Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 1 Ogos 2013

Lailatulqadar




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Nampanya bulan Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Syawal pula semakin mendekati. Memandangkan sekarang ini dah bermulanya malam-malam terakhir 10 Ramadhan mesti kita makin berusaha menambah aktiviti ibadah kita dengan harapan akan bertemu dengan Laitulqadar.

Sebagaimana kita semua maklum, 10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini terdapat satu malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah golongan yang paling beruntung.

Mengenai Lailatulqadar ini, Aisyah R.A. ada berkata, "Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa)?"

Bersabda Nabi : Sebutlah doa


"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan."

Semoga kita ditemukan dengan malam Lailatul Qadar InsyaAllah Aamiin ya rabal alamin.


SOURCE

6 ulasan:

dear xila berkata...

sy syak mlm 21 haritu...tp malam lailatulqadar kan rahsia Allah :)

Acik Erna berkata...

In syaa allah kak ani..semoga kita dapat bertemu malam itu

aby berkata...

salam k hanim ..
yg penting kita konsisten dgn ibadat kita ..
insyallah bila datang lailatulqadar ..kita dalam keadaan beribadat kpd Nya ..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

InsyaAllah kita cuba sedaya upaya kita. Semoga ada ganjarannya.

MulutPayau berkata...

InsyaAllah kak..semoga kita ditemukan dgn malam tersebut...

ساريده سنين berkata...

Insya-Allah kak semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT...