Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 3 November 2013

Doa Nabi Yunus


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s Allah akan lepaskan Hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa atau di dalam bahasa zaman sekarang saat-saat kecemasan ( emergency ) tetapi individu tersebut perlulah seorang mukminin.



"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"

“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim. (Surah Al-Anbiya ayat 87)

Doa ini afdalnya dibaca 11 kali ketika sujud sebaik selesai salam sholat Fardhu. Kemudian mohon Doa kepada Allah.

InsyaAllah, tawakkallah kepada Allah, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihi.

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Saya memang rajin membaca ayat ni sama ada ketika sholat atau masa-masa biasa bila saya rasa keadaan memerlukan.

Dari Pengalaman saya sendiri ketika sakit dan dimasukkan ke wad dahulu, Allah banyak makhbulkan doa saya dengan keberkatan doa Nabi Yunus ini. Sesuatu yang kita rasakan tak mungkin berlaku, tetapi ianya berlaku atas kehendak Allah.

Contohnya ketika saya dalam ICU saya tidak dibenarkan minum air, cuma kalau saya rasa terlalu dahaga jururawat atau anak saya akan basahkan kapas dan disapukan kebibir saya. Saya rasa dahaga saya tidak tertanggung lagi, lalu saya membaca doa ini sebanyak 40 kali memohon kepada Allah agar terbukalah hati doktor yang merawat saya supaya membenarkan saya minum walaupun sedikit.

Syukur Alhamdulillah, bila doktor datang nerawat saya esok paginya, saya beritahu doktor tu yang saya sangat dahaga, doktor tu membenarkan saya minum air sedikit-sedikit. Adalah lagi beberapa insiden yang berlaku berkat saya membaca ayat ini.


6 ulasan:

Acik Erna berkata...

Assalamualaikum kak ani..terima kasih kongsi..acik memang baca stiap hari.rupanya banyak kebaikannya ye kak ani

NzA berkata...

InsyaAllah, sama2 kita amalkan..kt sk pn anak2 murid kami akn baca petikan doa ni seblm masuk kelas .......Alhamdulillah.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani bertambah sihat.

InsyaAllah kita amalkan zikir ini. Di dalamnya terkandung kalimah tauhid, kalimah mensucikan Allah dan menyatakan kelemahan diri. Mengikut Ustaz Sharhan dalam tanyalah ustaz zikir ini elok untuk menghilangkan saka jika ada.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Yerlah kan kita ikut doa nabi2 ni bagus apa lagi doa ni ada dalam al quran.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

NZA,

Kadang2 bila dalam keadaan memerlukan doa2 para nabi nilah yang boleh kita ikut.

Bagus yer sekolah NZA mengamalkan doa ni

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Terima kasih memberi penjelasan yang lebih nyata pada doa ni.

Semoga kita mendapat manfaat dengan izin Allah dalam kita mengamalkan doa ini.