Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 13 Oktober 2013

Suka Duka Di Hari Raya Aidiladha




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan yang singgah di sini. Hari ini dah 8 Zulhijjah. Semoga kawan-kawan semua dikurniakan Allah kesihatan yang baik. Didoakan semoga semua jumaah haji kita yang sedang mengerjakan haji di Mekah dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan mendapat haji yang mabrur.

Bagi diri saya pula Alhamdulillah, masuk hari ini saya dah bolehlah berjalan-jalan dalam rumah walaupun dengan menggunakan tongkat. Dapatlah duduk-duduk diberanda rumah tengok alam sekeliling. Tidaklah lagi asyik berkurung dalam bilik saja. Esok saya ada appointment dengan doktor di PPUM, nampaknya kenalah guna kerusi roda. Walaupun kadang-kadang perasaan sedih menyelinap di hati saya sedar ini semua ujian Allah pada saya.

Panjang umur kita, kita akan menyambut hari raya Aidiladha pada hari Selasa ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua kawan-kawan. Mesti ramai di antara kawan-kawan semua yang melakukan korban. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan kita dapat menjalankan ibadat korban.

Pada saya pula, raya tahun ini terserahlah pada anak-anak apa juadah yang akan mereka masak untuk dimakan di hari raya korban. Anak bongsu saya kata "tak dapatlah makan nasi dagang mama raya ni". Yang lain pulak sebut "Raya tahun ni tak dapatlah makan rendang mama". Sedih juga, tapi apa boleh buat, emaknya ini bukan sentiasa sihat. Kenalah anak-anak ambik alih. Belajar memasaknya sendiri.

18 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Selamat Sambut Hari Raya Haji Ani. Semoga tabah dan semoga segala urusan appointment esok dipermudahkan Allah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam kak werdah,

Besok mungkin seharianlah disana. Semoga kak juga sihat. Anak saudara 2 org kawin di dungun nampaknya tak dapatlah nak meraikannya bersama adik beradik lain.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sal berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani

Selamat Sambut Hari Raya Haji. Semoga sejahtera dan gembira selalu , amin

JunAina berkata...

Salam Aidiladha Kak Ani...

Semoga Allah permudahkan segalanya buat akak dan cepat sembuhnya untuk menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

insan marhaen berkata...

Muga semakin sihat dan tabahlah dalam menyelusuri kehidupan...

Kakzakie berkata...

Semakin besar ujian semakin tinggi ganjaran Kak Ani.. moga Allah berikan kak Ani kesabaran yg tinggi.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kakak buat Kak Ani dan keluarga.

Moga cepat sembuh ye kak...

LYAfrina berkata...

as salam kak ani..
lya dakan moga kak ani terus kuat n semangat melawan sakit..insyallah ,akak akan sembuh seerti sediakala.. maybe lya ada lps crita sblum2 ni..jd lya x tau kak ani sakit apa.. xpela..nanti lya godek2 entri sebelum2 ni. apa2 pon, akak jaga diri baik2 ye...

salam aidiladha

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sal, Terima kasih

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

JunAina,

Selamat hari raya aidil adha juga pada Jun sekeluarga.

Terima kasih doakan kak ani, itulah juga harapan kak ani.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

IM,

Terima kasih. Itulah sebabnya lama kak ani tak BW blog IM

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Begitulah ujian Allah pada kak ani, kadang2 memang rasa sedih dan 'down' tapi bila sedar inilah ujian Allah dan semoga menjadi kaffarat kepada dosa2 yang kak abi laku sama sedar atau tidor

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Lya,

Terima kasih doakan kak ani.

Kak ani terkena jangkitan kuman di paru2, jantung, hati dan buah pinggang. Dipengsankan 10 hari dan berada diwad selama 30.

Sekarang sedang beransur pulih.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Pada kawan2 yang singgah.

Ulasan yang dipadam tu sebenarnya catatan kak ani yang keluar banyak kali kerana pc ni lambat, jadi tertekanlah banyak kali ingat tak jadi

MulutPayau berkata...

Salam aidil adha utk Kak Ani dan keluarga...
Semoga akak sntiasa tabah dan sabar hadapi ujian ini dan dipermudahkan segala urusan...
Dan semoga akak cepat sembuh...