Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 18 Jun 2013

Sebuah Perkongsian



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Untuk Perkongsian Bersama...

Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya dalam membina persahabatan, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


src: Facebook.com

5 ulasan:

baby comel berkata...

pasti terasa bahagia dan dihargai andai dikelilingi sahabat yg sedemikian rupa kan

a.samad jaafar berkata...

alhamdulillah..Allah kurniakan sy sekurang2nya dua sahabat yg memenuhi ciri2 sahabat sejati..

Mak Su berkata...

saya sayang 'sahabat' saya

Acik Erna berkata...

assalam ka ani..Alhamdulillah bila kita bertemu sahabat yang baik..bersama susah dan senag..menangis dan ketawa kan

Zaitun berkata...

Syukur alhamdulillah saya mempunyai sahabat yang sentiasa ada ketika susah atau senang.