Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 12 Jun 2013

Sahabat Yang DiJemput Pergi.......



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada kawan-kawan blogger semua. Didoakan semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiah.


Pada pagi Ahad baru-baru ni ketika usai solat subuh dan mengaji sikit-sikit saya perasan ada sms di h/set saya. Sms dari seorang sahabat saya. Bila saya baca smsnya, berita sedih yang saya terima. "Abah meninggal, jam 9.00 malam tadi".

Berdegup hati saya, tiba-tiba hati jadi sayu. Terbayang dimata gambaran "abah" yang dimaksudnya oleh sabahat saya. Orang yang lemah lembut tutur katanya dan kelihatan seorang yang amat penyayang. Innalillahhiwainnailaihirajuiuun dan Al Fatihah untuk roh almarhum ayahanda sahabat saya. Semoga Allah masukkan beliau di kalangan orang-orang yang solihin dan sodighin. Amiin.

Saya dan sahabat saya bertemu didalam satu forum yang kami masuk. Melalui kenalan dari forum tu kami bersua muka sekali dua. Dan satu petemuan yang ditentukan Allah, ketika saya balik bercuti ke Kuala Terengganu saya bertemu dengan sahabat saya beserta ibubapanya di Kuala Terengganu. Rupanya hari berkenaan adalah hari aniverseri ibubapa sahabat saya. Sebagai meraikan pertemuan ini saya menjemput sahabat saya dan ibubapanya makan malam di sebuah hotel yang saya menginap. Ayah sahabat saya ni teringin sangat nak makan nasi dagang yang sedap dan ori.

Di Kuala Terengganu ni saya tak tahu sangat dimana dijual nasi dagang yang sedap. Maklumlah saya orang Dungun. Kira-kira 129 km dari Kuala Terengganu. Menambahkan teruk lagi, dah berpuluh tahun saya tinggal di Selangor. Jadi saya kurang arif.

Tapi saya tahu di hotel yang saya menginap ni ada menghidang nasi dagang yang sedap dan kena dengan selera saya. Jadi saya menjemput mereka makan malam di hotel ni. Semua nampak puas dengan nasi dagang dan lain-lain menu yang disajikan. Kami iaitu itu ayah sahabat saya dan ibunya berjanji untuk bertemu lagi.

Ada sekali beliau datang ke rumah sahabat saya. Saya ingin menjemput beliau ke rumah saya, tapi kami dua-dua pihak tidak ada masa terluang. Jadi saya jumpa ayah ibu sahabat saya ni sekejap di rumah sahabat saya sebelum beliau berlepas balik ke Parit Buntar. Sekali lagi kami berjanji akan ke rumah beliau bila saya ke utara. Tapi janji tinggal janji, tiap kali kami ke utara mesti ada hal-hal lain yang perlu diutamakan. Sungguhpun begitu, kami saling berkirim salam dan bertanya khabar.

Sehinggalah pagi Isnin lepas bila saya menerima berita pemergian beliau, saya rasa terkilan yang amat sangat. Janji yang tak pernah saya tepati sehinggalah beliau meninggalkan dunia ini.

Terbayang wajah sahabat saya dan ibunya yang dalam kesedihan, akhirnya kami mengambil keputusan pagi tu berlepas ke Parit Buntar. Kali pertama kami menjejak kaki ke daerah ini. Saya tahu saya takkan dapat menatap wajah beliau sebelum disemadikan. tapi tak aperlah tak dapat melihat jenazah ayahanda sahabat saya ni tapi sekurang-kurangnya saya dapat bertemu sahabat saya dan ibunya dikala mereka sedang bersedih.

Alhamdulillah lepas zohor kami tiba di sana. Selepas sholat asar saya mohon diri untuk bergerak ke Bukit Mertajam, rumah adik ipar saya. Sahabat saya berkali-kali meminta saya bermalam di rumahnya. Saya menolak kerana tidak mahu menyusahkan dia menerima tetamu ketika mereka sedang dalam kesedihan.

Memandangkan kami tak berapa arif jalan ke rumah adik ipar saya di Alma, Bukit Mertajam, walaupun tak sesat, menjelang waktu isyak baru kami tiba ke rumahnyanya. Alhamdulillah.

10 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

AL FATIHAH...SEMOGA KELUARGA ARWAH REDHA DGN PEMERGIANNYA..

JunAina berkata...

Al-fatihah...semoga dipermudahkan segalanya untuk arwah dan semoga keluarga pulak tabah menghadapi ujian.

Kakzakie berkata...

Begitulah lumrah kehidupan Kak Ani. Sampai masa kita akan pergi juga. Moga roh abah kawan Kak Ani ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman..

Nor Salmi berkata...

Al-Fatihah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman dan beramal soleh. Begitulah lumrah kehidupan, ada yang datang dan ada yang pergi.

sal berkata...

Al Fatihah , moga rohnya dicucuri rahmat..amin

Zaitun berkata...

Al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

NzA berkata...

Al-fatihah..semoga arwah ditmptkan dikalangan org2 briman.

aby berkata...

salam k hanim ..
asalnya tk perasan sapa yg k hanim maksudkan .. bila bila sampai psl Parit Buntar, baru aby perasan siapa dia tu ..pernah semeja ketika beraya dirumah kak hanim kan ..
apapun alfathihah kpd arwah ..
semoga rohnya ditempatkan bersama sama org yg soleh dan utk rakan kita tu .. be strong .. life has to go on ..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Terima kasih pada kawan-kawan yang singgah.

QasehnyaRania berkata...

innalillah
salam takziah