Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 4 Julai 2013

Amalan Laqad Jaakum




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan semua. Hari ini nak berkongsi satu amalan yang baik untuk kita semua sebagai umat Islam bagi memperkuatkan keimanan kita pada Allah SWT.

Banyak syafaat yang akan diperolehi jika kita mengamalkannya. Tapi jangan hanya kerana inginkan imbalan dari amalan tersebut! Lakukan dengan ikhlas dan moga amalan kita ini diredhai oleh Allah.

Ayat 128-129 Surah at-Taubah


Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

***Kebiasaannya ayat ini disebut sebagai ayat "lakad ja akum"..


Src: unniesya.blogspot.com

20 ulasan:

inazamri berkata...

thanks sharing kak

JunAina berkata...

Bila saya dapat sesuatu doa atau ayat2 Al-Quran yang elok diamalkan seboleh-bolehnya akan cuba dihafal. Kadang2 tengah buat kerja pun bacalah. Moga2 Allah s.w.t menerima amalan kita.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Ketika mengajar dulu kak mendapati ayat ini merupakan ayat hafazan pelajar tingkatan 5 untuk SPM..sejak tu kak menghafalnya..sayu bila mengingatkan betapa kasihnya nabi kepada umatnya..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Ina

Sama-sama

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Jun,

Bagus, kak ani jadikan ayat ni wirid selepas sholat waktu.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah
Semoga akak sihat yer

Saya pun dah lama membaca ayat ni sebagai wirid selepas sholat

Tapi sebenarnya saya tak tahu fathilatnya. Baru ni tahu.

Kakzakie berkata...

Sangat bermakna buat kakak ni Kak Ani. Terima kasih. Kakak nak print dan tampal bilik anak kakak.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kakzakie,

Terima kasih sudi tampal di bilik anak

aby berkata...

salam k hanim ..
ayat ni adalah satu daripada beberapa ayat yg di jual dalam bentuk frame utk penghias dinding .. sama dengan surah yassin, Kurysi, 4 qul, 1000 dinar dan beberapa yg lain lg ..
semoga sama2 kita dapat menghayati maksud disebalik ayat tu

zana fahmi berkata...

Assalammualaikum Sal,
Ayat ni kakpb amalkan juga terutama dlm keadaan bersedih. Amat berguna. Namun tak perlu tunggu bersedih utk mengamalkannya. Bila2 masa pun boleh kan?

Myra Jay berkata...

Terima kasih kak atas perkongsian..
Smoga jadi amalan bersama ;)

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

terima kasih kak ani =)Insya Allah nak hafaz dan amalkan..








Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Tak perasan pulak kak ani ayat ni ada diframekan. Selalunya kak ani buat wirid jer.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Waalaikumussalam pb,

Yerlah saat sedih memang Allahlah yang kita cari tak ada siapa lagi yang boleh membantu kita.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

MJ.

Sama-sama, mudah2an ia memberi manfaat dalam kehidupan kita.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Che nah,

Sama-sama, semoga ianya memberi manfaat kepada kita bila diamalkan.

gadisBunga™ berkata...

terima kasih atas perkongsian ye maklong. :)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Gadis Bunga

Sama-sama. Semoga ianya bermanfaat pada orang yang mengamalkannya.

ariana berkata...

Assalam k.ani.Salam ramadhan yg mulia..semoga k.ani sentiasa dlm rahmat Allah.t.ksh diats perkongsian yg baik ini..t.jsh jg sbb sudi sggah je blog ariana:)

Tanpa Nama berkata...

As salam,
Terima kasih kerana berkongsi....sy dpt ayat ni drpd seorg ustaz, kerana sy slh sorang mangsa yg disihir....sy amalkan setiap hbs solat....ahamdulillah, bila pertama kali baca, lipas kat dlm bilik tiba2 jatuh dan mati, xlama lps tu terjmp lipan....esoknya jmp lipan lg, hr ketiga jmp cacing dlm bilik air, hr keempat jmp lintah warna kuning pulak and br td sy jmp lg lintah warna hitam...kesemua yg sy jmp sy akan matikan dgn membaca ayat kursi.....astagfirullah....sy hny mampu mengucap....hny Allah je yg maha mengetahui segala kejadiaan yg pelik ini....tiada kuasa yg dpt menandingi kuasa Allah swt