Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 15 Julai 2013

Kesunyian Yang Menyiksakan


gambar hanya hiasan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Bunga derdap Bunga Kiantan
Sayang mekarnya tidaklah kekal
Rejab pergi Ramadhan yang datang
Raihlah Pahala jadikan bekal

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Semoga sihatlah yer di bulan yang penuh keberkatan ini. Sama-samalah kita rebut ganjaran pahala yang ditawarkan Allah. Semoga ibadah kita diterima Allah. InsyaAllah.

Tadi ketika BW blog rakan-rakan, ramai rakan-rakan menceritakan tentang suasana di bulan puasa ini. Seronok membacanya.

Lama juga saya tak singgah di sini. Selain dari kesibukan, tak ada cerita menarik yang nak diceritakan.

Suasana berpuasa kami kali ini terasa hambar dan sunyi. Masa berbuka tidak semeriah bulan ramadhan pada tahun-tahun yang lalu. Hari-hari biasa melainkan hari minggu kami hanya berbuka puasa berdua sahaja. Di hari minggu barulah riuh rendah rumah ni bila anak-anak dan cucu-cucu datang berkumpul untuk berbuka.

Sabtu dan hari Ahad semalam, memang terasa kemeriahannyanya. Penat memasak tak terasa bila ramai yang bersedia menghabiskannya. Hari ni rumah ni sunyi kembali.

16 ulasan:

BungaTulip berkata...

semakin membesar anak itu semakin jauh dia dari kita, detik hati kecil seorang ibu..kalau boleh mau saja anak cucu sentiasa di depan mata. apakan daya mereka semua punya komitmen dan tanggungjawab yang mesti di tunai..

**saya pernah dengar luahan sebegini mak long..kalau kita di tempat mereka mungkin kita akan mengerti kesunyian yang mencengkam.

inazamri berkata...

satu hari nnt pun ina akan jd seperti akak juga...tapi skrg bila sorg anak dok asrama pun dah mcm sunyi sikit apatah lagi kalau dah tggl berdua je bila tua nnt..sunyi terasa....

ummuaidan berkata...

salam maklong,
selamat berpuasa..bila anak2 dah besar mcm tuhlah kan..semuanya meninggalkan umah..takperlah bila sesekali berjumpa masa utk dihargai..:)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

BT,

Yerlah dah putaran alam kan. Kenalah menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

Satu masalahnya, tangan ni dah biasa masak banyak, jadi bila masak sikit tu rasa macam tak percaya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ina,


Kak ani ada 5 orang anak. 1 meninggal 6 tahun lepas. 2 dah kawin iaitu yang no 1 dan no2. No.4 dan 5 masih di U.

Harap yang no 3 nilah selalu datang sebab rumahnya dekat. Yang no 1 tu hari minggu baru datang. Yang 2 tu hari minggu dan cuti sem baru ada di rumah. Masa mereka berdua ada seronoklah sikit.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummuaidan,

Beginilah putaran hidup. Masa kecik riuh bersama. Bila mereka dah dewasa, mereka ada kehidupan sendiri.

Jangan mereka lupakan kita sudah.

JunAina berkata...

Saya yang anak masih sekolah pun terasa sunyi bila anak2 buat hal amsing2 inikan pula bila anak2 dah berkeluarga dan duduk berjauhan. Perjalanan hidup tetap perlu diteruskan.

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalamualaikum,
selamat menjalani ibadah puasa..

Kakzakie berkata...

Bagaikan lumrah kehidupan sekarnag Kak Ani bila anak-anak sudah besar memang akhirnya akan tinggal berdua.

Bila berkumpul baru rasa meriah.

ainnoraini berkata...

setiap org akan merasa mcm tu jugakkan kakani...nnt tiba saat saya pulak merasa seperti itu..

izan mama mia berkata...

slmt berpuasa maklong,,

Ummi Kami berkata...

Salam Ramadhan... :)

Selamat menjalani 'ibadah puasa bersama keluarga tercinta... :)

Amie berkata...

hibanya....

MulutPayau berkata...

Selamat menjalani ibadah puasa utk kak ani dan keluarga...

Tinta Lana berkata...

Salam.

Sayu pula saya dibuatnya..agaknya, itu juga yg kedua org tua saya rasa, bila kami dua beradik sambung belajar bbrpa thun kblkgn ni.

Ibu saya sndiri pernah bersahur seorg diri..sbb abah saya kerja syif malam. Sedih saya waktu tu mak long..

Sekarang ini, kami dua2 ada dirumah, alhamdulillah..

Selamat mengerjakan ibadah puasa ya mak long.. :)

ساريده سنين berkata...

Assalamualaikum..

Semoga akak mendapat redha Allah SWT..