Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 22 Julai 2013

Sholat Sunat Fajar


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Harum wangi bunga melati
Harum lagi bunga tanjung
Masa muda menurut hati
Sudah tua badan menanggung.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Hari ni hari ke 13 kita berpuasa. Semoga Allah berikan kita semua kesihatan yang baik untuk terus beramal di bulan yang mulia ini. Kali ini saya ingin berkongsi ilmu mengenai Sholat Sunat Fajar. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada kita semua.

Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh.

Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)

Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah SAW menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)

“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)


Niat solat :

اُصَلِّى سُنَّةَ الفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ,

Sahaja aku solat sunat fajar dua raka`at kerana Allah Ta`ala

-- atau -- yang ini pun boleh --


اُصَلِّى سُنَّةَ الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً ِللهِ تَعَالىَ


Sahaja aku solat sunat sebelum subuh dua raka`at kerana Allah Ta`ala


Wallahu 'alam.



SUMBER: lenggangkangkung & PANTUN

12 ulasan:

Kakzakie berkata...

Kalau kakak biasa guna sunnatassubhi Kak Ani. Ala sekejap aje rugi kalau tak buat. Kalau dah biasa rasanya mesti akan rasa tak selesa kalau tak buat. Macam kita ni lagilah dah berusia apa lagi yg nak difikirkan kan kak ani..

JunAina berkata...

Kadang2 benda2 kecik yg besar pahala dan penuh keberkatan selalu kita lupa.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Terkesan bila tadi ikuti cinta ilmu tentang keluasan akhirat..berkait pula dengan kenyataan bahawa solat ini lebih bernilai daripada dunia dan isinya, tersangatlah rugi jika kita tak usahakannya kan Ani..semoga kita diberikan kekuatan oleh Allah untuk melaksanakannya sedaya upaya kita..aamiin

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum KUNANG-KUNANG
Baguslah diperingatkan pembaca tentang solat sunat subuh itu. Dan seperti solat-solat sunat yang lain, dalam bulan mulia ini, statusnya sudah jadi seperti solat fardhu, kan?

Belum terjumpa kitab mengenai solat yang di dalamnya juga diperihalkan semua solat sunat, pemerincian melakukannya, dan ganjarannya mengikut hadis (serta yang meriwayatkannya). Selamat meneruskan ibadah puasa.

ساريده سنين berkata...

Harum baunya si bunga mawar
Bunga ditanam dahannya patah
Hidup didunia hanya sebentar
Insya Allah habiskan sisa dengan ibadah

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Dua2 pun bolehkan. Alhamdulillah kalau kita dah terbiasa melakukannya. Mudah2an Allah balas dengan ganjaran yang besar.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Jun,

betul tu. Kadang2 yang sunat ni kita terlepas pandang, bukan tak tau.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah.

Alangkah baiknya jika kitadapat istiqamah dalam melakulam sholat2 sunat ni sebagai menambah kepada kekurangan sholat2 5 waktu kita.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,

Selamat berpuasa.

Sholat terawih yang tidak ada dalam bulan2 lain, alangkah baiknya jika kita dapat melakukan sepenuhnya.

Semoga Allah berikan kita kesihatan dan peluang untuk mendirikan sholat-sholat sunat dengan istiqamah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...


Saridah,

Putih Biru Bunga Pekan
Cantik Merah Bunga Siantan
Suruhan Allah segera lakukan
Semoga hidup penuh keberkatan


Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak..

Moga kakak sihat hendaknya.

Jika ukuran di sisi Allah solat sunat fajar itu lebih baik dari dunia dan segala isinya, bagaimana pula dengan solat fardhu ya kak! Tak tergambar kita begitu luasnya kasih sayang Allah kepada hambanya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Abd Razak,

betul tu sholat fardhu lagilahkan.

Semoga Allah berikan kita kesihatan yang baik supaya dapat kita merebut ganjaran yang ditawarkan dalam bulan yang mulia ini dan bulan2 yang lain.