Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 30 Oktober 2013

Bangkit


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan yang singgah di sini. Cepatnya masa berlalu, sekarang dah hampir penghujung bulan Zulhijjah. Para Jemaah haji kita pun dah mula pulang ke tanah air. Besan saya juga dah selamat kembali semalam 29 Oktober. Alhamdulillah.

Pada 2 hari lepas, iaitu 28 Oktober, 2013, genaplah 2 bulan saya diuji dengan kesihatan oleh Allah subhanahuwataala.

Alhamdulillah dengan rahmat dan belas kesihan Allah, saya telah dikurniakan Allah kesihatan yang baik dari hari ke hari. Sekarang sekurang-kurangnya saya telah boleh mengurus diri sendiri terutama untuk ke tandas. Kaki dah boleh melangkah walaupun agak goyang.

Saya tahu saya tidak boleh berputus asa dengan ujian Allah ni. Saya kena terus berharap dengan rahmatNYA. Saya rasa saya seolah-olah diberi peluang kedua oleh Allah untuk terus menjalani kehidupan di dunia ini setelah pengsan selama 10 hari dan terlantar lebih kurang sebulan.

Saya amat bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan saya suami dan anak-anak yang mengasihi saya. Mereka begitu bertanggungjawab kepada saya mengikut keperluan dan keupayaan yang mereka mampu. Terima kasih pada suami dan anak-anak saya.

Bila saya kenang, hati rasa sangat terharu. Suami saya dalam keadaan yang tidak sihat, tidak pernah sehari pun dia tinggalkan saya sendirian di wad. Waima waktu malam pun bila anak-anak tak dapat menunggu saya, dia pula ambik giliran. Maklumlah saya tidak berupaya berdiri apa lagi bergerak ke sana kemari. Saya tahu dia tak sihat sangat tapi demi saya dia gagahkan dirinya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa yang tak putus-putus dari kawan-kawan di blog saya ni dan di FB yang mendoakan kepada Allah supaya saya cepat semboh. Saya juga begitu terharu bila kawan-kawan yang hadir dialam nyata saya tidak putus-putus menziarahi saya sama ada di hospital sehinggalah ke rumah.

Terima kasih kepada adik beradik dan saudara mara serta sahabat handai yang mengadakan sholat hajat supaya saya pulih segera. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada pihak Masjid Negeri Shah Alam, iaitu para imam dan jemaahnya kerana telah sudi mengadakan sholat hajat untuk saya. Ya Allah. hanya Allah yang dapat membalasnya.

Semoga Allah memberkati hidup insan-insan yang dikasihi ini dan hidup kawan-kawan semua serta keluarga masing-masing. Aamiin


23 ulasan:

NM03 berkata...

alhamdulillah, tak bertambah kuat ye maklong. moga maklong terus bangkit dan kuat demi keluarga yang sentiasa berada disamping maklong ye. saya doakan maklong terus sihat dihari akan datang. amin

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Alhamdulillah, semoga Ani sentiasa dirahmati Allah dan diberikan kesihatan yang baik, insyaAllah.

zana fahmi berkata...

Assalammualaikum, baru tau yg Ani tak sihat. Alhamdulillah semua dah berakhir, mudah2an Ani cepat semboh, bnyk rihat dan mkn ubat ye.

JunAina berkata...

Salam...

Semoga akak akan pulih dan sembuh spt sediakala, dapat menjalani rutin harian seperti dulu.

Alhamdulillah org2 disekeliling kita ada penguat semangat untuk menghadapi hari2 seterusnya.

❤Kamsiah❤ berkata...

salam...
begitulah putaran hidup ni,kan...bila jasad makin dipanjat usia...kesihatan mula merosot...

Ummi Kami berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani....

Semoga Allah SWT memberi cahaya kasihNYA kepada kak Ani dan suami.....
aminn....

aby berkata...

salam k hanim ..
alhamdulillah kak dikelilingi org2 yg sayang dan mengambil berat dengan keadaan kak ..
semoga kak sihat sepeti sedia kala ..

oh ya ..
tk sangka seorg coursemate wak adalah follower kak di fb ..

sal berkata...

Turut gembira mendengar kesihatan kak ani beransur2 baik..dan berdoa agar kak ani dilimpahi rahmat dan kesejahteraan berterusan bersama keluarga tersayang.. ....Amin..

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

Assalamu'alaikum kak Ani

Alhamdulillah, moga kak Ani sentiasa dirahmati Allah dan diberikan kesihatan yang baik, insyaAllah.

ngasobahseliman berkata...

Salam dear Rohani. Saya kak Sobah. Selalu sahaja membaca entry Ani. Baru-baru ini akak juga kesibukan dan kepenatan. Tapi senyap-senyap akak doa Ani sihat sejahtera, semoga redha dan Allah meredhai.

Take care.....

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

NMO3

Terima kasih Niezza

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Terima kasih atas doa yang dipanjatkan untuk saya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zana,

Terima kasih doakan saya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Jun,

Terima kasih atas doa Jun tu

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Itulah putaran hidup yang kita kena akur. Sihat dan sakit silih berganti

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ummi,

Terima kasih panjatkan doa untuk kak ani.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Wak,

Begitulah kehidupan kita ni kan. Siapa pun kita berkawan, satu hari mungkin Allah pertemukan kita.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sal,

Terima kasih. Semoga Allah memberikan saya kesabaran menghadapi dugaan ini.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kak Nah,

Terima kasih doakan kak ani.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Sobah,

Gembira sangat saya kak sudi singgah di blog saya ni. Terima kasih juga atas doa kak sobah kepada saya.

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum Kunang-Kunang
Alahai, lamanya Pak Temuk tak menjenguk hingga tak tahu cerita. Syukur KK bertambah sihat; semoga terus sihat. Demikian juga suami KK dan ahli keluarga semuanya.

nor laila berkata...

as salam, saya lama tak bw puan, terkejut saya bila membaca n3 puan, semoga puan akan sembuh..aamiiiin.

Acik Erna berkata...

Maaf kak ani..acik k etinggalan..alhamdulillah kak ani dah beransur baik..semoga kak ani akan pulih sepenuhnya.syukur alhamdulillah kak ada suami dan anak2 yang baik dan bertanggungjawab