Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 1 Julai 2013

Orkid Mekar Dalam Hujan Lebat



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua.

Semasa hujan turun agak lebat lebih kurang jam 11.00 pagi tadi, saya keluar ke porch nak tengok hujan, macam tak pernah tengok hujankan.

Semasa berdiri-diri tu terpandang ada beberapa pasu orkid mengeluarkan bunga yang mana saya tak perasan, mungkin semalam atau hari ni dia kembang, pasu-pasu ni agak tersorok sikit.



Cattleya putih kehijauan yang berbau wangi lembut



Cattleya merah darah ikan yang berbau wangi



Cattleya Hatyai delight yang beli di Padang Besar dah berbunga




orkid nodusa warna coklat ni lebih kurang bentuknya
dengan orkid pink gambar di atasnya


14 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

catleya merah tu ada jugak berkembang skrg kat rumah saya,tp tak tau pulak baunya wangi...tak pernah cium...

Kakzakie berkata...

Di rumah kakak sekarang ni Kak Ani semua orkid kakak mogok berbunga. Kalau tengok orkid Kak Ani puas rasanya menanam kalau hasilnya macam ini... suka kakak tengok:)

JunAina berkata...

Mak Aina suka orkid, kalau dtg rumah hari2 dia telefon anak2 terunanya yg tinggal kat rumah minta tengok2kan orkidnya.

Zaitun berkata...

Cantik bunga2 orkid kak ani.

Pokok orkid saya banyak yang kurang sihat mungkin sebab tuannya agak sibuk,kurang perhatian hehe...

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

suka tengok orkid berkembang..cantik2 semua =)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kam,

Cattleya merah tu macam plastik kan. Suka tengok kelopaknya yang tebal tu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Rumah kak ani pun, sepasu dua tu jer yang berbunga, tapi dek kerana kak ani ada agak banyak pasu orkid ni, jadi sentiasalah ada satu dua pasu yang berbunga. Sebenarnya yang tak berbunga lagi banyak. Hi hi.

Sabar jer, siram selalu dan letak baja seminggu sekali. Sambil2 tu bisikkan pada dia suruh berbunga, cakapkan kalau tak nak berbunga nak buang jer (tipu dialah).

Ini ada orang cakap, pujuk2, tak jalan gertak

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Jun,

Kak ani kalau berjalan berhari2, itu yang jadi masalah. Di rumah tak ada orang, jadi akak tawakkal jerlah. Selalunya dia tak mati tapi malas sikitlah dia nak berbunga.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Zai,

Betul tu, kalau kita kuca cakne kata orang terengganu dia macam merajuk sikit kan.

Kat ani pun perasan juga tu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Cik Nah,

tu sepasu dua yang berbunga. Yang berdaun jer banyak. Sentiasa menanti agar dia sudi berbunga.

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam,

suka tengok bunga orkid..apalagi yg kembang subur..tapi tak pernah tanam pun..

Temuk berkata...

Assalam Kunang-Kunang
Ayu, ayu, ayu .... semuanya orkid-orkid itu. Kekadang lambat berbunga, tapi berbaloi menunggu sebab bunganya tahan lama.

ساريده سنين berkata...

Assalamualaikum kak ani...

Ada apa-apa petua orkid sentiasa berbunga..

Rumaizah Zalkornain berkata...

Teringat orkid mak saya kat kampung..jarang berbunga tapi sekali berbunga, cantiknya.... ^^