Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 30 Disember 2013

Orkid oelogyne rochussenii

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

 Jarang-jarang saya singgah di sini.  Tak ada cerita menarik yang nak dikongsi.  Kali ini saya catatkan sesuatu yang membuat saya gembira.  Beberapa minggu lepas orkid oelogyne rochussenii (orkid hutan) pemberian seorang kawan dari Sarawak kira-kira 5 tahun lalu telah berbunga buat pertama kalinya.  Tak tahulah bila berbunga lagi kelak.  Sayangnya orkid hutan ni tak bertahan lama bunganya, sekadar 2, 3 hari sahaja.

5 tahun saya tunggu.  Sebenarnya rasa dah rasa berputus asa untuk dia berbunga.  Jadi saya jaga juga pokok ni seperti orkid-orkid lain dan menganggapnya tanaman hiasan daun sahaja.


Allah Maha pengasih, akhirnya berbunga juga walaupun hanya dua jurai.  Cukuplah sebagai imbuhan kepada penat lelah saya menanamnya.  Semasa saya tanam 5 tahun dulu, pokok ni masih kecik sangat.  Dia membesar dengan subur walaupun tidak berbunga.



Ini celogyne rochussenii dari google

Untuk melihat orkid celogyne rochussenii saya jadi seperti di atas tu hanyalah sekadar impian. Sesuatu yang rasa macam mustahil.  Tetapi tidak ada mustahil dalam hidup kita jika Allah mengkehendakinya.

Sekian dulu, ada masa kita bercerita lagi.  Selamat menyambut tahun baru 2014.  Semoga tahun ini Allah kurniakan kita semua kesihatan dan rezeki yang baik seperti tahun-tahun terdahulu.




7 ulasan:

Ann Ishak berkata...

selamat tahun baru kak, semoga tahun yang mendatang ni memberi kecerian sepanjang masa...ameen

❤Kamsiah❤ berkata...

tergeliat lidah nak menyebut nama orkid tu kak..

MulutPayau berkata...

Saya pernah beli pokok orkid ni dgn orng asli..masa beli masih ada lagi sisa bunga berjurai tu..tapi tnggu 3 tahun tak keluar2 pun bunga..bila pindah rumah, tinggal jer pokok tu..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ann,

Selamat tahun baru juga pada Ann. Semoga Ann juga ceria selalu

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Saya pun tak tahu nak sebug, dia ni macam mayang kelapa jer bila banyak.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

MP,

Tulah kak ani pun hampir berputus asa, tapi sayang nak abaikan, akhirnya berbunga jugak dia