Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 6 Disember 2013

Meluruskan Niat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Seperti kita maklum syaitan tidak pernah merasa letih untuk menyesatkan kita orang muslim sama ada semasa kita kuat ataupun lemah, sihat ataupun sakit.  Oleh itu eloklah kita berjaga-jaga terhadap tektik syaitan ni.

Dalam menghadapi kesulitan atau kesakitan janganlah sampai kita berburuk sangka terhadap Allah, rasa kecewa dan berputus asa.   Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "bahawa Allah Azzawajalla berfirman: "Aku hanya mengikut sangkaan hamba-Ku sahaja.  Kalau ia bersangka baik kepada ku, aku pun akan berbuat begitu.  Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya."

Maksud kepada hadis tersebut, apa-apa sahaja yang ada dalam persangkaan seseorang hamba, maka begitulah Allah lakukan terhadapnya.  Jika hamba bersangka baik terhadap Allah, maka Allah akan memberikan perkara-perkara yang baik.  Sebaliknya jika seseorang itu bersangka buruk terhadap dirinya, maka Allah akan menganggap sebagai satu doa, bahkan Allah akan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaannya.

 Oleh itu sama-samalah kita berusaha untuk menjaga dan meluruskan niat kerana Allah sentiasa mengikut sangkaan kita.  Wallahuwa'lam



Rujukan:  Solusi 30



7 ulasan:

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum..mak long,

Terima kasih entry nie.. mmg kita sebagai hamba perlu sentiasa berbaik sangka kepada sang Pencipta.

mselim3

pls: siapa lah kita utk sangka buruk kan!. Kita adalah hambaNya yang sangat2 mengharap kepadaNya. Kepada kita diciptakan, dan kepadaNya kita akan dikembalikan.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Mudah-mudahan kita sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan. Bukan mudah tapi kita kena berlatih sedaya upaya..mudah-mudahan Allah bantu kita insyaAllah..

NM03 berkata...

jgn putus asa utk berdoa. Allah akan beri juga ape yang mahu, cuma kita saje yg tak pasti bila kenikmatan itu akan Dia turunkan. Maklong, sihat ker?

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Selim,

Memang betul siapalah kita yang nak menderhaka akan takdir Allah. Nikmat yang Allah berikan kepada kita sangat banyak.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Begitulah harapan kita semoga kita menerima takdir Allah dengan tabah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Niezza,

Setuju dengan Niezza, memang doa adalah senjata orang-orang mukmin. Pohonlah padaNYA sebab Allah dah berjanji akan menunaikan doa hambanya.

LadyBird berkata...

Salam kak.. betul.. sentiasa berbaik sangka kpd Allah..