja dah ni. Jadi saya rasa sesuai sangatlah kalau saya ubah nama saya dari Kunang-kunang kepada Maklong. Inilah panggilan anak-anak saudara semua kepada saya. Dan cucu-cucu saudara pulak panggil saya NekLong.

Dah lama saya sedar sebenarnya yang ramai rakan blogger saya terdiri dari mereka yang sebaya atau lebih kurang saja usianya dengan anak-anak saya, Kadang-kadang bila melihat usia mereka yang sebaya anak saya, saya rasa segan nak membahasakan diri saya dengan panggil 'Kak Ani'. Kalau KK boleh tahan juga, he he ......

Sekarang kunang-kunang dah terbang dari hidup saya. Saya mahu menjadi manusia yang berpijak di bumi nyata. InsyaAllah.

Jumaat, 4 Januari 2013

Siapa suamimu di syurga nanti?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami-isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah SAW, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah SWT. Waullahu a’alam.

Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin

Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.

Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.

Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin

Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu

Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain

Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani



src: 4ayesha.blogspot.com

Khamis, 3 Januari 2013

Doa Selepas Membaca Tasyahud Akhir Sebelum Salam



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sebagaimana kita tahu banyak doa-doa yang boleh dibaca selepas membaca tasyahud akhir sebelum kita memberi salam. Mesti ramai yang dah tahu dan mengamalkan doa-doa berkenaan.

Antaranya yang di bawah ni. Tak aperlah saya turunkan jugak kepada yang masih belum mengetahuinya. Semoga sama-sama kita mendapat manfaat dan mudah-mudahan Allah makhbulkan doa kita semua. InsyaAllah


Rabu, 2 Januari 2013

Rabu Yang Kelu Ke 18 - Damai



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tinggal 2012 Selamat Datang 2013





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua rakan blogger.

Hari ini dah 1 Januari 2013. Kebetulan saya terlambat tidor hari ni. Tadi tengoklah sekejap kat TV Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri kita mengira detik tahun baru. Wah meriah betul nampaknya.

Tadi tepat jam 12.00 malam dapatlah dengar dentuman bunga api yang mungkin dinyalakan di Dataran Shah Alam, atau dari ICity Shah Alam (sebab di sana juga ada sambutan tahun baru) saya tak pasti.

Di Padang Merdeka Shah Alam pula Ustaz Azhar Idrus sedang berceramah. Selalunya kalau Ustaz Azhar berceramah, jemlah jalan tu dengan deretan kereta dan motosikal. Kuat sungguh pengaruh beliau.

Semoga tahun 2013 ini membawa segala kebaikan dalam hidup kita semua sebagaimana yang kita inginkan. Segala suka duka dalam tahun 2013 dijadikan sempadan dan tauladan untuk kita meneruskan hidup di maya pada ini.