Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 20 Julai 2013

Nuzul Al Quran Bakal Tiba



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Putih bersih bunga melati,
Berseri Cantik Di Bulan Purnama,
Andai kesal rasanya hati,
usah dibiar merana lama.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Hari ni dah hari ke 10 kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Panjang umur lagi 19 hari berrayalah kita. Berpisahlah lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Alangkah baiknya di bulan yang penuh keberkatan ini kita dapat bertadarus dengan kawan-kawan sama ada di masjid atau di rumah-rumah. Di dalam tadarus, kita saling tegur menegur dan baiki membaiki bagi memastikan setiap peserta mendapat faedah daripada tadarus yang diadakan.

Tahu , baca , amal , hayati dan ajar. Belajar selok belok al quran dengan susah payah insyaAllah akan berjaya membaca dengan baik. Jika sudah mengetahui sedikit sebanyak hukum mengenai al quran seperti tajwid dan sebagainya semoga kita tidak tinggal terus selepas bulan Ramadhan. Hendaklah sentiasa dilazimi bacaannya sekurang-kurangnya satu muka ataupun satu "ain" kata orang tua. Semoga dengan melazimi membaca alquran InsyaAllah kita akan dapat membacanya dengan lancar apabila kita bertadarus.

Sebagaimana kita ketahui Al quran diturunkan secara beransur-ansur kepada manusia, hikmahnya supaya manusia mudah menerima ajaran tanpa beban. Pengajarannya adalah supaya manusia tidak bergopoh-gapah di dalam membaca dan mengamalkannya. Di dalam bulan puasa, amalan tadarus adalah rutin dan terpuji.

Diriwayatkan bahawa Malaikat Jibrail membaca al quran setiap ramadhan sekali namun pada tahun terakhir sebelum wafatnya Rasulullah S.A.W dibaca al quran sebanyak 2 kali.

Selamat menyambut dan meraikan Nuzul Al Quran 17 hb Ramadhan moga2 mendapat hikmah daripadanya. Amiin


SOURCE

10 ulasan:

aby berkata...

salam,
alquran ni banyak tuntuan nya ..
dan tuntutan yg paling lemah, adalah hendaklah ianya dibacanya ..dan tuntutan yg paling tinggi adalah turuti apa yg dikatakan nya ..
dalam bulan ramadan ni ..
lebihkan la membaca alquran ..
kebetulan aby pun baru buat entri psl pengasas tanda2 bacaan di alquran ..
semoga kak diberi kekuatan meneruskan ibadat2 ramadan ni

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Mudah-mudahan amalan membaca, memahami isinya dan menurut ajarannya dapat kita usahakan sedaya upaya kita..aamiin

tenku butang berkata...

Hai.. salam kenal.. suka tgk blog ni.. cantik.. background dia lembut jea.. dh follow sini no..339 jom follow teman lak yea.. hee.. leh kunjungbls selalu..

Follow me ... http://tengkubutang.blogspot.com/

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak..

Moga Allah panjangkan usia kita semua dapat meraihkan segala keberkatan yang ada pada bulan yang penuh barakah ini.

Moga kakak sihat hendaknya.

ساريده سنين berkata...

Assalamualaikum...

Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT...

Semoga akak juga mendapat rahmat dari Allah SWT...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Memandangkan alquran akan menjadi teman yang mesra kepada kita di alam sana, eloklah kita merapatkan diri dan bermesra2 dengannya semasa hayat kita masih ada supaya dia tidak melupakan kita di sana kelak.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...


waalaikumussalam Kak Werdah,

Begitulah harapan kita semoga segala yang kita lakukan dengan membaca alquran, cuba mengikut arahan dalam alquran sedaya mungkin semoga alquran memberi shafaatnya kepada kita di alam sana nanti. InsyaAllah.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak.

Amiin. Terima kasih atas doa Abd Razak kepada kak ani. Akak juga doakan semoga Abd Razak diberikan Allah segala keberkatan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Tengku butang,

Terima kasih sudi singgah di blog saya. Terima kasih juga menjadi kawan blog saya ni, saya pun dah follow blog Tengku butang.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Saridah,

Semoga dibulan yang mulia ini Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada Saridah dalam menjalani ibadat di bulan yang mulia ini.