Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 3 Disember 2013

Lama Sudah Tidak Ke Ladang, Habis Padi Dililit Kangkong


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات  pada semua rakan blogger.

Sedar tak sedar 2013 dah hampir penghujung. 2014 akan menjelang lebih kurang 28 hari saja lagi. Semoga 2014 memberi sinar yang lebih baik pada kita semua. Harapan saya semoga kesihatan saya bertambah baik dari masa ke masa.

Alhamdulillah semasa pemeriksaan susulan kesihatan saya baru-baru ini, pakar-pakar berkenaan mengesahkan yang saya dah sihat. Syukur saya kepada Allah.

Saya memohon maaf lama tidak BW blog kawan-kawan, InsyaAllah ada masa nanti berkunjung. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke sini.

15 ulasan:

JunAina berkata...

Alhamdulillah kak...moga perjalanan seterusnya akan bertambah baik.

Qhaifa Nur berkata...

kejap nak masuk tahun baru...
alhamdulillah...moga diberi kesihatan baik hendaknya...

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani.... syukurlah Allah beri kesembuhan berkat usaha dan doa.

Masa memang cepat berlalu. Rasa bagai baru menulis 2013 dah nak kena ganti 2014..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Jun,

Terima kasih. Semoga Jun juga sentiasa dikurniakan Allah kesihatan yang baik juga.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...


ghaifa.

Terima kasih dan semoga Ghaifa sekeluarga pun dikurniakan Allah keberkatan di tahun2 mendatang

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakiw waalaikumussalam.

Semoga tahun baru ini tetapi diberi keberkatan oleh Allah kepada kakzakie sekeluarga.

Ummi Kami berkata...

Assalam Kak Ani....apa khabar.. ^^

Lama sudah tidak ke ladang,
Habislah padi dililit kangkong;
Lama sudah tidak bertandang,
Sakitlah sendi pahit menanggung... :D

Ummi Kami berkata...

Ummi sakit-sendi sebab demam...namun pantun tetap menjadi ubat.... ^^

izan mama mia berkata...

2014 dah menggamit..mg kita semua diberikan kesihatan yg baik

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Sebelum ni dah komen tetapi ada masalah kut..hilang komen tu..

Sama-sama kita nantikan tahun 2014 ya..semoga Ani sentiasa beroleh kesejahteraan.

kamariah awang berkata...

Alhamdulillah semoga Allah mendengar permintaan dan doa Kak ANi. Smg sihat berterusan. Ma pun dah lama tak BW apatah lagi untuk menulis. Keadaan tidak mengizinkan. Sekarang hanya kerap berFB aje... silalah panjangkan silaturrahim kita dalam FB yer kak Ani... Salam sayang.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummi,

Alhamdulillah kak ani dah semakin sihat sekarang. Semoga ummi begitu begitu juga.

Burung tempua bersarang rendah
Ambik sedikit bawa ke melaka
Sabar dan berdoa kepada Allah
Semua sakit ujian belaka

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Izan,

Itulah doa dan harapan kita semua. Semoga tahun 2014 terus mebawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werda
Semoga Kak Werdah sihat

InsyaAllah mudah2an tahun-tahun mendatang ini membawa rahmat kepada kita.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ma,

Alhamdulillah ujian Allah kita tak sangka kan. Semoga Ma pun berada dalam kesihatan yang baik.

InsyaAllah kita berjumpa di FB