Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 2 Ogos 2013

Sekuntum Kemboja Yang Gugur







بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


A-Fatihah untuk roh anakanda Dzul Iskandar.

Puasa dah tiba ke penghujung.  Di dalam bulan yang mulia ini tak sekalipun saya dan abahnya menziarahi pusaranya.  Jadi petang semalam 2 jam sebelum waktu berbuka, kami ke pusaranya di Tanah Perkububuran Islam Seksyen 21, Shah Alam. Dah 6 tahun dia bersemadi di situ.

Saya perhatikan tanah perkuburan ini telah dibina pagar baru yang nampak lebih kemas berbanding pagar dahulu.   Lama sungguh tak ke sini, maklumlah kesihatan tak berapa mengizinkan.

Suasana ketika saya tiba sunyi saja.  Angin bertiup lembut menimbul kasayuan dalam hati.  Tak ada seorang pun orang yang menziarahi tanah perkuburan itu ketika kami sampai.  Mungkin sebab hari dah senja, waktu berbuka dah hampir.   Kami melangkah masuk sambil memberi salam kepada penghuni tanah perkuburan ini disamping sedekahkan Al-Fatihah, dan  surah 3 Kul.

Tiba di pusaranya terbit rasa sayu  hati melihat pokok bunga yang ditanam terbiar. Pokok bunga melur dan pecah periok yang berwarna merah tu kering dan tak berbunga.  Maklumlah hanya mengharapkan hujan yang menyiraminya.  Selain saya dan abahnya yang kurang sihat ketika ini, nampaknya adik-beradiknya yang lain juga tidak berkesempatan kemari.  Tapi saya tahu mereka selalu sedekahkan bacaan yassin kepada dia.

Anak ku Dzul Iskandar, Mama dan Abah doakan semoga roh mu dirahmati dan terpelihara bersama insan dan makhluk yang dicintai dan diredhai ALLAH. Mama dan Abah akan menziarahi pusara mu lagi selagi ada kudrat kami, InsyaAllah.

Terukir senyuman manismu
Tergambar senda gurauanmu
Tuhan lebih menyayangimu
Menjemputmu pergi terlebih dahulu

Bersemadi jasadmu yang kaku
Diiringi gerimis yang sendu
Airmata tak terbendung lagi
Menangisi perpisahan ini


Lirik -sekuntum-kemboja-yang-gugur.hijjas

3 ulasan:

aynora nur berkata...

nice and puitis. creative..

aby berkata...

doa seorg ibu kpd anak nya yg telah pergi pasti akan mendamaikan Dia di alam sana ..
insyallah ..

sal berkata...

amin-amin ya Rabb...