Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 21 Disember 2013

Pulang Ke PangkuanNYA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Pada usia yang semakin lanjut ini makin banyak ujian dan kesedihan yang menimpa dalam hidup saya.  Saya pernah dengar orang tua-tua berkata, lagi lama kita hidup, lagi banyak kesedihan dan kedukaan akan kita tempoh.  Di usia emas ini banyak sungguh hati kita diuji terutama dengan kematian dan keuzuran insan-insan yang kita sayang dan kasihi.



Kisah yang nak saya tuliskan ini memang membuat saya mengalirkan air mata.  Sangat perit dan sedih menerima hakikat yang dia telah dijemput pergi.  Saya coretkan kisah ini di sini sebagai kenangan saya kepada dia.   Pada 9 Disember 2013 iaitu kira-kira 12 hari yang lalu pada usia 56 tahun adik saya yang nombor 3 telah kembali ke rahmatullah kerana sakit dalam perut.  Kami tak pernah tahu  dia menghidapi penyakit yang serius.  Mungkin kerana dia tidak berkeluarga jadi dia tidak mahu memberitahu sesiapa takut kami susah hati.

Sebenarnya apabila mendapat tahu yang dia 'koma' saya mengharapkan 'miracle' berlaku padanya sebagaimana Allah masih memberi saya kesempatan bernafas di bumiNYA ini selepas 10 hari tak sedarkan diri.  Tapi ini tidak berlaku pada dia.  Allah lebih menyanyanginya.

Bila teringatkan bagaimana dia berjuang dengan penyakitnya bersendirian, saya akan rasa sebak sedangkan saya yang satu ketika dulu menghadapi penyakit agak serius ni sentiasa dikelilingi oleh suami, anak-anak adik beradik, ipar duai dan kawan-kawan dengan doa yang tak putus-putus agar saya sihat.  Sedangkan dia tiada siapa di sisi ketika dia sakit.  Kepergiannya kami adik beradik yang uruskan.  Alhamdulillah segala urusannya dipermudahkan Allah.

Bila dia dah tak ada lagi bersama kami, kenangan manis zaman kanak-kanak yang ditempuhi bersama terbayang dalam ingatan membuatkan saya rasa sedih.

Masih saya ingat betapa kami bertiga begitu rapat sebab adik-adik yang lain masih kecil.  Kamilah yang  main buaian yang ayah ikat di pokok rambutan.   Kerana buaian tulah juga satu peristiwa terjadi bila adik saya yang nombor 2 menghayun buaian tu tinggi dan laju menyebabkan dia yang kecil sekali ketika itu dan duduk di tengah-tengah antara kami jatuh ke tanah.    Meraung bagai nak rak.  Nasib baik rotan tak singgah di badan kami kerana jatuhkan adik.  Semua ini adik-adik yang lain tidak tahu.

Banyak dari kenangan-kenangan yang terjadi itu berlaku ketika kami tinggal di Kuala Berang, Terengganu.    Masa tu Kuala Berang masih mundur.  Bebetulan ayah saya bertukar tempat kerja ke Kuala Berang.  Kerja ayah saya memang bertukar-tukar tempat kerja dari satu kampong ke satu kampong.  Masa tu mandi di perigi nun jauh berhampiran sawah.

Sebak rasa hati bila terkenangkan betapa ayah akan dukung kami bertiga ke perigi.  Saya yang besar dikendong dibelakang, 2 orang adik lagi ayah dukung sebelah kiri dan kanan.  Sampai di perigi ayah akan letakkan kami di atas gelegar kayu.  Dia takkan letakkan kami di tanah takut kami digigit pacat yang memang banyak di rumput-rumput berhampiran perigi.

Bila musim buah mungkin ayah takut kami bertiga panjat pokok buah-buahan orang, jadi ayah pajak sepohon rambutan untuk kami iaitu pokok yang paling hampir dengan rumah sewa kami. Maklumlah kamikan anak dagang mana ada dusun atau kebun di situ.  Pesan ayah 'hanya pokok ni jer kita punya dan boleh panjat, bpleh panjat dan boleh bermain di sini'.

Banyaknya kenangan pahit manis bersama.  Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya mu adik ku dan di masukkan ke dalam golongan orang-orang yang dikasihi.


16 ulasan:

De la chezz Iris berkata...

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah adik kak ani dan di masukkan ke dalam golongan orang-orang yang dikasihi aamiin..Al-Fatihah..

Acik Erna berkata...

Al Fatihah..salam takziah ka ani..

MulutPayau berkata...

Salam takziah utk kak ani dan keluarga ..
A-fatihah ..

NzA berkata...

Al-fatihah. Moga kak ani dan keluarga diberi kekuatan dan ketabahan melalui ujian ini....

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Iris singgah blog maklong.

Semoga Iris sukses selalu

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih Acik Erna

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

MP,

Terima kasih singgah. Semoga MP bahagia sentiasa dengan keluarga.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Semoga Allah mengampunkan dosanya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang berbahagia di sisi~Nya...aamiin

Aju Mohit berkata...

assalamualaikum kak, memang kenangan ini menjadi ingatan kita, sekalung alfatihah buat arwah dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Marina Monroe @Nanie berkata...

Assalam,

Ucapan Takziah buat KK dan keluarga.
Alfatihah utk arwah.
Semoga rohnya bersama orang2 yang beriman.

LadyBird berkata...

Akak.. :(.. sedih bila ingtkn tntg kematian.. masih belum bersedia untuk dijemput.. tp blkh kite akn bersedia.. huhu

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Salam takziah buat Ani..kepada arwah semoga diampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan orang2 yang diredhai Allah.

BungaTulip berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Walaupun arwah adik kak ani telah dulu di jemput olehNya, tapi kenangan bersamanya sentiasa hidup kan kak ani.

Al-fatihah buat arwah

Kakzakie berkata...

Innalillahi wainnailaihi roji'un..
Takziah dari kakak buat kak Ani dan keluarga.

Sungguh bila ajal tiba apa yg ada pada kita yg masih hidup adalah kesedihan. Moga roh adik Kak Ani tergolong kalangan mereka yg beriman. Melihat cara hidupnya sangat tak mahu susahkan org, pastinya Allah tahu dia seorg yg baik. Sedih kakak baca N3 ini Kak Ani..

sal berkata...

KEHIDUPAN INI....Memang bnyk kenangan2 terindah..suka duka, Kesedihan dan kegembiraan memang silih berganti begitu juga apb mengenang yg hilang..apa yg penting kita berusaha untuk sentiasa ceria.. moga Allah mencucuri rahmat ke atas adik kak ani.amin...

suka suka berkata...

assalam Mak Long.. takziah pada semua ahli keluarga... Allah lebih menyayangi dia.. suatu hari kita menyusul juga...