Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 2 November 2013

Wanginya Cempaka Harumnya Kenanga

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan yang singgah di sini. Hari ini rakan-rakan kaum india menyambut hari deepavali. Kita pulak InsyaAllah hari Selasa ini akan bermulalah tahun baru islam bila tibanya 1 Muharram.

Lama saya tak bercerita tentang bunga. Bunga orkid saya semua dah sama ada nazak atau dah mati bila saya terlantar sehingga sekarang. Mana yang terkena air hujan tu, Alhamdulillah bernyawalah lagi.

Saya begitu tertarikh kepada bunga cempaka dan bunga kenanga. Irasnya agak serupa tetapi jika diperhatikan betul-betul banyak perbezaannya. Sekarang ini ramai yang dah tak kenal mana satu cempaka mana satu kenanga. Pada saya bau bunga cempaka lebih wangi dari bunga kenanga. Bentuk bunga cempaka lebih cantik.

Bunga Cempaka Putih

Bunga Kenanga

Dulu-dulu semasa saya masih kecil dan selalu mengikut mak saya ke Pasar Payang Kuala Terengganu, saya selalu nampak mak saya akan beli bunga cempaka, bunga tanjung yang telah diselit di celah2 daun pandan yang dibelah. Wangi sangat baunya. Ikatan bunga ini diletakkan dirambut ketika menyanggulnya atau diletak dalam telekong sembahyang. Sekarang saya tak tahulah masihkah ada karangan bunga-bunga ni dijual di Pasar Payang.

Bunga-bunga ni mesti menyegarkan kalau kita buat mandi bunga. Kita ambik aromanya sudahlah dicampur dengan bunga-bunga wangi yang lain. Tak payah jampi berjampilah.

Bunga cempaka ni pun rupaya ada beberapa jenis, antaranya cempaka putih, cempaka kuning dan cempaka telur. Cempaka telur ni baunya tak kuat sangat.

Cempakar Telur

Ini pula gambar-gambar bunga kenanga yang saya ambil dari google.

Bunga-bunga ni juga banyak digunakan dalam pembuatan syampo-syampo badan dan syampo rambut.

Gambar-gambar ehsan google

12 ulasan:

sal berkata...

Apb trngok bunga kenanga..teringat masa kecil2 saya suka petik bunga yg wangi ini...skrg jrg jumpa...

sal berkata...

Apb trngok bunga kenanga..teringat masa kecil2 saya suka petik bunga yg wangi ini...skrg jrg jumpa...

sal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sal berkata...

Apb trngok bunga kenanga..teringat masa kecil2 saya suka petik bunga yg wangi ini...skrg jrg jumpa...

sal berkata...

Apb trngok bunga kenanga..teringat masa kecil2 saya suka petik bunga yg wangi ini...skrg jrg jumpa...

sal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
De la Chezz berkata...

sya selalu jumpe bunga ni dkt suatu pekarangan di kampung sya dulu, biasalah lau budak2..nmpak sja benda ditanah mcm bunga ni, sya akan ambil dan buat mcm2..tapi tak pernah terpikir nak tahu nmanya atau ada x perasan dgn baunya, sekarang ni baru tahu...:)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

De la Chezz,

Terima kasih singgah.

Memanglah masa kita masih anak-anak kita tak mahu ambik berat perkara2 beginikan.

Dan dewasa baru keinginan untuk tahu sesuatu tu timbul.