Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 25 Julai 2013

Membuka Pintu Rezeki



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Hari ni hari ke 16 kita berpuasa. Kita dan berada di pertengahan fasa kedua ramadhan sekarang. Nampaknya tak lama lagi Ramadhan akan meninggal kita semula dan seandai diberikan usia yang panjang, InsyaAllah berjumpa lagi dengan Ramadhan.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang Surat Al Waqiah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa kita tidak akan ditimpa kefakiran jika kita selalu membacanya.

Membuka Pintu Rezeki

1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”


Src: resthour.blogspot.com/agama

16 ulasan:

Kakzakie berkata...

No 1 dan 2 tu kakak adalah buat Kak Ani tapi baca suroh waqiah tiap hari memang tak ada. Kalau rajin alangkah baiknya..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Ada orang amalkan baca Al Waqiah ni selepas sholat dhuha. Kak Ani pun macam tu juga, tak adalah tiap-tiap mengamalnya kerana lain-lain hari baca surah lain pulak

Nieda ramly berkata...

allah kasihkan hambanya, diberi kemudahan dgn pelbagai cara.

mudah2an kita dpt amalkan selalu.
terima ksih berkongsi ilmu.

Qhaifa Nur berkata...

pintu rezeki terbuka luas untuk hambanya...
tq mak long atas perkongsian ini...
In shaa Allah akan cuba amalkan..

aby berkata...

salam k hanim ..
alangkah baiknya klu dapat baca surah waqiah sebelum tido setiap hari ..
mulut kita akan sentiasa dibasahi dgn qalam Allah ..
wak takat baca ..
doa sebelum tido jer kak ..
bismikaullah humma ... pai abis

BUNDA a.k.a KN berkata...

InsyaAllah...semoga terbuka hati kita untuk mengamalkan semampu kita..moga keluarga kita dimurahkan rezki..

ساريده سنين berkata...

Insya Allah...semoga kita sentiasa mengamalkannya...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...


Nieda,

begitulah Allah kasihkan kita. Banyak cara yang dibuka untuk kita mendapat rahmatNYA, tinggal kita mengamalnya atau tidak saja kan

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Nur,

Yer rezeki. begitu luas makna rezekikan. Semoga rahmat Allah sentiasa melimpah ruah kepada orang-orang yang mengingatiNYA.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Wak

Beruntungnmya mereka yang menghafal firman-firman Allah ini dan sentiasa membacanya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

BUNDA a.k.a KN,

Itulah jalan sebaiknyakan seandainya apa yang diperintahNYA dapat kita lakukan dengan istiqamah.

Selamat berpuasa KN

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Saridah,

InsyaAllah

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Mudah-mudahan dapatlah kita membacanya setiap malam atau semampu yang boleh..Isi kandungan surah ini boleh diumpamakan sebagai mesin waktu..gambaran ganjaran dan hukuman di sana nanti buat kita berdasarkan amalan kita di dunia.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Mudah2an begitulah. Semoga hati sentiasa ingin melakukan yang terbaik walaupun kadang2 kena paksa.

MulutPayau berkata...

Terima kasih atas prkongsian kak..
Sama2 lah kita mengamalkannya.....

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

MP,

Sama-sama. Mudah2an ia info yang bermanfaatkan.

Selamat menyambut hari raya.