Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 20 Ogos 2013

Bendi Dan Diabetis



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan yang singgah di sini. Dah lebih kurang 13 hari kita beraya, jemputan rumah terbuka tak habis-habis. Sungguh menggoda kepada kita yang nak berpuasa 6 syawal ni.

Pada yang ada penyakit tu berhati-hatilah bila makan. Maklumkan godaan kuat takut-takut terlupa diri yang ada penyakit. Pada yang ada penyakit diabetes kali ini saya ingin berkongsi satu maklumat tentang cara tradisional nak mengurang bacaan gula dalam darah pengindap diabetes. Mudah-mudahan Allah berkenankan usaha kita.

Kebanyakan dari kita biasa makan kacang bendi yang nama saintifiknya ialah abelmoschus esculentus terutama bagi mereka yang gemarkan masakan gulai/kari. Kebiasaanya, bendi selalunya digunakan dalam masakan seperti kari dan asam pedas. Di goreng juga sedap.

Kabarnya kacang bendi banyak khasiatnya, antaranya ia amat baik untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. Lihat kesannya.

Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu:

mencuci hati
menstabil kandungan gula dalam darah
membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit
terutama di kalangan warga tua.
ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran
yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa
tidak selesa/sihat.
ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus
dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan
pada dubur.

Selamat mencuba



SOURCE

19 ulasan:

inazamri berkata...

balik keja ptg smlm masak asam pedas ikan tongkol bersama bendi.

sal berkata...

kalau pandai masak, bendi sedap...

Kakzakie berkata...

Rumah kakak boleh katakan dalam seminggu sekali mesti ada hidangan bendi tak kiralah masuk asam pedas ke, tumis, ulam dgn sambal belacan tapi kami memang suka Kak Ani..

Cuma petua tu tak tahu lagi, baru tahu hari ini.

aby berkata...

salam syawal kak hanim..
wak memang suka makan bendi sedari kecil lg ..
tk sangka plak ada kelebihan tentang bendi ni yer ..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Moga sihat hendaknya..

Suka juga nak makan tapi sering perut terganggu.

❤Kamsiah❤ berkata...

goreng campur telur,sedap...celur buat ulam pun sedap...
saya suka bendi yg kaler hijau muda dan kecik2 tu...ada jenis yg kaler hijau tua dan panjang2,kan..

Werdah berkata...

Assalamu'alikum Ani

Eloklah dicuba oleh penghidap diabetes, mcm mudah je nak sediakan. Kak suka akan bendi rebus cecah sambal belacan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ina,

Bendi ni sedap kalau dimasuk dalam kari punkan.

Tulah kak ani tak pernah pulak tahu yang khasiat bendi mentah begitu bagus, nak cuba jugak ni

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sal,

Bendi ni celur cicah budu pun sedap, hi hi

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Kak ani kalau masam asam atau kari di samping masukkan terung, selalunya mesti masukkan bendi.

Masa sekejap jerkan, jangan lama. Rangup

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Wak,

Sama2lah kita beraya.

Betul tu wak, kak ani pun suka bendi ni. Banyak khasiat dia rupanya

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Memandangkan kepada fungsi bendinya menyuci perut mungkin tulah sebabkan ia mengganggu perut bila Abd Razak memakannyakan!!!!

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Bendi ni kalau digoreng berlenderlah sikit, tapi sedap.

Celur cicah budu pun sedap

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

tulah saya ingin nak cuba jugak ni. Mana tahu gula yang ada kat badan ni sukar sangat nak menurun, naiknya laju jer

aby berkata...

baca N3 wak terbaru psl bendi nih ..

Puan Ida berkata...

salam
ai saya ida
newbies blogger
saya baru follow blog ni
jemput ye follow blog saya
umielman.blogspot.com

Zue berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Wak,

InsyaAllah, akak singgah blog wak nanti

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Puan Ida,

Terima singgah dan sudi jadi kawan blogger saya.

InsyaAllah saya akan singgah di blog Ida nanti yer.