Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 23 Ogos 2013

Kisah Lima Perkara Aneh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan yang singgah di sini. Cepat masa berlalu, hari ni dah Jumaat yang ke 3 dalam bulan Syawal yang mulia ini. Suasana raya masih meriah, jemputan rumah terbuka masih rancak.

Dihari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari ini, marilah kita menambah pengetahuan kita mengenai kisah nabi-nabi yang bukan Rasul yang jarang diceritakan tidak sebagaimana cerita nabi-nabi yang menjadi Rasul yang kita selalu dengar kisah mereka.

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.

Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya.

Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula.

Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya.

Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Mudah-mudaha kelima-lima kisah ini dapat kita semaikan dalam diri kita, memandangkan kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Contohnya mengata hal orang.


Kita tentu tahu mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.





SOURCE




13 ulasan:

Rose Azadir berkata...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

BUNDA a.k.a KN berkata...

seronok baca kisah sejarah nabi ni...yang jarang dan tak pernah kita dengar.. terima kasih berkongsi..

aby berkata...

salam k hanim ..
banyak pengajaran yg tersirat dari cerita2 diatas ..
bab mengata org tu memang betul ..
bukan saja kita blh dapat pahala free, klu pahala dia tidak ada, dosa kita pula akan dipindah kan kpd yg mengata tu ..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Beruntung jika kita dapat menjaga kelima-lima perkara ini, lebih-lebih lagi bab mengumpat. Boleh nuflis kita..nak minta maaf selepas terumpat bukanlah mudah.

suka suka berkata...

Terima kasih atas perkongsian..

MulutPayau berkata...

Salam Syawal...
Terima kasih atas prkongsian ni kak...

insan marhaen berkata...

Jzzk.

Best baca kisah ini. MEnjadi iktibar walaupun mungkin tidak dapat mengamalkan semuanya!

Ummi Kami berkata...

Salam Syawal yang masih berkelip kak Ani.... :)

Terimakasih share cerita ni, Ummi suka baca..... :)

sal berkata...

banyak pengajaran ceritanya ...
menjadi ikhtibar pd pembaca..

Linda Musa berkata...

terima kasih atas perkongsian ini...Selamat Hari Raya, maaf zahir batin acik :D

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum... mak long,

Perkonsian yang menarik.. alhamdulilah..

mselim3

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih pada sahabat2 yg singgah. Maaf saya tidak respon pd semua catatan yg ditinggalkan. Ini adalah kerana saya telah jatuh sakit pd 27 Ogos dan terpaksa ditidorkan oleh doktor selama 5-6 hari di wad ICU. saya diwad ICU selama 16 hari. Diwad biasa 14 hari. baru 6 hari di rumah. Masih lemah kaki masih belum mampu berjalan

Uncle Lee berkata...

Hello Mak Long, this coming to you from Canada.
Bahasa saya out of tune. Sebelum Merdeka, but boleh la faham 37% apa Mak Long cherita sini.
You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.