Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 16 Oktober 2013

Doa Para Nabi Ketika Ditimpa Duka



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات  pada semua rakan -rakan.  Hari ini 11 Zulhijjah dan semalam kita dan menyambut Aidul Adha. Sebagai manusia kita memang tidak lepas dari suka dan duka. Begitu juga dengan para Rasul dan Nabi. Ketika dilanda kedukaan mereka memohon kepada Allah.

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)

Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada didekatnya satu malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama".
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan".
(HR Tirmizi)

Doa Nabi Nuh.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada sesuatu yang aku tidak ketahui dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya jadilah aku dari kalangan orang yang rugi".

Doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika meninggikan binaan asas Baitullah.
"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu. Tunjukkanlah kepada kami cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan Kami, utuskanlah kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka kitab hikmat (sunnah) serta sucikanlah mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana".

Doa Nabi Lut.

"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku daripada apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat".

Doa Nabi Yusuf.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian daripada kekuasaan dan mengajarku sebahagian ilmu ta'bir mimpi. Wahai Tuhan pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam Islam dan temukanlah aku dengan orang-orang yang soleh".

Doa Nabi Ayub ketika menghadapi penderitaan penyakit.

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkaulah yag Maha Penyayang di antara para penyayang".

Doa Nabi Syuib.

"Kepada Allahlah kami bertawakkal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran, kerana Engkaulah sebaik-baik Hakim".

Doa Nabi Sulaiman.
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya aku bersyukur akan nikmatMu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibu bapaku, agar aku tetap beramal soleh dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Doa Nabi Yunus.

"Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolongku melainkan Engkau. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri".

Doa Nabi Zakaria untuk memohon zuriat.

"Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi".

Doa Nabi Musa.

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku. Serta lepaskanlah simpulan daripada lidahku".

Doa Nabi Isa.

"Ya Allah, Tuhan Kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu orang yang pertama daripada kami dan bagi orang yang datang kemudian dan sebagai satu tanda daripadaMu. Kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki".

Doa para Nabi merupakan contoh doa yang terbaik untuk kita ikuti. Sebagai hamba Allah yang menumpang di atas muka bumi ini, janganlah kita menjadi hamba yang sombong tanpa meminta kepadaNya. Mintalah kepada Allah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Semoga apa yang kita hajati dan minta kepadaNya menjadi kenyataan, inshaa'Allah. Semoga bermanfaat dan Salam Jumaat. Wassalam =


SOURCE

9 ulasan:

Ibu Lala berkata...

Slm kak. Akk sihat??

ahmad humairi berkata...

Doa yang tak berkesudahan.....selagi hayat ada...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ibu Lals,

Slhsmfulillsh fsh bsnysk perubahan, sekarang dah boleh berjalan dekat2 tanpa berpegang pada apa-apa support.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ahmad humairi,

begitulah kita ni, doalah membantu kita dalam menjalani bidup yang banyak dugaan ni

Puan Sue berkata...

Assalamualaikum kak KK ,,lama nye Sue tak berkunjung ke sini,, jauh sgt dah ketinggalan keretapi ni,, kalau tak keberatan, sue nak bertanya,,

Akak sakit ape?

Sue doakan proses penyembuhan berjalan lancarbdan kak akan pulih spt biasa,,Amiin

Marya Yusof berkata...

As salam Kak Ani,

Eid Mubarak! Moga akak sihat & ceria selalu... Jaga diri ye kak :))

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Sue,

Kak ani kena jangkitan kuman di paru2, jantung, hati dan buah pinggang. Dipengsankan selama 10 hari oleh doktor. 30 berada di wad.

Sekarang tak berapa nak boleh berjalan lagi, masih bertarih dan guna tongkat

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Marya,

Terima kasih doakan kak ani

makchaq berkata...

Salam Kak Ani..
Makchaq dalam sibok2 lama tak jengah blog kak Ani..
Hari ni baru tau kak Ani masuk wad..

Makchaq doakan kak Ani cepat sembuh sembuh..